Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor

  • Home
  • Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor
Website Contact the organization

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor, Government Organization, .

Pengenalan
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan, organisasi swasta dan individu.

PROGRAM PARTICIPATORY OBSERVATION (PO) TRICHOGRAMMA PERKUKUH PELAKSANAAN KAWALAN BIOLOGI DALAM PENGURUSAN PEROSAK TANAMA...
09/07/2026

PROGRAM PARTICIPATORY OBSERVATION (PO) TRICHOGRAMMA PERKUKUH PELAKSANAAN KAWALAN BIOLOGI DALAM PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN

TAPAK SEMAIAN SENDI ENTERPRISE, SUNGAI BURONG, 9 JULAI 2026 – Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Participatory Observation (PO) Trichogramma sebagai inisiatif memperkukuh pelaksanaan teknologi kawalan biologi dalam pengurusan perosak tanaman secara mampan.

Program ini menghimpunkan pegawai Jabatan Pertanian, pegawai teknikal, pengusaha tanaman, penyelidik- penyelidik dari MARDI serta pihak berkepentingan bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian berkaitan penggunaan Trichogramma spp. sebagai agen kawalan biologi terhadap serangga perosak.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti sesi taklimat teknikal mengenai biologi dan fungsi Trichogramma spp. yang disampaikan oleh Ts saiful zaimi bin jamil dan En. Mohd Masri bin Saranum dari MARDI SERDANG, demonstrasi kaedah pelepasan di lapangan, pemerhatian terhadap aktiviti parasitisasi telur perosak serta sesi perbincangan teknikal bagi menilai keberkesanan pelepasan berdasarkan keadaan sebenar di lapangan.

Pendekatan Participatory Observation (PO) membolehkan peserta terlibat secara langsung dalam proses pemerhatian, pengumpulan maklumat dan perkongsian dapatan. Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi kawalan biologi, malah memperkukuh proses pemindahan teknologi kepada pegawai pengembangan dan komuniti pertanian.

Penggunaan Trichogramma spp. merupakan antara komponen penting dalam pelaksanaan Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management, IPM) yang menggabungkan kaedah kawalan secara biologi, kultur, mekanikal dan kimia secara berhemah. Pendekatan ini membantu mengurangkan kebergantungan terhadap racun perosak kimia, memelihara keseimbangan ekosistem serta menyokong pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dan lestari.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran :
1. Puan Noor Hasnita Yuzani Binti Yusof, (KU BBT Negeri Selangor)
2. Encik Mohd Kyizzad Bin Mesran ( Wakil KPKM, Bhgn Permodenan Pertanian)
3. Dr Mohd Shukri Bin Mat Ali, (Pengarah Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti)
4. Dr. Jeffrey (MARDI )
5. Dr. Mohd Fahimee bin Jaapar (MARDI )
6. Ts. Saiful Zaimi bin Jamil (MARDI )
7. En. Mohd Masri bin Saranum (MARDI )
8. Puan Rostidah Sapikit (AOD Kuala Selangor )
9. Pn. Nurul Fatihah binti Yahya (Ketua Seksyen Pengembangan)

Bil Peserta : 40 Orang

Jabatan Pertanian Malaysia komited untuk terus memperkukuh pembangunan kapasiti pegawai dan komuniti pertanian melalui pelaksanaan program pemindahan teknologi serta pengembangan yang berimpak tinggi. Usaha ini selaras dengan aspirasi memperkasakan sektor pertanian negara melalui amalan pertanian yang mampan, berdaya saing dan mesra alam.

Jabatan Pertanian Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pihak MARDI, penceramah, urus setia, rakan strategik dan pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan dapatan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperluaskan penggunaan kawalan biologi di lapangan demi menjamin kelestarian sektor agromakanan negara.








09/07/2026

PROGRAM PO PELEPASAN AGEN KAWALAN BIOLOGI TRICHOGRAMMA SP. DI TAPAK SEMAIAN PADI SENDI ENTERPRISE , SUNGAI BURONG SELANGOR

🪱 BENGKEL ASAS NEMATOD PARASIT TUMBUHAN DAN LATIHAN PENGECAMAN MAKMAL📅 8 Jun 2026 (Isnin)📍 Bilik COE, Sungai Burong.  Pe...
10/06/2026

🪱 BENGKEL ASAS NEMATOD PARASIT TUMBUHAN DAN LATIHAN PENGECAMAN MAKMAL

📅 8 Jun 2026 (Isnin)
📍 Bilik COE, Sungai Burong.
Penceramah : Dr.Nursyafiqi Bin Zainuddin
Pensyarah Kanan
Jabatan Perlindungan Tumbuhan,Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Selangor telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Nematod Parasit Tumbuhan dan Latihan Pengecaman Makmal bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pegawai dalam aspek pengenalpastian dan diagnostik nematod yang menyerang tanaman.

Bengkel ini memberi pendedahan mengenai biologi dan kepentingan nematod parasit tumbuhan, simptom kerosakan pada tanaman, kaedah persampelan serta teknik pengecaman asas menggunakan peralatan makmal. Peserta turut berpeluang menjalani latihan praktikal bagi meningkatkan kecekapan dalam mengenal pasti nematod yang berpotensi menyebabkan kerugian kepada sektor pertanian.

Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kompetensi pegawai dalam menjalankan aktiviti diagnostik dan seterusnya menyokong pelaksanaan pengurusan perosak tumbuhan yang lebih berkesan di lapangan.

Terima kasih kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan program ini.

