PUSPEN Tiang Dua

Website Contact the organization

PUSPEN Tiang Dua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PUSPEN Tiang Dua, Government Organization, tiang dua, Tiang Dua.

14 September 2026 - Program Semarak Hari Malaysia: Jiwa Kepulihan anjuran bersama ALP PUSPEN Tiang Dua dan HAWA Melaka t...
17/09/2026

14 September 2026 - Program Semarak Hari Malaysia: Jiwa Kepulihan anjuran bersama ALP PUSPEN Tiang Dua dan HAWA Melaka telah dilaksanakan di PUSPEN Tiang Dua sebagai salah satu inisiatif pengisian program pemulihan klien bersempena sambutan Hari Malaysia.

Program ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta kepada negara serta mengukuhkan nilai perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan klien selain memberikan pengalaman yang positif kepada klien dengan mengintegrasikan elemen patriotisme, perpaduan dan kepulihan diri dalam proses pemulihan.

"Jom Bersama Semarakkan Hari Malaysia Untuk Memberi Makna Sebuah Kepulihan"

📌 MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BAHARU DI PUSPEN TIANG DUATelah berlangsung satu Majlis Pengislaman Saudara Baharu di Pusat...
03/09/2026

📌 MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BAHARU DI PUSPEN TIANG DUA

Telah berlangsung satu Majlis Pengislaman Saudara Baharu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua dalam suasana penuh syahdu dan bermakna.

Program ini telah diselaraskan bersama Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai salah satu usaha memberikan bimbingan dan sokongan kerohanian kepada saudara baharu.

Majlis ini menjadi satu detik istimewa apabila saudara baharu melafazkan dua kalimah syahadah dengan penuh keinsafan dan keikhlasan, sebagai tanda permulaan kepada sebuah perjalanan baharu dalam kehidupan.

Semoga dengan pengislaman ini, saudara baharu terus diberikan kekuatan, keteguhan iman dan bimbingan dalam mendalami serta menghayati ajaran Islam.

Pihak PUSPEN Tiang Dua bersama Balai Islam MAIM akan terus komited dalam memberikan bimbingan dan sokongan kepada saudara baharu melalui pendekatan kerohanian dan penghayatan Islam sebagai sebahagian daripada proses pemulihan yang holistik.

🤲 “Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, dan setiap langkah menuju-Nya adalah satu perjalanan yang penuh rahmat.”

Semoga terus istiqamah dalam perjalanan menuju kehidupan yang lebih baik.







PROGRAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI KLIEN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (ANTARA ASRAMA) 27|08|2026 Khamis Selesai Sudah Pertandi...
31/08/2026

PROGRAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI KLIEN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (ANTARA ASRAMA)

27|08|2026 Khamis

Selesai Sudah Pertandingan Kawad Kaki Klien Sempena Bulan Kemerdekaan 2026 (Antara Asrama) yang telah berlangsung dengan Penuh semangat💪🏻anjuran Unit Keselamatan PUSPEN Tiang Dua, dan dirasmikan oleh Puan Maizura binti Zakaria, Pengarah PUSPEN Tiang Dua.

Pertandingan ini Bukan sekadar kawad, tetapi tentang Disiplin, Kerjasama dan semangat partiotisme🩷.

Tahniah Kepada semua Peserta dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini❤️‍🔥. Pemenang tahun ini jatuh kepada Asrama Damai🔥

Kawad Mantap! Semangat Hebat🔥

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa PUSPEN Tiang Dua, Sila Like Page :
⁣FB AADK PUSPEN Tiang Dua
https://www.facebook.com/puspentiangduamelaka
Tik Tok PUSPEN Tiang Dua
https://www.tiktok.com/
LIKE | COMMENT | SHARE⁣

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati bukan sekadar sebuah tema, tetapi mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada kemerdekaan, perpaduan dan usaha berterusan seluruh rakyat dalam menjaga keamanan serta keharmonian negara.

