Pejabat Daerah dan Tanah Yan

  • Home
  • Pejabat Daerah dan Tanah Yan
Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah dan Tanah Yan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Government Organization, .

𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (RABU)   🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Hari Malaysia merupakan detik bersejarah yang men...
15/09/2026

𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (RABU)

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Hari Malaysia merupakan detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan harmoni. Perbezaan kaum, agama, budaya dan latar belakang bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dengan memperkukuh perpaduan, menghormati kepelbagaian serta berganding bahu dalam menjayakan aspirasi negara.

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam sanubari setiap rakyat Malaysia demi masa depan negara yang lebih gemilang.

“Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati.”

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah Yan Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan












🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐔𝐃𝐇𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daera...
10/09/2026

𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐔𝐃𝐇𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daerah Yan Tahun 2026 dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Yan yang telah diadakan pada 10 September 2026 (Khamis) bertempat Masjid Terapung Yan.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh Ketua-Ketua Agensi Daerah Yan serta kakitangan, Imam-Imam Masjid Daerah Yan dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung Daerah Yan pada jam 8.45 pagi. Kuliah dimulai pada jam 9.00 pagi dengan kuliah berkaitan "Kitab 40 Hadis Mengundang Keampunan Dari Maha Pengampun" yang disampaikan oleh Ustaz Rasydan Bin A.Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah S*k. Majlis tersebut berlangsung dengan kehadiran seramai 40 orang peserta.

Setinggi - tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis ini.












🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

08/09/2026
𝟎𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍Pejabat Daerah dan Tanah Yan ha...
08/09/2026

𝟎𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Pejabat Daerah dan Tanah Yan hari ini menerima Kunjungan Hormat daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, bertempat di Bilik Tuan Pegawai Daerah, pada jam 10.00 pagi.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Encik Ahmad Kamaruizaman bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, bersama Encik Jamadi bin Jamaludin, Pegawai Unit Belia.

Pertemuan ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan serta jalinan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan, khususnya dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan kesukanan di daerah ini.

Antara perkara yang diberi perhatian adalah usaha memperluas penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukanan dan pembangunan komuniti, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memastikan program yang dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Kerjasama rentas agensi amat penting dalam membentuk generasi belia yang aktif, berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai jati diri, selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan komuniti Daerah Yan yang lebih dinamik dan sejahtera.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif dan program bersama yang memberi manfaat kepada golongan belia serta seluruh komuniti di Daerah Yan.

🤝 Bersama Memperkasa Belia, Memacu Kecemerlangan Sukan, Membina Komuniti Sejahtera.

‎

‎
‎








🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

𝟎𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐀𝐇𝐀𝐃)𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 - 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍Sesi Libat Urus 'The Greater Kedah' bersama waki...
06/09/2026

𝟎𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 - 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Sesi Libat Urus 'The Greater Kedah' bersama wakil Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan telah diadakan bagi memperkukuh kefahaman serta mendapatkan pandangan dan input dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan Negeri Kedah secara lebih menyeluruh.
‎
‎Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Muhamad Mahazi Ibrahim hadir dalam Sesi Libat Urus 'The Greater Kedah' yang berlangsung di Senjana Glamping Resort, Singkir Laut, Daerah Yan, di sini, hari ini.
‎
‎Hadir sama Pegawai Daerah Yan, Ahmad Fuad Che Ani@Abd. Ghani; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Arif Hani Abd. Rahman; dan Sekretariat 'The Greater Kedah', Mohammad Afifi Mohammad.
‎
‎Peserta mengikuti sesi pembentangan oleh pihak sekretariat sebelum diteruskan dengan sesi libat urus bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
‎
‎Sesi libat urus dan lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama serta kesepakatan dalam kalangan penjawat awam negeri, sekali gus menyokong usaha merealisasikan aspirasi 'The Greater Kedah' sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri Kedah yang lebih mampan dan berdaya saing.
‎
‎
‎
‎
‎









🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

𝟎𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐁𝐌𝐒𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔Sambutan Bulan M...
06/09/2026

𝟎𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔)

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐁𝐌𝐒𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Kedah 2026 berlangsung meriah hari ini apabila warga Kedah daripada pelbagai lapisan masyarakat turun padang memeriahkan sambutan yang berlangsung di Dataran Medan Bandar Alor Setar.

Dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, sambutan BMSS kali ini turut diadakan bersekali dengan Larian Jubli Emas Bulan Sabit Malaysia Negeri Kedah, bersempena Alor Setar Car Free Saturday.

Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, Datuk Bandar Alor Setar dan YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Seawal pagi, suasana sekitar Dataran Medan Bandar Alor Setar dipenuhi keceriaan apabila orang ramai mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang mengetengahkan aspek kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan.

Antara pengisian yang mencuri perhatian termasuk Senaman Pound Stick, Pertandingan Senam Sihat dan Explore Race ANMS, selain pameran kesihatan interaktif yang memberikan peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan.

Kemeriahan turut diserikan dengan kehadiran perkhidmatan kesihatan bergerak seperti Trak Wellness On Wheels (WOW), Bas Derma Darah dan pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan kepada orang ramai

Penyertaan murid Sekolah rendah dan Sekolah Menengah terdiri daripada Kelab Doktor Muda dalam Senam Sihat BMSS turut mencuri perhatian apabila tampil penuh bertenaga, ceria dan bersemangat. Tahniah kepada semua peserta dan sekolah yang telah mengambil bahagian.

Sambutan BMSS ini bukan sekadar sebuah program sehari, sebaliknya menjadi wadah untuk menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal, pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.

