Hospital Yan

Call Contact the organization

Hospital Yan Facebook Rasmi Hospital Yan, Kedah

02/10/2026

๐Ÿ’ซ ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐——๐—”๐—›, ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—ง ๐Ÿ’ซ

"๐˜ฟ๐™ค ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™˜๐™ฉ ๐™ค๐™› ๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™ฃ๐™š๐™จ๐™จ. ๐™ƒ๐™š๐™ก๐™ฅ ๐™ค๐™ฃ๐™š ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™จ๐™ค๐™ฃ ๐™จ๐™ข๐™ž๐™ก๐™š" adalah tema indah untuk Hari Senyum Sedunia tahun ini. Kita tidak perlukan usaha yang besar untuk membuatkan orang lain berasa dihargai. ๐Ÿ˜

โœจ Tunjukkan kebaikan kecil setiap hari.
๐Ÿค— Bersama kita wujudkan persekitaran yang lebih penyayang dan harmoni.
๐Ÿ’Œ Jadikan hari ini lebih bermakna dengan satu senyuman ikhlas daripada hati.

Sempena Hari Senyum Sedunia 2026, Hospital Yan mengajak anda semua untuk bersama-sama membina masyarakat yang lebih harmoni dan penuh empati. ๐Ÿฅฐ

Selamat Hari Senyuman Sedunia.
Senyum itu indah, senyum juga ubat. ๐Ÿ˜Š









01/10/2026

๐ŸŒฟ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฌ๐—”๐—ก ๐ŸŒ

Langkah ke hadapan yang sangat bermakna bagi seluruh warga kerja Hospital Yan.

Kami berbangga dan bersyukur atas penganugerahan Anugerah Pengurusan Tenaga Cemerlang 2026 yang telah disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghormatan atas komitmen, usaha gigih, serta kecemerlangan berterusan dalam memastikan pengurusan tenaga di hospital dilaksanakan secara mampan, cekap, dan berkesan.

Kejayaan cemerlang ini sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan padu, kerja berpasukan, serta dedikasi daripada setiap warga Hospital Yan yang sentiasa konsisten dalam mengamalkan budaya kerja yang prihatin terhadap sumber tenaga dan alam sekitar.

Teruskan usaha cemerlang demi kesejahteraan bersama.๐Ÿš€๐Ÿ’š๐Ÿค









โšก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›: ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ โšกJabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan sukacitanya merakamkan setinggi...
01/10/2026

โšก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›: ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ โšก

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warganya atas kejayaan cemerlang dalam Program Kelestarian Negeri Kedah. ๐Ÿ†โœจ

Ucapan tahniah dan apresiasi khas ini ditujukan terutamanya kepada Hospital Yan di atas pencapaian gemilang merangkul Anugerah Pengurusan Tenaga Cemerlang. Pengiktirafan ini membuktikan kesungguhan, komitmen tinggi, serta ketelitian pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Hospital Yan dalam mengamalkan inisiatif hijau serta memastikan kecekapan tenaga sentiasa berada di tahap optimum demi kesejahteraan bersama. ๐ŸŽ‰

Selaras dengan itu, kami turut berbesar hati menyertakan perutusan dan kata semangat yang penuh inspirasi daripada YBhg. Dato' Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semoga kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat juang untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi dan menjadikan amalan hijau sebagai budaya hidup kita.
Sekali lagi, tahniah di atas kejayaan cemerlang ini."

Satu dekad usaha gigih telah membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap kesihatan, malah menonjolkan dedikasi kita terhadap alam sekitar dan pengurusan tenaga yang efisien. ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ก

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan sokongan. Semoga semangat ini terus membakar untuk kita mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. ๐Ÿ”ฅ








29/09/2026

๐Ÿšจ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐Ÿšจ

"Pernahkah kita terfikir, di sebalik kesibukan harian kita mencari rezeki dan mengejar kejayaan, adakah kita cukup 'membelai' enjin utama tubuh kita iaitu jantung? Setiap saat, tanpa henti, jantung kita berdegup mengepam darah untuk memastikan kita terus bernafas di bumi ini. Sempena Hari Jantung Sedunia yang disambut pada 29 September 2026 ini dengan tema yang cukup menyentuh hati '๐——๐—ผ๐—ป'๐˜ ๐— ๐—ถ๐˜€๐˜€ ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฎ๐˜' mari kita ambil masa sejenak untuk merenung kembali gaya hidup kita. โค๏ธ

