Perkep IPD RAUB

Call

Perkep IPD RAUB Persatuan Keluarga Polis IPD Raub. Perkongsian mengenai aktiviti & program yg dianjurkan oleh PERKEP

Kami Seluruh Warga Perkep IPD Raub mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada YM Puan Tuan Nur Isyahida Binti Tuan Ismail - P...
23/09/2026

Kami Seluruh Warga Perkep IPD Raub mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada YM Puan Tuan Nur Isyahida Binti Tuan Ismail - Pengerusi Perkep Raub 💝
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berterusan, dilimpahkan rezeki yang berkat dan sentiasa dibawah jagaan dan lindungan ALLAH SWT

Ikhlas daripada : Warga Perkep IPD Raub




SEHATI SEJIWA : SANTUNAN KASIH WARGA KUARTERS IPD RAUB SEMPENA HARI MALAYSIA, GERAK KERJA PERKEP 🌷Perkep IPD Raub - 16 S...
16/09/2026

SEHATI SEJIWA : SANTUNAN KASIH WARGA KUARTERS IPD RAUB SEMPENA HARI MALAYSIA, GERAK KERJA PERKEP 🌷

Perkep IPD Raub - 16 September 2026 (Rabu)
Program ini telah dilaksanakan sempena menyambut Hari Malaysia 2026 bertempat di Gelanggang Serbaguna Kuarters IPD Raub

Turut dihadiri YDH Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman - (KPD Raub) bersama YM Puan Tuan Nur Isyahida binti Tuan Ismail – (Pengerusi Perkep Raub), YDH Dsp Mohd Farid bin Mokhtar @ Jahidin - (T/KPD Raub) dan Puan Siti Rasyidah binti Yaakop – (Naib Pengerusi Perkep Raub) serta barisan AJK² PERKEP IPD Raub, Ketua² Bahagian, Ketua² Polis Balai dan dimeriahkan dengan kehadiran Biro2 dan Ahli2 PERKEP IPD Raub.

* Aktiviti sembelihan, melapah dan memotong daging lembu

~> AKTIVITI MEMASAK :

* Daging Gulai Kawah
* Daging Goreng Belengas
* Ayam Goreng Berempah

~> PENYAMPAIAN HADIAH :

* Pertandingan Bola Tampar
* Pertandingan Landskap Perumahan
* Pertandingan Mencipta Logo Persatuan Perumahan IPD Raub

🇲🇾 “Sehati Sejiwa, Teguh Bersama” 🇲🇾

Semoga program ini dapat menyemarakkan semangat Hari Malaysia, di samping mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan warga IPD Raub dan keluarga.

Terima kasih atas kerjasama dan kehadiran semua.

🇲🇾 “Selamat Hari Malaysia! Bersatu hati, teguh berdiri, demi Malaysia yang harmoni dan sejahtera.”

Satu Tanah • Satu Jiwa • Satu Malaysia

❤️🇲🇾 Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita 🌺🇲🇾




🌺PERBARISAN & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 🌺🇲🇾🇲🇾🇲🇾Perkep Raub - 31 Ogos 2026 (I...
31/08/2026

🌺PERBARISAN & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 🌺🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Perkep Raub - 31 Ogos 2026 (Isnin) -
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Raub atas kejayaan merangkul Tempat Ke-3 dalam Persatuan / Ngo / Kampung / Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta / Sekolah, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Raub.

Kejayaan ini mencerminkan semangat patriotisme, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi seluruh warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Raub.

“Patriotisme bukan sekadar mencintai tanah air, tetapi membuktikan rasa cinta melalui kesetiaan, pengorbanan dan tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan serta keharmonian negara.”

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.
Teruskan semangat kecemerlangan dan patriotisme demi Malaysia tercinta.



Salam Takziah kepada Sjn 142998 Mohd Shafee bin Ramli atas kehilangan isteri tercinta Allahyarhamah Noor Zaini binti Mus...
27/08/2026

Salam Takziah kepada Sjn 142998 Mohd Shafee bin Ramli atas kehilangan isteri tercinta Allahyarhamah Noor Zaini binti Mustaffa @ Osman
Innalillahi wa'inna ilaihiroji'un, Al-Fatihah dengan bacaan, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman.
Aaamiin. Al-Fatihah

07/08/2026
SELAMAT HARI PERKEP KE-58 🩷
03/08/2026

SELAMAT HARI PERKEP KE-58 🩷

🌸 Selamat Hari PERKEP Ke-58 🌸

"Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera"

Semoga sambutan Hari PERKEP Ke-58 terus menyuntik semangat perpaduan dan keikhlasan dalam memperkasakan peranan PERKEP sebagai wadah kebajikan, sokongan serta keharmonian warga PDRM.

Semoga PERKEP terus cemerlang dalam menyantuni ahli, memperkukuh institusi kekeluargaan dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Selamat Menyambut Hari PERKEP Ke-58.

Ikhlas daripada

YBhg. Datin Suriyanti binti Hj. Esa
Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang

Serta
Seluruh Warga PERKEP Kontinjen Pahang

🎀 LAWATAN KEBAJIKAN BERSAMA PENGERUSI PERKEP DAERAH RAUB 🎀PERKEP RAUB, 11 Julai 2026 – Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa P...
11/07/2026

🎀 LAWATAN KEBAJIKAN BERSAMA PENGERUSI PERKEP DAERAH RAUB 🎀

PERKEP RAUB, 11 Julai 2026 – Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PERKEP Daerah Raub Pahang telah mengadakan satu lawatan kebajikan dikalangan Warga IPD Raub.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah YDH Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman-Ketua Polis Daerah Raub, YM Puan Tuan Nur Isyahida binti Tuan Ismail – (Pengerusi Perkep Raub), YDH DSP Mohd Farid bin Mokhtar @ Jahidin - (T/KPD Raub), Puan Siti Rasyidah binti Yaakop – (Naib Pengerusi Perkep Raub) serta barisan AJK² PERKEP IPD Raub.