Hari ini kita berjalan, bersenam, belajar dan berkongsi ilmu tentang kesihatan.

Esok, kita teruskan.

Kerana masyarakat yang sihat tidak terbentuk dalam sehari. Ia bermula dengan satu langkah kecil yang dilakukan secara konsisten oleh setiap individu, keluarga dan komuniti. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Kedah yang mai memeriahkan Sambutan BMSS Negeri Kedah 2026.

Mai kita teruskan langkah.
Mai kita teruskan gaya hidup sihat.
Mai kita jadikan sihat sebagai budaya. 💪❤️




















🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

31/08/2026

Alhamdulillah selesai utk tahun 2026...

🇲🇾✨ 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) ✨🇲🇾🇲🇾 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐊, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 🇲🇾𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚31 Ogos bukan ...
31/08/2026

🇲🇾✨ 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) ✨🇲🇾

🇲🇾 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐊, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 🇲🇾

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

31 Ogos bukan sekadar tarikh di kalendar. Ia adalah lambang kebebasan, pengorbanan dan perjuangan yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada kita untuk terus dipelihara dan dihargai.

Berteraskan semangat Bulan Kebangsaan, hari ini menjadi saksi kepada semangat patriotisme dan komitmen Kontinjen Majlis Daerah Yan (MDY) bersama Pejabat Daerah dan Tanah Yan (PDTY) dalam menjayakan Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah.

Setiap langkah yang diatur, setiap rentak yang diseragamkan dan setiap keringat yang dicurahkan sepanjang tempoh latihan bukanlah sekadar persiapan untuk sebuah perbarisan. Sebaliknya, ia mencerminkan disiplin, kesatuan, kerjasama serta semangat cintakan negara yang menjadi kekuatan sebuah pasukan.

Hari ini, kita melangkah bukan hanya membawa nama MDY dan PDTY, tetapi turut membawa bersama semangat dan maruah Daerah Yan untuk berdiri teguh bersama seluruh rakyat Malaysia dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen atas komitmen, disiplin, kesungguhan dan pengorbanan yang diberikan dari awal latihan sehingga selesai perbarisan.

Semoga semangat yang dizahirkan hari ini terus subur dalam jiwa kita — menghargai erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

🇲🇾 Berdiri bersama.
🇲🇾 Melangkah seiring.
🇲🇾 Menjunjung semangat merdeka.
🇲🇾 Membawa nama Yan dengan penuh kebanggaan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾❤️

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati










KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA1. Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Gred G1 dan G2 Negeri Kedah y...
30/08/2026

KENYATAAN IKLAN SEBUT HARGA

1. Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Gred G1 dan G2 Negeri Kedah yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred pendaftaran yang berkaitan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berdaftar sebagai Syarikat Bumiputera dan maklumat Pendaftaran Kontraktor (Kerja) dan (Bekalan/Perkhidmatan) Tahun 2026 melalui Sistem iDAFTAR Negeri Kedah Darul Aman serta masih dibenarkan menyertai sebut harga pada masa ini bagi kerja seperti berikut:

2. Kontraktor yang berminat dan berkelayakan seperti tertera sahaja hendaklah membuat PERAKUAN menyertai sebut harga di dalam sistem iDAFTAR https://idaftar.kedah.gov.my) dan menjelaskan bayaran secara atas talian mengikut no. sebut harga projek yang dipilih seperti jadual di atas berjumlah RM 10.00 untuk projek sebelum dokumen softcopy sebut harga dikemukakan kepada kontraktor. Urusan penjualan sebut harga dibuka sepanjang masa setiap hari kecuali pada 12.00 tengah malam sehingga 12.30 pagi bagi penyelenggaraan transaksi elektronik pihak bank.

3. Surat Kebenaran Khas daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN.

4. Kontraktor dikehendaki menyemak No. Siri Kawalan Dokumen yang diberi melalui sistem iDAFTAR dan melengkapkan No. Siri Kawalan Dokumen pada setiap halaman muka depan Dokumen Sebut Harga pada Ruang Kotak yang disediakan. Kegagalan ini boleh mengakibatkan dokumen ditolak.

5. Pihak Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

6. Kontraktor dinasihatkan untuk memastikan lesen-lesen berkaitan mestilah masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebut harga. Kegagalan berbuat demikian BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh kontraktor.

7. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi, dicetak dan disahkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dicatatkan No. Sebut Harga seperti di kenyataan iklan pada sebelah kiri sampul dengan jelas dan ketebalan dokumen hendaklah tidak melebihi 3cm (sampul bersaiz A4) dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Tingkat Atas, Pejabat Daerah Yan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, pada Rabu bertarikh 09 September 2026. Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima dan akan ditolak.

8. Kontraktor boleh menggunakan perkhidmatan kurier untuk penghantaran dokumen sebut harga. Kontraktor dikehendaki memastikan sendiri bahawa dokumen selamat dihantar dan dimasukkan ke Peti Sebut Harga yang disediakan jabatan oleh ejen perkhidmatan kurier dalam masa yang telah ditetapkan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan penerimaan dokumen syarikat.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“THE GREATER KEDAH”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD IZWAN BIN DATO’ PADUKA MOHD OMAR)
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
b.p Pegawai Daerah Yan
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : 30 Ogos 2026 Tarikh Pamer Iklan : 30 Ogos 2026













🖱 Website : https://webpdt.kedah.gov.my
📱 Twitter : https://twitter.com/DaerahYan
💻 Facebook : https://www.facebook.com/pdtyankedah
💻 Tiktok : https://www.tiktok.com/

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6047028833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Yan:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share