Jalan Makrifatullah

Jalan Makrifatullah

Share

Usah bicara tentang CINTA jika diri tak kenal siapa yang di cintanya. Awal kenali agama mengenali akan TuhanNya. Tetaplah hidup DIRI didalam CINTANYA.

Jalan kembali terbuka luas.

11/07/2022

[MAKAM ASBAB MUSABAB]

Dunia ini di namakan alam asbab.

Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku.

Hubungan sebab dengan akibat sangat berat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat.
Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam.

Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya.

Manusia juga boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.



Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat. Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat). Manusia yang melihat kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.

Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka.



Allah s.w.t tidak s**a hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya.

Allah s.w.t tidak s**a jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya.



Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula. Dia yang meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut.

Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya.

Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t, merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat.



Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan.

Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. Aameen Ya Robb.

08/07/2022

[Apakah Diri Tersalah Jalan?]

Sebahagian kaum muslimin mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Tidaklah salah.

Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, serta bagi menjauhkan azab api neraka. Juga tidak menjadi satu kesalahan bagi peringkat mereka.

Akan tetapi, kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangatlah lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka.

Mereka tidak tahan menempuh ujian.

Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan.
Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah.

Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang diatas muka bumi ini.

Apabila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Bahkan mereka mudah menjadi ego serta s**a menyombong.

Maka, ini jelas ia perlu diperbaiki.

07/07/2022

[TERANGKATNYA HIJAB DIRI]

Di awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menuruttuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya.

Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab.

Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi.

Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.

07/07/2022

[TINGKAT KEROHANIAN]

Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.

Segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah s.w.t.

Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.

05/07/2022

[6 PENYEBAB KERUSAKAN HATI]

Imam Hasan Al Bashri berkata:

"Kerusakan hati manusia itu disebabkan oleh enam faktor, iaitu:

1) Sengaja berbuat dosa dengan
harapan dosanya nanti diampuni;
2) Memiliki ilmu, tetapi tidak
diamalkannya;
3) Apabila beramal tidak ikhlas;
4) Memakan rezeki Allah, tetapi tidak
pernah bersyukur;
5) Tidak ridha dengan pemberian Allah
dan
6) Sering mengubur orang mati, namun
tidak mau mengambil pelajaran dari
kematian tersebut.”

Sehubung dengan masalah keikhlasan, Imam Ahmad bin Hambal berdo’a sebagai berikut:

يَا دَلِيْلَ الْحَيَارَى دُلَّنِيْ عَلَى طَرِيْقِ الصَّادِقِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ الْمُخْلَصِيْنَ

“Wahai Dzat yang memberikan petunjuk kepada orang-orang yang bingung, tunjukkanlah aku ke jalan orang-orang yang benar dan jadikanlah aku termasuk hamba-Mu yang ikhlas dalam beramal.”

Rasulullah saw. bersabda:

إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الآخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ

“Sesungguhnya kubur itu merupakan tempat yang pertama dari beberapa tempat yang ada di akhirat. Jika seseorang selamat dari siksa kubur, maka pada tempat-tempat berikutnya dia pun akan selamat dengan mudah. Jika dia tidak selamat dari siksa kubur, maka pada tempat-tempat berikutnya akan lebih berat siksanya daripada siksa di kubur.” (HR. Tirmidzi, Ibn Majah, dan Hakim)

إِنَّ لِلْمَوْتِ فَزَعًا , فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ وَفَاةَ أَخِيهِ , فَلْيَقُلْ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ , وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ , اللَّهُمَّ اكْتُبْهُ فِي الْمُحْسِنِينَ , وَاجْعَلْ كِتَابَهُ فِي عِلِّيِّينَ , وَاخْلُفْ عَقِبَهُ فِي الآخِرِينَ , اللَّهُمَّ لا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ , وَلا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

“Sesungguhnya dalam kematian itu ada suatu ketakutan. Karenanya, barang siapa mendengar berita kematian saudaranya (sesama muslim), maka hendaknya membaca do’a berikut ini: innaa lillaahi wa innaa ilaihi rooji’uun. Wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuun. Allahummaktubhu ‘indaka fil muhsiniin, waj’al kitaabanaa fii ‘illiyyiin, wakhluf ‘aqibahuu fil aakhiriin. Allahumma laa tahrimnaa ajrohuu walaa taftinnaa ba’dahu.”

(Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali, hanya kepada Rabb kami, kami dikembalikan. Ya Allah catatlah dia disisi-Mu termasuk orang-orang yang baik; dan jadikanlah catatan amalnya berada di ‘illiyyiin; dan berilah orang-orang yang ia tinggal pengganti yang lain. Ya Allah janganlah Engkau halangi kami untuk mendapatkan pahala mendo’akannya dan janganlah p**a engkau timpakan kepada kami cobaan sesudahnya.” (HR. Thabarani)

مَنْ سَمِعَ بِمَوْتِ مُسْلِمٍ فَدَعَا لَهُ بِخَيْرٍ كَتَبَ اللهُ لَهُ أَجْرَ مَنْ عَادَاهُ حَيًّا وَشَيَّعَهُ مَيِّتًا

“Barang siapa yang mendengar kematian seorang muslim, kemudian dia mendo’akan kebaikan untuknya, maka Allah akan menuliskan baginya pahala sama dengan orang yang menjenguknya ketika ia masih hidup dan mengantarkan jenazahnya.” (HR. Daruquthni)

| Kitab Nashaihul Ibad
karya Imam Nawawi Al-Bantani

04/07/2022

[Nur atau Cahaya]

Ilmu adalah nur. Hati juga nur. Dan, Nur adalah salah satu nama daripada Nama-nama Allah s.w.t. Nur Ilahi, hati dan ilmu berhubung rapat. Hati yang suci bersih menjadi bekas yang sesuai untuk menerima pancaran Nur Ilahi.

Hati yang dipenuhi oleh Nur Ilahi mampu menerima Nur Ilmu dari alam ghaib. Nur Ilmu yang dari alam ghaib itu membuka hakikat alam dan hakikat Ketuhanan.

Hati yang menerima pengalaman hakikat memancarkan nurnya kepada akal.Akal yang menerima pancaran Nur Hati akan dapat memahami perkara ghaib yang dinafikan oleh akal biasa.

Bila hati dan akal sudah beriman hilanglahkeresahan pada jiwa dan kekeliruan pada akal. Lahirlah ketenangan yang sejati.

Hiduplah nafsu muthmainnah menggerakkan sekalian anggota zahir dan batin supaya berbakti kepada Allah s.w.t. Jadilah insan itu seorang hamba yang sesuai zahirnya dengan Syariat dan batinnya dengan kehendak dan lakuan Allah s.w.t.

Bila Allah s.w.t memilihnya, maka jadilah dia seorang insan Hamba Rabbani, Khalifah Allah yang diberi tugas khusus dalam melaksanakan kehendak Allah s.w.t di muka bumi.

03/07/2022

"Tersenyumlah, tidak ada yang perlu engkau sesali, karena Tuhanmu ada. Rezekimu telah ditentukan, dan umurmu telah digariskan. Indahkan saja dirimu, niscaya engkau akan menyaksikan keindahan itu di sekelilingmu"

Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi Rahimahullah

03/07/2022

[Nasihat Sheikh Mutawali Sharawi]

Nasihatku, jangan bosan untuk bersabar.
Jika Allah Menghendaki, Dia akan Mengkabulkan permintaanmu sekelip mata sahaja.
Dia tidak sesekali mengabaikan airmata pengharapan dan juga lintasan hatimu.
Tidak susah untuk Dia memperbaiki keadaanmu.
Tetapi Dia mahu kamu minta kepada-Nya dalam keadaan yang sunguh terdesak (seperti orang miskin yang terdesak memerlukan bantuan),
{إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا}
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka" (Al-Mu'minun : 111)
Dia tidak berkata :
"disebabkan solat mereka"
"disebabkan puasa mereka"
"disebabkan sedekah mereka"
akan tetapi "disebabkan kesabaran mereka"
Kerana sabar itu adalah ibadah yang kamu tunaikan dalam keadaan yang sangat menyakitkan.

