19/10/2026
KELAS PERKONGSIAN ILMU: PENGUASAAN TEKNOLOGI DAN KECERDASAN BUATAN (AI) - 19 OKTOBER 2026
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah mengadakan Kelas Perkongsian Ilmu bertajuk Penguasaan Teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) yang disampaikan oleh PgKB I Ramli bin Saari.
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran warga kerja dalam menguasai perkembangan teknologi semasa serta memanfaatkan dalam pelaksanaan tugas harian.
Seiring dengan perkembangan teknologi digital, penguasaan ilmu dan kemahiran baharu amat penting bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi pemangkin kepada budaya pembelajaran berterusan serta inovasi dalam kalangan warga kerja.
“Ilmu Diperkasa, Teknologi Dikuasai, Perkhidmatan Berkualiti.”