Justeru, usaha mencegah dan membanteras dadah bukan hanya tanggungjawab agensi penguat kuasa, malah memerlukan dukungan seluruh masyarakat bagi memastikan setiap individu, keluarga dan komuniti dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Sebagai sebuah negara yang bebas, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan ini terus dipelihara, termasuk membina masyarakat yang sihat, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





PROGRAM URUTAN RILEKSASI SIRI 3 & SESI PENILAIAN KEMAHIRAN PESERTA UNTUK PERSIJILAN DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DU...
29/08/2026

PROGRAM URUTAN RILEKSASI SIRI 3 & SESI PENILAIAN KEMAHIRAN PESERTA UNTUK PERSIJILAN DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA, MELAKA.

19 Ogos - Program Urutan Relaksasi Siri 3 telah dilaksanakan dengan jayanya dan memberi peluang kepada klien untuk mengukuhkan kemahiran asas serta 5 teknik urutan yang telah dipelajari. Penilaian kemahiran peserta turut dijalankan secara praktikal bagi mengukur tahap penguasaan, kompetensi dan kesediaan peserta untuk mendapatkan persijilan. Program ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri, disiplin serta menyediakan kemahiran yang boleh dimanfaatkan sebagai persediaan ke arah pekerjaan dan integrasi semula ke dalam komuniti.

Seramai 19 orang klien berjaya menamatkan 3 siri latihan asas dan memberikan respon yang sangat positif kepada tenaga pengajar iaitu En Zaidi bin Omar yang merupakan Biro Latihan dan Kebajikan, ALP PUSPEN Tiang Dua.

MAJLIS  PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KLIEN PRA PENAMATAN OLEH PENGARAH PUSPEN TIANG DUA, MELAKA.06.08.2026 | KHA...
28/08/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KLIEN PRA PENAMATAN OLEH PENGARAH PUSPEN TIANG DUA, MELAKA.

06.08.2026 | KHAMIS

Program penyampaian sijil penghargaan kepada klien Pra Penamatan yang akan menamatkan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan perubahan positif yang telah ditunjukkan sepanjang mengikuti program pemulihan. Program ini dapat meningkatkan motivasi, keyakinan diri dan kesediaan klien untuk meneruskan kehidupan secara positif serta mengekalkan kepulihan selepas kembali ke komuniti. Pemberian sijil turut menjadi simbol penghargaan atas pencapaian 20 orang klien dan menggalakkan mereka untuk terus mengamalkan nilai, kemahiran serta tingkah laku positif yang telah dipelajari sepanjang menjalani RPDI.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa PUSPEN Tiang Dua, Sila Like Page :
⁣FB AADK PUSPEN Tiang Dua
https://www.facebook.com/puspentiangduamelaka
Tik Tok PUSPEN Tiang Dua
https://www.tiktok.com/
LIKE | COMMENT | SHARE

*PROGRAM SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 69* 18 Ogos 2026 - SelasaProgram 'Sukan Rakyat' telah berjay...
20/08/2026

*PROGRAM SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 69*

18 Ogos 2026 - Selasa

Program 'Sukan Rakyat' telah berjaya dilaksanakan bersama klien induk, Puspen Tiang Dua, Melaka.

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan beberapa acara dipertandingkan antaranya tarik upih, bowling kelapa, lari dalam guni, junjung air, jalan batu bata, tarik tali, cari buah mata tertutup, tiup tepung.