15 Mei 2026 | JUMAAT 📍SENDI ENTERPRISEGOTONG -ROYONG MENANAM POKOK BUNGA TURNERA DI TAPAK SEMAIAN PADI SENDI ENTERPRISE....
20/05/2026

15 Mei 2026 | JUMAAT 📍SENDI ENTERPRISE

GOTONG -ROYONG MENANAM POKOK BUNGA TURNERA DI TAPAK SEMAIAN PADI SENDI ENTERPRISE.

💡 Kenapa Kita Perlu Banyakkan Bunga Turnera?
Kurangkan Racun Kimia: Bila ejen semula jadi (Trichogramma) dah buat kerja, pesawah tak perlu lagi bergantung 100% pada racun serangga. Sawah lebih sihat, kos pun jimat!

Pemulihan Ekosistem: Konsep ini dipanggil Ecological Engineering (Kejuruteraan Ekologi). Kita hias sawah untuk undang kawan, bukan untuk halau musuh semata-mata.

Sawah Mesra Alam: Padi yang dihasilkan lebih selamat, dan alam sekitar pun terjaga.

Jadi, lepas ni kalau nampak Bunga Turnera kat tepi sawah, jangan dicantas ya! Biarkan ia mekar sebagai pelindung 'sahabat ladang' kita. 🐝🌼

Jom sama-sama kita amalkan pertanian bijak dan mesra alam!

#

KETERJAMINAN MAKANAN: KAWALAN PEROSAK BERSEPADU (IPM) DEMI MASA DEPAN SAWAH Di tengah-tengah krisis keterjaminan makanan...
20/05/2026

KETERJAMINAN MAKANAN: KAWALAN PEROSAK BERSEPADU (IPM) DEMI MASA DEPAN SAWAH

Di tengah-tengah krisis keterjaminan makanan global dan cabaran ketidakstabilan hasil padi domestik, sektor pertanian negara kini berdepan persimpangan kritikal. Penggunaan racun kimia secara melampau bukan sahaja menjejaskan kesihatan awam dan mencemarkan sumber air, malah memusnahkan ekosistem sawah termasuk serangga bermanfaat.

Bagi menangani isu ini, Jabatan Pertanian memperkasakan amalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) sebagai solusi kawalan biologi yang sistematik dan mesra alam. Melalui pendekatan amalan ini, kelestarian sawah dipelihara oleh Mengenali Sahabat Ladang (MSJ):

• Pemangsa Semula Jadi: Burung Pungguk Jelapang (BPJ) bertindak aktif mengawal populasi tikus pada waktu malam, dibantu oleh Kumbang Kura-kura dan Labah-labah yang memburu ulat serta bena di siang hari.
• Parasitoid & Patogen: Agen biologi seperti penyengat Amauromorpha dan bakteria Bacillus thuringiensis (Bt) menyerang dan membunuh perosak secara efektif dari dalam.
• Tumbuhan Berfaedah (Refugia): Penanaman tumbuhan berbunga terang di permatang sawah berfungsi menyediakan nektar serta zon perlindungan bagi menarik agen kawalan biologi ini.

Ayuh bersama Jabatan Pertanian memartabatkan IPM demi menjamin penghasilan beras negara yang bersih, selamat, dan lestari!


Lawatan ke Trichogramma Research Facility (TRF) Mardi, Serdang Selangor.📍Mardi,Serdang 📆 28 April 2026Trichogramma ialah...
30/04/2026

Lawatan ke Trichogramma Research Facility (TRF) Mardi, Serdang Selangor.

📍Mardi,Serdang
📆 28 April 2026

Trichogramma ialah tebuan parasitoid telur yang amat kecil, digunakan sebagai agen kawalan biologi dalam Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk membasmi ratusan spesies perosak, terutamanya ulat rama-rama dan rama-rama (lepidoptera). Ia bertindak dengan bertelur di dalam telur perosak, membunuhnya sebelum larva perosak sempat merosakkan tanaman.

Keberkesanan: Trichogramma berkesan terhadap perosak utama seperti ulat pengorek batang padi, ulat lipat daun, dan Fall armyworm(FAW)/ Ulat ratus.

Taklimat Pengurusan Perosak Tanaman & Penerangan Notis Untuk Mengawal Kemerebakan Perosak Dan Penghapusan Perosak Ulat P...
30/04/2026

Taklimat Pengurusan Perosak Tanaman & Penerangan Notis Untuk Mengawal Kemerebakan Perosak Dan Penghapusan Perosak Ulat Pengorek Batang Pada Tanaman Padi

📆 21 April 2026 (Selasa)
⏱️ 9.30 a.m. -12.00 p.m.
📍Balai Raya Parit 12 Timur, Sungai Besar,

Taklimat :
1. Diagnostik Pengurusan Perosak Padi dan
Pengurusan & Kawalan Perosak Padi - Syed Mohd Iezzat b. Syed Abu Bakar (Penolong Pengarah, Seksyen Pengurusan Perosak Tanaman, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, DOA Putrajaya)
2. Penerangan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 - Pn. Diana bt. Jamaludin (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kawalan Import & Penguatkuasaan Akta, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, DOA Putrajaya)

Turut Hadir:
1. Ketua Bahagian Pertanian & Ketua Seksyen Pengembangan IADA Barat Laut Selangor
2. Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam
3. Pegawai & Kakitangan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Selangor
4. Pegawai Seksyen Kawalan Import & Penguatkuasaan Akta, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, DOA Putrajaya)

Program ini dianjurkan untuk memberi taklimat kepada para peserta mengenai langkah-langkah mendiagnosis, mengurus, dan mengawal masalah perosak pada tanaman padi, terutamanya bagi menghapuskan ancaman ulat pengorek batang. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

29/04/2026

𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊: 𝐌𝐔𝐒𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐈

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share