Bahagian Audit Dalam UMT

Contact the organization

Bahagian Audit Dalam UMT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Audit Dalam UMT, Public & Government Service, Bahagian Audit Dalam, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia.

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada YBrs. Encik Mazahan bin Dato' Mohd Ali di atas pelantikan semula sebagai Ahli Lembaga ...
10/08/2026

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada YBrs. Encik Mazahan bin Dato' Mohd Ali di atas pelantikan semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMT (Wakil Swasta) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JKAPR) UMT.

Ikhlas daripada,
Warga Bahagian Audit Dalam
Universiti Malaysia Terengganu




09/08/2026
09/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad di atas pelantikan menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu bermula 1 Ogos 2026 sehingga urusan pelantikan tersebut dimuktamadkan.

Adalah diharapkan seluruh warga UMT memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Selamat Menjalankan Tugas.





09/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor, UMT. Semoga segala sumbangan yang telah dicurahkan menjadi inspirasi buat seluruh warga UMT.





29 JULAI 2026 | 🌿 PROGRAM LESTARI CANSELORI 🌿Keindahan alam bukan sekadar untuk dinikmati, Malah menjadi inspirasi dalam...
30/07/2026

29 JULAI 2026 | 🌿 PROGRAM LESTARI CANSELORI 🌿

Keindahan alam bukan sekadar untuk dinikmati,
Malah menjadi inspirasi dalam memupuk gaya hidup sihat, semangat kebersamaan dan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Warga Bahagian Audit Dalam UMT bersama warga Canselori berpeluang menyertai Program Lestari Canselori menerusi jelajah ke Taman Pine Hill dan Lembah Nisang, Marang Terengganu menikmati keindahan alam semula jadi sambil mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan budaya kelestarian.

Semoga inisiatif seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform untuk menyemarakkan budaya hidup lestari, memperkukuh semangat kebersamaan dan menyokong agenda kelestarian UMT.

"Melestarikan Alam, Memperkukuh Kebersamaan, Membina Masa Hadapan." 🌿




21 JULAI 2026 | ANUGERAH PTJ CONTOH DALAM PENGURUSAN ASETTahniah & Syabas Bahagian Audit Dalam UMTAlhamdulillah atas pen...
27/07/2026

21 JULAI 2026 | ANUGERAH PTJ CONTOH DALAM PENGURUSAN ASET

Tahniah & Syabas Bahagian Audit Dalam UMT
Alhamdulillah atas penghargaan ini.

Bahagian Audit Dalam UMT mencipta sejarah dan kenangan apabila menerima ANUGERAH PTJ CONTOH DALAM PENGURUSAN ASET DI BANGUNAN CANSELORI.

Moga terus melakar kejayaan demi kejayaan! 🎉🎉




27 JULAI 2026 | ✨DISEBALIK TABIR : PODCAST AUDIT POCKET✨Setiap kejayaan mempunyai kisah yang tersendiri. Di sebalik lens...
27/07/2026

27 JULAI 2026 | ✨DISEBALIK TABIR : PODCAST AUDIT POCKET✨

Setiap kejayaan mempunyai kisah yang tersendiri.

Di sebalik lensa, terakam detik-detik penuh makna, gelak tawa dan semangat kebersamaan warga Bahagian Audit Dalam UMT.

Setiap detik indah, terselit usaha, kerjasama dan senyuman yang menjadikan kenangan ini lebih bermakna!



26 JULAI 2026 | MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026Tahniah dan syabas!Warga Bahagian Audit Dalam UMT merakamkan setinggi-ti...
27/07/2026

26 JULAI 2026 | MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026

Tahniah dan syabas!

Warga Bahagian Audit Dalam UMT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PUAN ARFAH AISYAH BINTI AHMAD SABRI, Akauntan Gred W9 yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Majlis Anugerah Tahunan UMT 2026.

Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan atas prestasi cemerlang, malah mencerminkan nilai amanah, komitmen dan semangat kerja yang menjadi teras kecemerlangan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti.

Terus Melakar Kecemerlangan. 🎉



26 JULAI 2026 | MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026"Kejayaan bukan milik individu, tetapi hasil usaha sebuah pasukan."Alham...
27/07/2026

26 JULAI 2026 | MAJLIS ANUGERAH TAHUNAN UMT 2026

"Kejayaan bukan milik individu, tetapi hasil usaha sebuah pasukan."

Alhamdulillah, syukur.

Tahniah kepada seluruh warga Bahagian Audit Dalam UMT atas penerimaan Anugerah Kualiti UMT (Pengurusan dan Perkhidmatan) sempena Majlis Anugerah Tahunan UMT 2026.

Terima kasih kepada semua warga kerja atas usaha, komitmen dan semangat berpasukan yang membawa kepada kejayaan ini. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa komitmen, integriti dan budaya kerja berkualiti sentiasa dihargai.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam memperkukuh tadbir urus universiti dan terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

KEKAL BERINTEGRITI, TINGKATKAN KOMPETENSI,
AUDI BERKUALITI, MELONJAK PRESTASI




27/07/2026

On Air 🎥

Address

Bahagian Audit Dalam, Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia
21030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Audit Dalam UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Audit Dalam UMT:

Shortcuts

Share