04/06/2026
TAHNIAH KEPADA YAB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ATAS KELEBIHAN STRATEGIK PROJEK TENAGA SARAWAK UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA
Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas pengiktirafan dan komitmen berterusan beliau terhadap keupayaan tenaga strategik yang dimiliki oleh Sarawak.
Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kelebihan tenaga Sarawak telah memberikan kedudukan strategik yang kukuh kepada Malaysia dalam memenuhi permintaan tenaga masa depan. Hal ini amat penting, terutamanya untuk menyokong pertumbuhan pesat ekonomi digital, operasi pusat data berskala besar, serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di rantau ini. Keupayaan Sarawak menjana tenaga boleh baharu seperti hidroelektrik menjadikannya hab tenaga hijau yang kritikal untuk agenda digital negara.
Tahniah juga diucapkan atas penegasan beliau bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan agenda peralihan tenaga negara. Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia, malah menaikkan peranan negara dalam landskap tenaga serantau.
Kami yakin di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan terus melonjakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam tenaga mampan dan ekonomi digital.
https://www.facebook.com/share/1JZSiEhZD2/?mibextid=wwXIfr
Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P218 Sibuti
04/06/2026
BERITA BAIK! Harga minyak TURUN mulai 4 Jun 2026 ⬇️⛽
Tempoh: 4 Jun – 10 Jun 2026
🔻 RON97: RM4.35 (turun 30 sen)
🔻 RON95 (pasaran): RM3.72 (turun 20 sen)
✅ RON95 BUDI MADANI: kekal RM1.99
🔻 Diesel Semenanjung: RM4.67 (turun 20 sen)
✅ Diesel (Timur & SKDS): kekal RM2.15
Apa maknanya untuk rakyat?
✔️ Kos petrol & diesel murah – jimat belanja harian
✔️ Kos pengangkutan turun – barang keperluan lebih stabil
✔️ Peniaga kecil & e-hailing lega
Gunalah secara bijak
02/06/2026
Perlaksanaan Dasar Baharu Bukti Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Kebajikan Rakyat
31/05/2026
Selamat Mengadap Makan Tahun buat kaum kerabat Kadayan, khususnya di Sibuti.
Semoga segala penat lelah dan perkongsian rezeki diberkati Allah SWT.
Salam Sehati Seketurunan
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Sambutan ini mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang sentiasa saling menghormati.
Semoga Hari Wesak ini membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada semua.
30/05/2026
Kotobian tadau tagazo do Kaamatan. Popinsompu do koposion om kasariahan doid toun tu.
Selamat Gawai. Bulih pengawa manah, pemai pengelantang ba semua sida sebilik
Ari Kami Sebilik
25/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha
Tarikh : 28 Mei 2026 (Khamis)
Jam : 08.30pagi
Bertempat : Kampung Subak A,
Kediaman Pak Haji Lamat Mahidin
Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput tuan/puan sekeluarga untuk hadir bagi menyaksikan sendiri proses penyembelihan, melapah daging bergotong royong.Kehadiran tuan/puan amat kami alu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis dan mengeratkan silaturahim.
Sekian, terima kasih.
Angkatam Muda KEADILAN
P218 Sibuti