Saudagar Kitab

Website Contact the organization

Saudagar Kitab || menjual kitab² ahlussunnah wal jamaah yang diberi nafas kontemporari || harga termasuk penghanta

Mungkin kita pernah lafaz “Allah itu Wujud, Qidam, Baqa’...” sejak kecil, tetapi tidak benar-benar memahaminya.Ilmu akid...
14/10/2026

Mungkin kita pernah lafaz “Allah itu Wujud, Qidam, Baqa’...” sejak kecil, tetapi tidak benar-benar memahaminya.

Ilmu akidah yang kita warisi ini bukan datang begitu sahaja. Ia mengalir dari satu tangan ke tangan yang lain, dari Imam al-Asy’ari, kepada Imam al-Sanusi dengan “Umm al-Barahin”nya, hinggalah kepada teks “Al-‘Aqaid Al-Durriyyah” yang menjadi asas kitab ini.

“Al-Anwar Al-Bahiyyah ‘ala Al-‘Aqaid Al-Durriyyah” membawakan terjemahan lengkap beserta syarah bagi teks tersebut, berpegang pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran Asya’irah. Di dalamnya, kita dibawa menelusuri sejarah awal ilmu tauhid, mengenali riwayat hidup ulama seperti Imam al-Asy’ari, Imam al-Sanusi dan Syeikh Muhammad al-Hasyimi, serta memahami bagaimana aliran ini mengharmonikan dalil naqli dan peranan akal. Ada juga bab yang menjawab salah faham moden terhadap Asya’irah dengan tenang dan ilmiah.

Kitab ini digubal untuk pengajian formal. Maka sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah serta para Rasul dipermudahkan dengan rajah, jadual perbandingan dan carta alir, sesuai untuk pelajar pengajian Islam, guru agama, dan sesiapa yang ingin kembali mengenal Allah dengan lebih tersusun.

Kitab boleh didapati di https://www.saudagarkitab.com/products/al-anwar-al-bahiyyah

Semoga Allah meneguhkan akidah kita, dan menjadikan setiap ilmu yang kita pelajari cahaya yang menerangi jalan p**ang kepada-Nya.

Alhamdulillah, ini adalah tahun ketiga berturut² Saudagar Kitab menyertai sambutan di Masjid Darul Ghufran, dan buat per...
09/10/2026

Alhamdulillah, ini adalah tahun ketiga berturut² Saudagar Kitab menyertai sambutan di Masjid Darul Ghufran, dan buat pertama kalinya reruai kami berada di Tingkat 3. Bagi sahabat yang pernah singgah pada tahun² lepas, naiklah sedikit ke atas. InsyaAllah kami menanti di sana.

Ghufran Fiesta tahun ini menyambut ulang tahun ke-35 Masjid Darul Ghufran, menyaksikan solat berjemaah, majlis ilmu dan pertemuan yang menyatukan hati.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa buku² amalan. Kadang² kita teringin beramal bersama keluarga, tetapi tidak tahu bagaimana nak bermula. Buku² kecil seperti himpunan selawat, doa perlindungan Rasulullah ﷺ, himpunan hadis amalan ringan, himpunan doa harian boleh menjadi permulaan. Ringan dibawa, mudah dibaca bersama selepas Maghrib atau sebelum tidur, dan sesuai dikongsi antara ibu bapa dan anak².

Turut ada Poster Salasilah Nabi Muhammad ﷺ, sesuai digantung di rumah agar anak² membesar dengan nama² nasab Baginda di hadapan mata. Selain itu, ada juga Siri Adab dan kisah para Rasul untuk anak², serta kitab tafsir, hadis dan tasawuf untuk penuntut ilmu.

Sebahagian hasil jualan kami akan diinfakkan kepada Masjid Darul Ghufran bagi menyokong kerja² naik taraf. Setiap buku yang dibawa p**ang, insyaAllah, turut menjadi sumbangan kecil buat rumah Allah ini.

Reruai Saudagar Kitab, Tingkat 3, Masjid Darul Ghufran
Sabtu, 10 Okt: 10 pagi - 8 malam
Ahad, 11 Okt: 10 pagi - 6 petang

Singgahlah bersama keluarga, boleh kita bertegur sapa dan bertukar cerita.

Semoga Allah menjadikan rumah² kita hidup dengan zikir dan selawat, dan memberkati serta semua yang memakmurkannya.