Jantung yang sihat bukan sahaja membolehkan kita hidup lebih lama, tetapi ia juga memberikan kita kualiti hidup yang lebih baik, lebih bertenaga, lebih produktif, dan yang paling utama, lebih masa berkualiti bersama keluarga tercinta. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

๐Ÿฅ— Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
๐Ÿƒ Aktifkan diri secara fizikal setiap hari
๐Ÿšญ Hentikan tabiat merokok
โš–๏ธ Jaga berat badan ideal
๐Ÿฉธ Pantau dan kawal tekanan darah, kolesterol, dan gula dalam darah
๐Ÿง  Uruskan stres dengan baik

Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Lindungi jantung anda, lindungi masa depan anda. ๐Ÿ’ช๐Ÿ›ก๏ธ










๐ŸŒด ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง, ๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—–๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ: ๐—–๐—œ๐—ฅ๐—–๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ถ๐—ช๐—”๐—ฌ๐—ฆ ๐Ÿง˜โ€โ™‚๏ธโšกKesihatan menyeluruh bermula dari minda dan fizikal yang aktif....
27/09/2026

๐ŸŒด ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง, ๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—–๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ: ๐—–๐—œ๐—ฅ๐—–๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ถ๐—ช๐—”๐—ฌ๐—ฆ ๐Ÿง˜โ€โ™‚๏ธโšก

Kesihatan menyeluruh bermula dari minda dan fizikal yang aktif. Delegasi FIGHTER iWAYS Hospital Yan antara yang bersama disesi Circuit Training iWAYS di Wellness Hub Langkawi! โœจ

Dari peluh yang menitik sampailah ke senyuman puas lepas habis senaman, semuanya ada. Bukan sahaja berjaya mengharungi litar latihan yang mencabar, mereka juga sempat melawat dan mencuba pelbagai kemudahan menarik yang disediakan khas untuk pengunjung di sini. ๐Ÿ‹๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Bila barisan frontliner pun aktif bersenam, anda tunggu apa lagi?
Jom jadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian. ๐Ÿ’ช








๐ŸŒˆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง: ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐ŸคโœจMemperingati Hari Keselamatan Pesakit Sedunia hari in...
27/09/2026

๐ŸŒˆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง: ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐Ÿคโœจ

Memperingati Hari Keselamatan Pesakit Sedunia hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah berbesar hati membawa mesej penting kepada seluruh warga Jelapang Padi. ๐ŸŒพ

Keselamatan dalam rawatan perubatan memerlukan kerjasama dua hala. Pesakit yang proaktif dan anggota kesihatan yang prihatin adalah kombinasi terbaik untuk kesembuhan yang sempurna! ๐Ÿ’Š๐Ÿฉบ

๐Ÿ—ฃ๏ธ Bersuara: Jangan malu bertanya kepada doktor atau jururawat tentang ubat dan rawatan anda.

๐Ÿ‘‚๐Ÿป Peka: Pastikan maklumat kesihatan dan alahan anda dikongsi dengan tepat.

๐Ÿค Sokong: Hargai usaha anggota kesihatan kita yang sentiasa bertungkus-lumus merawat pesakit.

Jom kita jadikan budaya 'keselamatan nombor satu' sebagai gaya hidup harian kita di setiap fasiliti kesihatan Kedah. ๐Ÿ’™









๐Ÿ’ซ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฃ, ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›, ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง: ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—ข ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿง†โœจBila sebut tentang makanan warisan negeri ...
27/09/2026

๐Ÿ’ซ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฃ, ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›, ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง: ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—ข ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿง†โœจ

Bila sebut tentang makanan warisan negeri Kedah, pasti terbayang-bayang keenakannya yang membangkitkan selera daripada kuih-muih tradisional yang manis berlemak sehinggalah ke hidangan utama yang kaya dengan rempah ratus ratusan tahun. Tetapi, pernahkah kita fikirkan tentang aspek keselamatan makanan dan kebersihan premis tempat kita menjamu selera? ๐Ÿค”

Anjuran rasmi penuh bermakna daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah yang dirasmikan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Nor'Aishah Binti Abu Bakar telah membawakan kelainan dengan mengetengahkan keunikan khazanah makanan warisan negeri Kedah yang dijamin selamat, di samping mempromosikan kempen premis makanan yang bersih serta bebas daripada bahaya asap rokok. Ia adalah satu inisiatif mampan demi masa depan rakyat Kedah yang lebih sihat, ceria, dan berkualiti.

