Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS

Share

PKMS page is maintained by PKMS' Secretariat Office and Information department.

Photos from Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS's post 12/10/2025

Penyebaran Warta lewat pagi tadi Ahad 12 Oct 2025 di Geylang Serai.

08/10/2025

Bismillahhirrahmannirrahim
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiuun

Pentadbiran ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura ingin menyampaikan takziah atas kepulangan Abdul Mutalib Bin Ithnin, ke rahmatullah pada 2 Oktober 2025 dan di kebumikan pada 3 Oktober 2025.

Beliau pernah memegang jawatan di PKMS sebagai Naib Presiden 2 ( Penggal 2016-2018) dan juga Ketua Pemuda (Penggal 2018 – 2020 & 2020 – 2022).

Alfatheha....

PKMS Mengiringi doa semoga Allahyarham di tempatkan di sisi Rasullullah SAW bersama orang - orang yang beriman. Insya Allah. Aamiin Aamiin Aamiin YRA.

Photos from Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS's post 29/09/2025

Acara Secawan Kopi : 27 September 2025

Acara Secawan Kopi yang berlangsung pada Sabtu, 27 September 2025, dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, telah berjaya menghimpunkan seramai 35 orang hadirin. Dengan tema “Kenali, Sembang dan Sertai: Jom Bersama Kami”, program ini khusus dianjurkan untuk ahli-ahli baru serta bakal ahli, sebagai ruang untuk lebih mengenali PKMS dengan suasana mesra dan santai.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan PKMS. Naib Presiden 1, Tuan Malik Ismail membuka majlis dengan taklimat bermakna, mengenai erti jati diri serta kaitannya dengan disiplin dalam kehidupan berorganisasi.

Ketua Wanita, Puan Roziah Barik, kemudiannya berkongsi sejarah ringkas PKMS – dari penubuhannya pada tahun 1926, perubahan nama pertubuhan kepada PKMS, hingga kepada penglibatan pertubuhan dalam pilihan raya sejak kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda, Encik Hasly Hashim, membentangkan dua artikel penting berkaitan hak Melayu dalam Perlembagaan Singapura, yang menjadi asas kepada pemahaman tentang peranan politik Melayu di tanah air.

Sebagai penutup acara, Naib Presiden 2, Encik Kuswadi Atnawi, menekankan kepentingan, kedua-dua artikel tersebut serta bagaimana ia terus menjamin hak asasi masyarakat Melayu Singapura dan kepentingan pengetahuan sejarah perjuangan PKMS. Beliau juga menekankan bahawa PKMS mempunyai lebih banyak acara akan datang pada masa yang terdekat dan menggesa ahli untuk terus menyokong dengan menghadirkan diri di acara-acara yang akan datang.

Acara Secawan Kopi bukan sahaja memperkukuh silaturahim antara ahli baru dan lama, tetapi juga membuka ruang kesedaran tentang sejarah, peranan, dan perjuangan PKMS yang berterusan hingga ke hari ini.

Photos from Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS's post 19/09/2025

Penyebaran Warta PKMS Ahad 14 Sep 2025 di kawasan Bukit Gombak.

Photos from Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS's post 07/09/2025

Majlis sambutan Maulidul Rasul telah diadakan semalam di Dewan Warisan. Ustaz Ali Rohani menyampaikan sejarah Rasul junjungan kita baik diri beliau mahu pun pengorbanan menyebarkan Islam. Tujuan agar tetap segar didalam hati untuk sentiasa mencontohi Baginda Rasul saw didalam semua aspek kehidupan kita didalam beribadah mengESAkan Allah Azawajal & juga berinteraksi sesama manusia. Aamiin Ya Robbal A’lamiin.

26/08/2025

Assalaamualaikum Wr Wb kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura. Mudah-mudahan dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya, Aamiin YRA! Disini Jabatan Agama ingin menjemput semua ke *Majlis Maulidul Rasul PKMS pada hari Sabtu, 6hb September 2025 jam 2petang hingga 5petang di Dewan Warisan*. Kehadiran ahli-ahli disusuli dengan penghargaan terima kasih.

Want your business to be the top-listed Government Service in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Singapore