"Hadrah Basaudan" adalah himpunan zikir, doa dan pujian kepada Rasulullah ﷺ, karangan Syaikh Abdullah bin Ahmad Basaudan...
06/10/2026

"Hadrah Basaudan" adalah himpunan zikir, doa dan pujian kepada Rasulullah ﷺ, karangan Syaikh Abdullah bin Ahmad Basaudan. Beliau seorang mufti besar Hadhramaut yang wafat pada tahun 1266 Hijriah. Beliau menuntut ilmu daripada para habaib besar zamannya, antaranya Habib Umar bin Saqqaf as-Saqqaf dan Habib Ahmad bin Hasan al-Haddad, dan pernah belajar di Haramain. Daripada majlis beliau p**a lahir ulama seperti Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Attas dan Habib Idrus bin Umar al-Habsyi.

Hadrah ini dibaca secara rutin setiap petang Selasa di beberapa tempat di Hadhramaut. Hari ini ia sampai ke rantau kita, berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Di dalamnya terhimpun bacaan al-Fatihah, Yasin dan Surah al-Anbiya' ayat 101–112, diselangi pujian kepada Baginda ﷺ.

Edisi terbitan Gemala ini disusun oleh Bintu Abdul Basith Al-Jufri. Ia dilengkapi transliterasi Latin di samping teks Arab, bersama Yasin Fadhilah, memudahkan mereka yang belum lancar membaca tulisan Arab mengikuti bacaan dengan tenang, sambil perlahan-lahan membiasakan lidah. Bukunya berkulit lembut, bersaiz 14 x 20 cm dan setebal 230 halaman.

Sesuai untuk merka yang ingin mula berjinak dengan majlis Hadrah, atau yang mahu mengamalkannya sendiri di rumah bersama keluarga.

Boleh didapati di https://www.saudagarkitab.com/products/hadroh-basaudan

Semoga lisan kita terus basah dengan zikir, dan hati kita hidup dengan mengingati-Nya.

Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat & Sam’iyyat membawa pembaca kembali kepada perkara paling asas dalam agama; mengenal ap...
27/09/2026

Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat & Sam’iyyat membawa pembaca kembali kepada perkara paling asas dalam agama; mengenal apa yang wajib kita imani dengan kefahaman yang benar.

Buku ini menghuraikan sifat-sifat Allah, sifat para Nabi dan Rasul, para Malaikat, Kitab-kitab Allah, Hari Kiamat serta Qadha’ dan Qadar berdasarkan dalil dan sumber yang muktabar.

Aqidah bukan sekadar sesuatu yang diwarisi daripada keluarga atau dipelajari ketika kecil. Ia adalah asas yang perlu terus difahami, diperkukuhkan dan dipelihara sepanjang kehidupan.

Sesuai untuk mereka yang mahu mengulang kembali asas ilmu tauhid, pelajar pengajian Islam, asatizah serta ibu bapa yang mahukan bahan rujukan aqidah untuk keluarga.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/ilmu-tauhid-ilahiyyat-nubuwwat-samiyyat

Semoga ilmu membawa kita daripada sekadar mengetahui tentang Allah, kepada mengenal-Nya dengan kefahaman dan keyakinan yang semakin teguh.

Ada hukum yang sering kita dengar namanya, tetapi hanya benar-benar dicari apabila kita atau seseorang yang dekat dengan...
26/09/2026

Ada hukum yang sering kita dengar namanya, tetapi hanya benar-benar dicari apabila kita atau seseorang yang dekat dengan kita berhadapan dengannya. Iddah mungkin salah satunya.

Berapa lama iddah bagi wanita yang kematian suami? Bagaimana p**a bagi wanita menopaus atau yang tidak pernah haid? Dan adakah hukum yang sama terpakai apabila suami meninggal sebelum sempat bersama isterinya?

Iddah: Hukum-Hakam dan Hikmah membincangkan persoalan-persoalan seperti ini secara terperinci berdasarkan dalil dan pandangan ulama Mazhab Syafie. Buku ini bukan hanya menerangkan hukum, tetapi turut membawa pembaca memahami hikmah di sebalik ketetapan iddah.

Ilmu sebegini penting dipelajari sebelum diperlukan, kerana apabila seseorang sedang melalui perceraian atau kehilangan pasangan, kekeliruan tentang hukum hanya menambahkan beban pada keadaan yang sudah pun berat.