๐Ÿฅ˜ Pesta Rasa Warisan: Nikmati pelbagai variasi makanan tradisional Kedah yang jarang-jarang kita temui di pasar biasa, disediakan dengan menitikberatkan garis panduan kebersihan yang ketat.

๐Ÿšญ Jelajah Kesedaran Premis BeBAS: Ketahui cara mengenal pasti premis makanan berkualiti tinggi yang mementingkan kesihatan pelanggan melalui persekitaran yang bersih daripada asap rokok.

Mari kita bersama-sama melangkah ke arah gaya hidup yang lebih bersih, selamat, dan sejahtera. ๐Ÿ’ชโค







๐Ÿงค ๐Ÿฑ ๐——๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—”: ๐—ž๐—จ๐—ก๐—–๐—œ ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ! ๐ŸงคAdakah kita benar-benar mengamalkan langkah kebersihan tangan pada detik ...
25/09/2026

๐Ÿงค ๐Ÿฑ ๐——๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—”: ๐—ž๐—จ๐—ก๐—–๐—œ ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ! ๐Ÿงค

Adakah kita benar-benar mengamalkan langkah kebersihan tangan pada detik yang tepat semasa bertugas? Jangan sesekali berkompromi dengan aspek kawalan infeksi kerana kecuaian kecil boleh membawa padah yang besar kepada pesakit kita.

Audit Silang 5 Moments for Hand Hygiene mengingatkan kembali kita tentang kepentingan protokol cuci tangan yang sistematik. Setiap fasa sama ada sebelum menyentuh pesakit, sebelum prosedur aseptik, selepas risiko terdedah cecair badan, selepas menyentuh pesakit, hinggalah selepas memegang persekitaran pesakit mempunyai standard protokolnya yang tersendiri.

๐Ÿ›ก๏ธ Lebih selamat untuk diri sendiri dan pesakit.
๐ŸŒฟ Lebih sihat tanpa ancaman jangkitan silang.
โญ Lebih berkualiti dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
๐Ÿข Persekitaran lebih bersih secara menyeluruh di wad mahupun klinik/unit.

Tangan bersih, pesakit selamat, wira sihat. ๐Ÿคฒโค๏ธ








25/09/2026
โญ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›: ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—  ๐ŸฅโœจKomitmen kami di Hospital Yan sentiasa berpaksikan...
24/09/2026

โญ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›: ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—  ๐Ÿฅโœจ

Komitmen kami di Hospital Yan sentiasa berpaksikan nilai "Cekap, Profesional, dan Bersama Membina Kesihatan". ๐Ÿค
Demi memberikan yang terbaik untuk komuniti, kami membawakan dua teknologi sebagai penambahan aset baru ke fasiliti.

Sentuhan teknologi ini pastinya memberikan ketenangan minda buat para ibu dan juga seluruh pengunjung hospital. Satu sesi pembelajaran kepada staf Hospital Yan telah berlansung dengan jayanya di dua unit. Unit Patalogi dan Wad Melor 1 yang akan mengendalikan aset tersebut:

๐Ÿ›ก๏ธ Ultraviolet Fluorescent Analyzer.
- Digunakan dalam saringan kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) pada sampel pesakit. Peralatan ini membantu pemeriksaan fluoresens sampel di bawah cahaya ultraviolet (UV), bagi menyokong proses saringan dan pengesanan kekurangan enzim G6PD dengan lebih berkesan.

๐Ÿคฐ Portable Fetal Heart Monitor.
- Membolehkan pemantauan kadar degupan jantung janin dilakukan dengan tepat. Rekaan bentuk peranti yang mudah alih memudahkan urusan pemeriksaan dan menjadikan proses pemantauan kehamilan lebih berkesan.

Utamakan kesihatan dan keselamatan anda sekeluarga bersama kami di Hospital Yan.





Address

Hospital Yan
Yan
06900

Telephone

+6044655333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Yan:

Shortcuts

Share