Semasa lawatan dijalankan pada jam 1000 pagi, keadaan keempat pesakit tersebut dilaporkan stabil dan sedang menunggu pemeriksaan lanjut oleh doktor. Pesakit adalah terdiri daripada :

1. Nor Nazariah binti Bidi Bersalin pada 08/07/2026 @ 1133hrs, anak ke 4, baby girl, berat 3.19kg, isteri kepada Insp G21456 Syed Bazli Fikri bin Syed Shahrul Akeram (KBSJKD Raub) di Kuarters Pegawai Kanan IPD Raub, Pahang

2. Dzuliana Syafiqah binti Dzul Kifle, Kemalangan jalanraya (pembedahan bahu pada 07/05/2026 @ 1400hrs) isteri kepada Kpl 143965 Ridzuan bin Awang Rahman (BSPTD Raub) di G-4, T-1, P-1 Blok Dahlia, Kuarters IPD Raub, Pahang

3. PF 17328 Norlaili bt. Hj. Mustapha (Caw. Perlesenan Raub)Terjatuh (patah pangkal peha) di No.1896B Kampung Melayu Sempalit, Raub, Pahang

4. Yusma Noor Akma binti Muhd Yusof Bersalin pada 06/05/2026 @ 1411hrs, anak ketiga, baby boy, berat 2.9kg secara normal) isteri kepada Kpl 194229 Muhamad Saufi bin Abdul Rahim (TSM IPD Raub) di No. 4 Jalan TBK 2/1 Taman Bukit Koman 2, Raub Pahang

Lawatan ini bertujuan memberikan sokongan moral kepada keluarga bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan pesakit. Di samping itu, mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga IPD Raub Pahang dalam membantu serta memberi semangat kepada ahli keluarga warga PDRM yang sedang menghadapi ujian.

Pihak PERKEP Raub turut menzahirkan harapan agar kesemua pesakit diberikan kesembuhan sepenuhnya, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh rawatan.




30/06/2026

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datin Suriyanti binti Hj Esa atas pelantikan sebagai Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang.

Semoga amanah yang dipikul dipermudahkan serta terus menginspirasi seluruh warga PERKEP Kontinjen Pahang. Semoga setiap langkah sentiasa diberkati dan dipenuhi kejayaan.



29/06/2026

SETULUS PENGHARGAAN, SEABAD KENANGAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan sejuta terima kasih diucapkan kepada YDH CP Dato' Sri Yahaya bin Othman dan YBhg. Datin Sri Sumarnie binti Haris atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang menerajui serta berkhidmat di Kontinjen Pahang.

Kepimpinan, keprihatinan dan bimbingan yang dicurahkan telah meninggalkan kesan yang mendalam serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM dan PERKEP Kontinjen Pahang.

Walaupun lembaran perkhidmatan di Kontinjen Pahang telah sampai ke penghujungnya, segala jasa dan budi akan terus terpahat dalam ingatan dan sanubari kami.

Terima kasih atas segalanya. Semoga Dato' Sri dan Datin Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan yang mendatang.

Ikhlas daripada,

YBhg. Datin Suriyanti binti Hj Esa
Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang dan
Seluruh Warga PERKEP Kontinjen Pahang

🎀 LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PAHANG  🎀Perkep Raub, 11 Jun 2026 – YBhg. Datin Sri Sumarnie binti Haris,...
13/06/2026

🎀 LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PAHANG 🎀

Perkep Raub, 11 Jun 2026 – YBhg. Datin Sri Sumarnie binti Haris, Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anak Kpl 161041 Mohd Fadzly Bin Mohamed, Bips Ipd Raub iaitu Muhammad Aufa Mustaqim bin Mohd Fadzly yang sedang mengalami penyakit Ducchenne Muscular Dystrophy Fizikal.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman-Ketua Polis Pahang
,YDH DCP Dato' Azry Akmar bin Dato’ Hj. Ayob - Timbalan Ketua Polis Pahang, YBhg. Datin Manisah binti Anuar, YBhg. Datin Zuraini binti Majib, Puan Diana Aqilah binti Piai, Puan Mazni binti Ibrahim, YM Puan Tuan Nur Isyahida binti Tuan Ismail - Pengerusi PERKEP Daerah Raub, ASP NorFazlin bin Mohamed Norulddin - Pegawai kebajikan Kontinjen Pahang serta Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dari IPD Raub, Pahang

Lawatan ini bertujuan memberikan sokongan moral, bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan pesakit. Di samping itu, lawatan ini turut mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan warga PERKEP Kontinjen Pahang dalam membantu serta memberi semangat kepada ahli keluarga warga PDRM yang sedang menghadapi ujian.

Semasa lawatan dijalankan, adik Muhammad Aufa Mustaqim dilaporkan berada dalam keadaan baik dan stabil serta masih menerima rawatan dan terapi bagi membantu meningkatkan keupayaan fizikal.

Walaupun berdepan dengan penyakit Duchenne Muscular Dystrophy, Semoga keluarga terus diberikan ketabahan, kekuatan dan peluang untuk menikmati kehidupan dengan penuh harapan dan kegembiraan.”

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada pesakit Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Semoga segala usaha rawatan dan terapi yang dijalani dapat membantu meningkatkan keupayaan fizikal, memudahkan pergerakan serta memberikan kualiti hidup yang lebih baik.”



Address

Jalan Tras
Tras

Telephone

+6093552222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD RAUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share