Sesuai untuk sesiapa yang mahukan rujukan mudah tentang iddah menurut Mazhab Syafie.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/iddah-hukum-hakam-hikmah

Semoga ilmu membantu kita memahami syariat bukan hanya pada hukumnya, tetapi juga dengan hikmah, adab dan ihsan ketika menghadapinya.

Kita begitu teliti memilih apa yang mahu dimakan. Tetapi sejauh mana kita memahami hukum di sebalik makanan yang sampai ...
25/09/2026

Kita begitu teliti memilih apa yang mahu dimakan. Tetapi sejauh mana kita memahami hukum di sebalik makanan yang sampai ke pinggan? Sembelihan mungkin kedengaran seperti topik yang khusus, tetapi sebenarnya ia sangat dekat dengan kehidupan seorang Muslim.

Ibadah Mukmin: Sembelihan merungkai pelbagai persoalan berkaitan penyembelihan, perburuan dan pemakanan, termasuk ibadah korban dan akikah. Kupasannya bersandarkan rujukan kitab-kitab ulama muktabar tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan ringan.

Buku ini juga berwarna penuh serta dilengkapi gambar dan ilustrasi, menjadikan perkara yang teknikal lebih mudah untuk diikuti.

Ilmu seperti ini mungkin tidak kita gunakan setiap hari, tetapi apabila tiba waktunya; ketika korban, akikah, memilih makanan atau berhadapan persoalan sembelihan, kita sedar betapa pentingnya memahami hukum sebelum melakukan sesuatu.

Sesuai untuk sesiapa yang mahukan pengenalan yang praktikal dan mudah difahami tentang hukum sembelihan serta perkara yang berkaitan dengannya.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/ibadah-mukmin-sembelihan

Semoga apa yang kita makan bukan sahaja baik pada zahirnya, tetapi turut dijaga halal, hukum dan keberkatannya.

Setiap tahun kita berpuasa. Tetapi adakah puasa kita hanya semakin biasa, atau semakin mendidik jiwa? Kitab ini menghimp...
24/09/2026

Setiap tahun kita berpuasa. Tetapi adakah puasa kita hanya semakin biasa, atau semakin mendidik jiwa? Kitab ini menghimpunkan perbahasan fiqh puasa bersama dimensi rohaninya melalui petikan dan olahan daripada empat karya, antaranya Ihya’ Ulumiddin.

Dibincangkan syarat wajib dan sah puasa, rukun, perkara sunat dan makruh, perkara yang membatalkan puasa serta isu seperti musafir, melihat anak bulan, imsak dan waktu Subuh. Amalan Ramadan seperti tarawih, witir, zakat dan iktikaf turut disentuh.

Namun bahagian yang membuat buku ini lebih daripada sekadar manual fiqh ialah perbincangan tentang rahsia puasa; menjaga pandangan, lidah dan hati serta memahami tingkatan puasa. Ramadan akhirnya bukan hanya latihan menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah untuk membentuk takwa.

Sesuai dijadikan bacaan persediaan Ramadan, bahan pengajian keluarga, rujukan daurah atau untuk kita yang mahu memahami ibadah puasa dari sudut zahir dan batin.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/hukum-hakam-dan-rahsia-puasa-ramadan

Semoga Ramadan yang datang bukan sekadar mengubah waktu makan kita, tetapi turut mengubah hati dan amal kita.

Kadang-kadang yang perlu diperbaiki bukan banyaknya amal, tetapi hati yang membawa amal itu. Himpunan Dua Risalah Tasaww...
23/09/2026

Kadang-kadang yang perlu diperbaiki bukan banyaknya amal, tetapi hati yang membawa amal itu. Himpunan Dua Risalah Tasawwuf menghimpunkan terjemahan dua karya: Risalah al-Usul oleh Imam Zarruq dan Hikam Kurdiyyah oleh Shaykh Mahmud al-Kurdi. Terjemahan oleh Ustadh Nazrul Nasir ini turut disertakan dengan matan asal dan tulisan Jawi sepenuhnya.

Menariknya, Imam Zarruq dikenali dalam tradisi keilmuan Islam kerana pendekatannya yang menghubungkan tasawuf dengan disiplin syariat. Maka membaca karya sebegini bukan sekadar mencari kata-kata yang menyentuh hati, tetapi belajar meletakkan perjalanan rohani di atas asas ilmu dan adab.

