15/11/2024
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐋𝐏𝐔) & 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐃𝐔𝐑 (𝐒𝐎𝐏) 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝐇𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐑𝐁𝐄𝐑 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒𝐈𝐂 / 𝐇𝐈𝐓 𝐒𝐓𝐘𝐋𝐈𝐒𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐙𝐎𝐍 𝟑)
KUALA LUMPUR, 15 November 2024 - Program Khas MARA Hit Barber Classic / Hit Stylista 2024 (Zon 3) yang dianjurkan oleh MARA Wilayah Persekutuan yang diadakan mulai 10 hingga 15 November 2024 bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur telah berjaya mengumpulkan seramai 23 orang pengusaha Barber dari Negeri Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan Selangor dan Perak.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan pengurusan perniagaan dalam kalangan usahawan Hit Barber Classic / Hit Stylista bagi meningkatkan profesionalisme serta menambah nilai perkhidmatan kepada pelanggan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Saiffatullah bin Ahmad, Tim. Pengarah MARA, Wilayah Persekutuan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya para usahawan terus mengikuti kursus, latihan serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh MARA. Ini termasuk pelbagai inisiatif seperti Geran Pensijilan (BEST), Digitalbiz dan lain-lain sokongan perniagaan MARA bagi memastikan usahawan Hit Barber Classic / Hit Stylista dapat membangunkan profile diri yang kuat serta bersaing di pasaran dengan lebih cemerlang.
Sepanjang kursus ini, peserta menerima bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman dalam industri barber, terdiri daripada :
1. Encik Khal Shah Aman bin Khalil - Head Educator Hit Barber/ Pemilik Hit Barber KL;
2. Encik Akhmad Aznan bin Abdul Majid, Pengurus Unggul Management Services & Consultant; dan
3. Cikgu Haslinda binti Hashim, CEO Creative Innovative Centre, Cyberjaya.
Kursus anjuran Pejabat MARA Wilayah Persekutuan ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Unit PUSMA Wilayah Persekutuan, Pej. MARA Daerah Bukit Bintang /Titiwangsa dan Pej. MARA Daerah Lembah Pantai / Seputeh sebagai urus setia.