Program seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan & kerjasama di kalangan klien selain dapat beriadah dengan aktiviti sihat.......................................................................
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa PUSPEN Tiang Dua, Sila Like Page :
⁣FB AADK PUSPEN Tiang Dua
https://www.facebook.com/puspentiangduamelaka
Tik Tok PUSPEN Tiang Dua
https://www.tiktok.com/
LIKE | COMMENT | SHARE

PROGRAM INTERVENSI PELENGKAP PROGRAM PEMULIHAN DADAH - NUERO-KICKBOXING SIRI 1: 28 Julai 2026 SIRI 2: 5 Ogos 2026Unit Pe...
07/08/2026

PROGRAM INTERVENSI PELENGKAP PROGRAM PEMULIHAN DADAH - NUERO-KICKBOXING

SIRI 1: 28 Julai 2026
SIRI 2: 5 Ogos 2026

Unit Pemulihan PUSPEN Tiang Dua dengan kerjasama ALP PUSPEN Tiang Dua dan Hybrid Stricking Academy berjaya melaksanakan 2 Siri Latihan Neuro Kickboxing merupakan salah satu intervensi pelengkap yang menyokong keberkesanan program rawatan dan pemulihan klien. Melalui aktiviti yang menggabungkan pergerakan fizikal, koordinasi dan tumpuan, klien berupaya meningkatkan kawalan emosi, daya fokus serta disiplin diri. Aktiviti ini juga membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan pengurusan emosi yang lebih positif.

Sebagai intervensi pelengkap, Neuro Kickboxing melengkapi sesi kaunseling, psikopendidikan dan intervensi terapeutik lain dengan menyediakan medium yang sihat untuk menyalurkan tenaga, mengawal impuls serta membina daya tahan diri. Seramai 42 orang klien dapat menyertai 2 sesi latihan ini dan menunjukkan penglibatan yang aktif, semangat kerjasama dan kesediaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus menyokong pembentukan tingkah laku positif dan pengekalan kepulihan.

PROGRAM LATIHAN ASAS TERAPI URUTAN REFLEKSOLOGI DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA 5 Ogos 2026 (Rabu) - Program ini m...
06/08/2026

PROGRAM LATIHAN ASAS TERAPI URUTAN REFLEKSOLOGI DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA

5 Ogos 2026 (Rabu) - Program ini memberi pendedahan kepada 20 orang klien mengenai teknik urutan refleksologi yang betul sebagai kemahiran asas dan intervensi pelengkap dalam proses pemulihan. Sepanjang latihan, klien menunjukkan minat, komitmen serta penglibatan yang aktif dalam aktiviti amali. Program ini membantu meningkatkan kemahiran praktikal, kesabaran, fokus dan keyakinan diri, di samping memberi manfaat dari aspek relaksasi, pengurusan tekanan dan kesejahteraan emosi.

Selain itu, latihan ini turut membuka peluang kepada klien untuk menguasai kemahiran yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan selepas tamat program pemulihan. Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembentukan sahsiah positif, meningkatkan nilai kendiri serta menggalakkan klien mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan produktif sebagai persediaan ke arah pengekalan kepulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat.

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA SIRI 2Pada 5 Ogos 2026 - Program yang telah dilaksanakan melalui kerjasama Ahli Lembaga Pe...
06/08/2026

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA SIRI 2

Pada 5 Ogos 2026 - Program yang telah dilaksanakan melalui kerjasama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Tiang Dua dan Klinik Kesihatan Ayer Molek telah berjaya meningkatkan pengetahuan serta kesedaran klien mengenai penggunaan ubat secara rasional, selamat dan bertanggungjawab. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan kepada klien tentang kepentingan mematuhi arahan pengambilan ubat, mengenali kesan sampingan, mengelakkan penyalahgunaan ubat serta mendapatkan nasihat daripada pegawai farmasi atau petugas kesihatan yang bertauliah.

Program ini turut memperkukuh kefahaman klien bahawa penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat yang betul merupakan elemen penting dalam menyokong proses rawatan dan pengekalan kepulihan. Di samping itu, jalinan kerjasama strategik antara ALP PUSPEN Tiang Dua dan Klinik Kesihatan Ayer Molek membuktikan komitmen pelbagai agensi dalam memperkasakan pendidikan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan klien secara holistik.

Address

Tiang Dua
Tiang Dua
76450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPEN Tiang Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPEN Tiang Dua:

Shortcuts

Share