05/09/2026
📌 CATATAN MUKTAMAR PAS KE-72 DARI PUTIK KELANTAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Muktamar PAS Ke-72 telah selesai dengan jayanya.
Tema “Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan” merupakan satu penegasan yang jelas tentang hala tuju PAS serta persiapan parti untuk terus mengorak langkah bagi mengisi kemenangan dengan penyelesaian Islam.
Antara perkara penting yang perlu kita hayati dan laksanakan:
🔹 Usul Perpaduan Ummah telah diluluskan dengan sebulat suara. Ia menjadi antara agenda penting dalam memperkukuhkan kesatuan umat dan kekuatan politik Islam.
🔹 Teguhkan perpaduan, walak dan ketaatan kepada kepimpinan. Ini merupakan antara prasyarat penting untuk kita melangkah menuju Putrajaya dengan kekuatan yang tersusun.
🔹 Kerja pilihan raya bukan kerja bermusim. Ia mesti dilaksanakan sepanjang masa. Setiap ahli perlu bergerak menghidupkan cawangan, menambah ahli dan memperkukuhkan organisasi di akar umbi.
🔹 Masa semakin suntuk. Dalam tempoh sekitar 300 hari, PRU Ke-16 akan berlangsung. Justeru, kita perlu bekerja lebih keras, lebih tersusun dan lebih bersungguh-sungguh.
⚠️ Kita mesti sedar risikonya. Jika kita gagal dalam PRU ini, PH berpotensi menjadi lebih kuat dan kedudukan kuasa politik Melayu-Islam akan semakin lemah.
🔥 Maka, jangan tunggu pilihan raya baru hendak bekerja.
Setiap cawangan perlu bergerak.
Setiap ahli perlu berperanan.
Setiap hari adalah hari perjuangan.
Perkukuhkan saf.
Hidupkan cawangan.
Tambah ahli.
Dekati masyarakat.
Siapkan jentera.
✊ Dengan perpaduan, walak, disiplin dan kerja bersungguh-sungguh, insya-Allah kita mampu melangkah menuju kemenangan dan seterusnya mengisi kemenangan dengan Islam.
📺 Disertakan lensa dari Muktamar untuk perhatian jentera PAS Kawasan
“Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan”
🇲🇾 PAS Kawasan Sungai Petani