28/06/2022

[ Puncak Makrifat Cinta Ilahi ]


Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthomi;

“Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. Abu Yazid menjawab: “Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang”.


Buang dunia dari diri bukan bermaksud tidak menghiraukan apa keperluan jasad seperti makan, minum dan keperluan asasi yang lain tetapi memadai lah tidak memandang suatu yang lain dengan penuh takjub selain daripada pandangan membesarkan Allah.


Jasad itu amanah dariNya. AturanNya melengkapkan kehidupan kita. Iktiqod pada qalbi hanya Allah yang menguasai akan diri dan sekalian yang ada.


Segala tumpuan pemikiran, kelakuan dan perangai harusnya beserta dengan kesedaran bahwa segala gerak kehidupan ini adalah gerakan izin dariNya semata mata, bahkan tiada satu pun milik kita.

Jagalah diri dan kehidupan kalian daripada hidup dengan kelalaian, hingga melupakan siapa Pemberi dan siapa Penerima Pemberian, di sana akan timbul kesedaran akan sifat Ketuhanan dan sifat Kehambaan hingga mencapai puncak kasih Tuhan.


Moga Allah tidak mensia siakan kehidupan kita semua dan diangerahkan pandangan sepertimana para waliNya yang senantiasa meleburkan diri mereka untuk meraih cinta Ilahi.

25/06/2022

KENAL DIRI

"DIA yang mempunyai banyak ciptaan tetap tidak pernah melupakanku tetapi aku yang hanya mempunyai satu PENCIPTA sentiasa melupakanNYA"

Syeikh Saa'di as Shirazi RA

02/06/2022

Sejak semalam, kita telah memasuki bulan Zulkaedah. Bulan ini adalah bulan Haram. Begitu juga dua bulan selepasnya, iaitu Zulhijjah dan Muharram. Allah secara spesifik melarang kita melakukan kezaliman dan maksiat pada bulan-bulan Haram tersebut.

Allah berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan dalam ketentuan Allah sejak penciptaan langit dan bumi, empat daripadanya adalah bulan-bulan Haram. Demikian adalah agama yang lurus. Justeru, janganlah engkau berbuat zalim pada bulan-bulan haram tersebut." (al-Taubah ayat 36).

Oleh yang demikian, pada tiga bulan ke hadapan ini kita mesti selalu beringat. Maksiat jauhkan sedapat mungkin. Ibadat perbanyak mengikut kemampuan. Sebaik-baik ibadat adalah menjaga hati daripada buruk sangka kepada Allah dan kepada manusia.

Bakr bin 'Abdillah al-Muzani berkata:

ما سبقهم أبو بكر بكثرة صيام ولا صلاة ولكن بشيء وقر في صدره

"Kelebihan Abu Bakar Siddiq kepada atas kita bukan kerana puasa dan solatnya, akan tetapi kerana sesuatu yang berada di dalam hatinya."

Para ulama berkata: Sesuatu yang tersimpan dalam hati beliau itu adalah cinta Allah dan sayang kepada seluruh makhluk." (Ibn Rajab al-Hanbali, Lataif al-Maarif).

13/05/2022

🛑[Hijab Diri]🛑

Orang yang sudah tidak terhijab dengan Allah itu akan sentiasa matahatinya berhubungan dengan Allah, cintanya semata-mata hanya Allah dan tidak peduli apa pun selain Allah, tidak peduli lagi pada penderitaan ataupun kesenangan di dunia ini, tidak taksub pada karamah namun istiqamah dalam syuhud dan inilah baqabillah yang sebenarnya.

Sufi 💝

Want your business to be the top-listed Government Service in Jeddah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Jalan Makrifatullah
Jeddah
17