Sesuai untuk penuntut ilmu, mereka yang sedang mendalami tasawuf, atau sesiapa yang mahu memulakan pembacaan karya ulama dalam format yang ringkas dengan teks asal dan terjemahan.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/himpunan-dua-risalah-tasawwuf

Semoga ilmu yang kita baca bukan sekadar singgah di fikiran, tetapi turun ke hati dan terlihat pada amal.

Ada karya yang bukan sekadar menceritakan seorang tokoh, tetapi menjadi tempat sebuah bangsa menyimpan gambaran tentang ...
22/09/2026

Ada karya yang bukan sekadar menceritakan seorang tokoh, tetapi menjadi tempat sebuah bangsa menyimpan gambaran tentang keberanian, kesetiaan, kekuasaan dan jati dirinya.

Hikayat Hang Tuah ialah salah satu karya besar dalam tradisi persuratan Melayu. Epik ini membawa pembaca ke dunia Melaka melalui kisah Hang Tuah, sambil memuatkan pelbagai gagasan dan nilai masyarakat Melayu tradisional untuk terus direnungkan oleh pembaca hari ini.

Kedudukannya dalam khazanah Melayu juga istimewa. UNESCO menyenaraikan manuskrip Hikayat Hang Tuah dalam Memory of the World pada tahun 2001 dan menyifatkannya sebagai sebuah karya klasik serta epik tradisional Melayu yang telah dikenali turun-temurun di Alam Melayu. Dua manuskripnya dipelihara oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Namun membaca Hikayat Hang Tuah bukan semestinya bererti menerima setiap kisah sebagai catatan sejarah secara literal. Para sarjana turut mengkajinya sebagai karya sastera, teks budaya dan epik yang lahir daripada dunia serta pemikiran zamannya.

Mungkin di situlah kekayaan sebuah hikayat, kita bukan hanya mengikuti perjalanan wataknya, tetapi turut belajar membaca dunia yang melahirkan cerita tersebut.

Sesuai untuk pencinta sastera klasik, sejarah dan warisan Melayu, pelajar, pengkaji, serta sesiapa yang mahu mengenali salah satu karya penting dalam persuratan Alam Melayu.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/hikayat-hang-tuah

Semoga karya warisan terus dibaca, difahami dan diwariskan, agar generasi selepas kita tidak mengenali khazanah bangsanya hanya pada nama.

Apabila sejarah dan hikayat bertemu, kita perlu tahu membezakan antara cerita, ingatan masyarakat dan bukti yang boleh d...
21/09/2026

Apabila sejarah dan hikayat bertemu, kita perlu tahu membezakan antara cerita, ingatan masyarakat dan bukti yang boleh diteliti. Persoalan sama ada Hang Tuah benar-benar wujud telah lama menjadi bahan perbincangan. Hang Tuah dari Perspektif Sejarah mendekati persoalan ini melalui isu anakronisme dan beberapa persoalan yang sering timbul apabila kisah Hang Tuah dibaca sebagai sejarah.

Antara persoalan yang disentuh ialah mengapa nama Hang Tuah tidak disebut dalam catatan pengembaraan Laksamana Cheng Ho. Daripada persoalan seperti inilah pengarang mengajak pembaca meneliti semula hujah yang digunakan untuk menerima atau menolak kewujudan seorang tokoh sejarah.

Menariknya, dunia kesarjanaan sendiri membaca Hang Tuah daripada pelbagai sudut. Ada kajian yang menelitinya melalui sejarah, ada melalui kesusasteraan, tradisi lisan dan pembentukan tokoh epik. Hikayat Hang Tuah juga telah melahirkan pembacaan yang berbeza mengikut zaman dan kerangka pemikiran pengkajinya.

Sesuai untuk pembaca yang s**a bertanya, menilai sumber dan melihat sesuatu polemik sejarah daripada lebih daripada satu sudut.

Dapatkan di https://www.saudagarkitab.com/products/hang-tuah-dari-perspektif-sejarah

Semoga membaca sejarah bukan sekadar membuat kita tahu apa yang pernah diceritakan, tetapi mendidik kita untuk bertanya bagaimana sesuatu cerita sampai kepada kita.

Address

503 Tampines Avenue 5
Singapore
529651

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saudagar Kitab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Saudagar Kitab:

Shortcuts

Share