31/12/2022
PDM Rumah Pangsa DBKL - P116 Wangsa Maju
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PDM Rumah Pangsa DBKL - P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
31/12/2022
🪴📕🪴=====================
➿ *VAKSIN DIRI MU SENDIRI..*
*1. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟a͟n͟t͟u͟n͟g͟, kurangkan penggunaan garam.*
*2. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ h͟a͟t͟i͟, elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ b͟e͟r͟l͟e͟m͟a͟k͟.*
*3. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟e͟r͟u͟t͟, elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ sejuk.*
*4. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ u͟s͟u͟s͟, tukarkan makanan segera d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟a͟y͟u͟r͟a͟n͟*
*5. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟a͟n͟k͟r͟e͟a͟s͟, elakkan m͟a͟k͟a͟n͟ hingga k͟e͟n͟y͟a͟n͟g͟.*
*6. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ G͟i͟n͟j͟a͟l͟, m͟i͟n͟u͟m͟l͟a͟h͟ b͟a͟n͟y͟a͟k͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ s͟i͟a͟n͟g͟ h͟a͟r͟i͟, m͟i͟n͟u͟m͟ l͟e͟b͟i͟h͟ s͟e͟d͟i͟k͟i͟t͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ waktu m͟a͟l͟a͟m͟ , k͟o͟s͟o͟n͟g͟k͟a͟n͟ pundi kencing a͟n͟d͟a͟ s͟e͟b͟e͟l͟u͟m͟ t͟i͟d͟u͟r͟.*
*7. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ O͟t͟a͟k͟, t͟i͟d͟u͟r͟l͟a͟h͟ s͟e͟l͟a͟m͟a͟ l͟a͟p͟a͟n͟ j͟a͟m͟ sehari*
*8. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟i͟w͟a͟, m͟i͟l͟i͟k͟i͟ h͟u͟b͟u͟n͟g͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ I͟n͟t͟i͟m͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ Maha P͟e͟n͟c͟i͟p͟t͟a͟, A͟l͟l͟a͟h͟ Y͟a͟n͟g͟ M͟a͟h͟a͟ K͟u͟a͟s͟a͟.Bacalah al yg quran & berzikir*.
*9. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ rindu dan cinta pada Nabi , banyakkan berselawat kepadanya.*
🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ s͟e͟d͟e͟r͟h͟a͟n͟a͟, y͟a͟n͟g͟ kusut i͟t͟u͟ fi͟k͟i͟r͟a͟n͟ k͟i͟t͟a͟*
🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ m͟u͟r͟a͟h͟, y͟a͟n͟g͟ m͟a͟h͟a͟l͟ i͟t͟u͟ kehormatan k͟i͟t͟a͟.*
🌹 *M͟a͟r͟i͟l͟a͟h͟ k͟i͟t͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ p͟a͟n͟d͟a͟i͟ b͟e͟r͟s͟y͟u͟k͟u͟r͟.*
🌹 *S͟e͟m͟o͟g͟a͟ Mendapat B͟e͟r͟m͟a͟n͟f͟a͟a͟t͟ Bersama*🥰
*Kebajikan, Kesihatan, Kewangan.*
*Indahnya Hidup Berkasih sayang kerana Allah.*
*Al Quran Teman Dunia Akhirat*
*SEBARKAN KE GRUP LAIN JIKA ANDA ANGGAP BOLEH BERI MANFAAT ...*
=====================🪴📕🪴
29/12/2022
Jemput hadir semua🌈🌈🌈🌈
❤️Malam Cinta Rasul❤️Dengarkan persembahan Kump Qasidah dari Tahfiz Ribath Thullab Jeel Assalamah dan Tausiyah dari Syeikh Niyaz Al Adeni pada 1 Januari 2023 selepas maghrib(730mlm)
05/12/2022
CERAMAH PERDANA
Bersama penceramah jemputan Ustaz Syamsul Debat
Tajuk : Keharmonian kekeluargaan
Tarikh :10 Disember 2022
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Dewan Solat Masjid Salahuddin Al Ayyubi
Jamuan disediakan
Muslimin muslimat dijemput hadir
23/11/2022
TAHNIAH DS Dr. Mohd Shafei Bin Abdullah kerana dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
Semoga dengan pelantikan ini dapat memantapkan lagi barisan kepimpinan UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Tahniah sekali lagi dari kami BN COMMS WANGSA MAJU.
23/11/2022
CERAMAH AL-ZIKRA KHAS
Masjid Salahuddin Al Ayyubi dengan kerjasama Radio KLfm akan mengadakan ceramah pada ketetapan seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 24 Nov 2022 (KHAMIS)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib
🕌 Tempat: Dewan Solat Masjid Salahuddin Al Ayyubi
👳🏻♀️ Penceramah: Ustaz Wan Shohor Bani Leman
Tajuk : Jika Akhirat Itu Nampak
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
20/11/2022
Saya baru dimaklumkan sebentar tadi melalui telefon oleh Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hasan dan juga Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Ahmad bin Maslan bahawa susulan daripada perletakan jawatan Encik Shahril Hamdan dan perbincangan di antara kepimpinan tertinggi parti, saya telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkuatkuasa hari ini. Surat rasmi telahpun ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih ke atas perlantikan ini dan ke atas kepercayaan parti terhadap saya.
Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa. Tanggungjawab ini adalah berat lebih-lebih lagi di kala kita berada dalam kekalahan dan kesempitan ini. Sebab saya percaya kita perlu membuat pembaharuan kepada parti dari dalam. Saya tidak akan lari dari perjuangan dan akan terus istiqamah dan berkorban untuk parti bersama akar umbi demi agama, bangsa dan tanahair. Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa. Doakan saya.
Sekian, terima kasih.
Salam,
Isham Jalil
20 November 2022
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=694483978710822&id=100044476781936&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f
[ ] + [ ] + [ ] = ???
Isikan tempat kosong.
20/11/2022
Benar, ada konsep "collective responsibility" dalam sesuatu kegagalan.
Benar, UMNO perlu mempertimbang apa langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 di PRU15
Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja.
Tetapi,
Sebelum parti hendak bincang atau buat apa-apa keputusan, ada satu perkara yang perlu dilaksanakan dahulu.
Saya sependapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini - berundur secara terhormat.
Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.
Atas semangat "collective responsibility" itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar.
Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai. This is not the end.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=664783408347804&id=100044484521900&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f
18/11/2022
Demokrasi tidak menjamin kejayaan dan kesejahteraan negara tanpa dua prinsip asas.
Pertama. Rakyat perlu bijak membuat pilihan parti mana yang patut disokong sehingga dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil dan boleh menjamin kelangsungan pentadbiran bagi tempoh ditetapkan.
Kestabilan dan kelangsungan inilah yang membawa kepada perancangan dan pelaksanaan kedua-dua pembangunan dan kebajikan.
The developmental planning, welfare provision and actual delivery of results require a stable and competent Government in place.
Kedua. Kerajaan yang dipilih semestinya yang mempunyai visi yang jelas dan berinspirasi, mampu mentadbir dengan kepimpinan yang dinamik, berintegriti dan berkesan.
Wajarlah kita mengingatkan diri betapa besar risiko dan betapa besar kesannya kita buat pilihan berdasarkan sentimen yang dimainkan.
Orang politik waktu mereka sedang menuntut jawatan dan meraih sokongan masa berkempen, macam-macam boleh janjikan.
Malah ada ahli politik yang digelar "YB ini apa pun jawab boleh boleh".
Tentu sekali penipuan skala besar PRU14 masih segar dalam ingatan kita dan kita sebagai pengundi mesti mempelajari apa yang telah berlaku supaya pisang tidak berbuah dua kali.
Apapun yang didambakan kepada rakyat mesti dinilai berpaksi kepada realiti dan sama ada mampu dilaksanakan oleh kerajaan nanti.
Kini isu terbesar adalah bagaimana kita mampu menangani cabaran inflasi dan tekanan ekonomi negara yang terkesan kerana persekitaran ekonomi global.
Bertambah p**a dengan risiko geopolitik yang semakin merbahaya.
Kita juga sudah tentu tidak mahu ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran kita.
Jika Laos dan Indonesia sudah mempunyai High Speed Train tapi kita tidak, walhal Malaysia yang memulakan rundingan dengan melaksanakan projek High Speed Rail di antara KL dan Singapura lebih awal lagi.
Jika BN tidak tewas dalam PRU14 pada tahun 2018, projek HSR ini akan siap dalam masa 3 tahun lagi.
Ia pasti akan menjadi Game Changer dan pemangkin kepada ekonomi Malaysia ke arah negara maju.
Tetapi tidak kesampaian.
Kita terkapai-kapai tanpa halatuju, berdendam berbalah tidak berkesudahan, berpolitik dalam dasar-dasar sehingga membawa kegagalan.
Kita hanya mampu berdukacita, bersedih merenung visi dan agenda pembangunan untuk Malaysia hancur berkecai akibat peralihan kuasa pada tahun 2018.
Kerana dendam kesumat semua rancangan yang baik telah dibatalkan atau diubah skop dan ada juga yang tak diteruskan sehingga mati disekerat jalan.
Sedangkan dasar-dasar, inisiatif-inisiatif dan projek-projek yang diusahakan dahulu diakui baik oleh pakar-pakar bidang malah oleh ahli-ahli politik pentadbiran seterusnya.
Hanya kerana memenuhi keperluan naratif politik, menyuburkan benih kebencian dan dendam yang ditanam terhadap insan bernama Najib Razak.
Malang seribu malang. Yang menjadi mangsa, kebajikan semua.
Susah hati kita membayangkan perancangan besar BN tidak dapat diteruskan.
We had a very good plan and we were on track to achieve greater success.
Bayangkan negara Malaysia yang mungkin dapat kita rasai hari ini. BRIM yang dijanjikan pada kadar RM2,000 pada tahun 2018, bantuan untuk petani, pekebun dan nelayan tentu lebih tinggi lagi hari ini.
Bayangkan juga. Kawasan Felda dapat kita terus majukan, penjawat awam dapat kenaikan gaji khas pada 2018 dan gaji mereka pasti lebih tinggi hari ini.
Dan boleh dirujuk kembali track rekod kita, pengumuman dasar kita.
Cukai pendapatan dan cukai korporat dikurangkan tahun demi tahun, dan diyakini akan dapat dikurangkan secara berperingkat lagi.
Ditambah p**a dengan projek perumahan rakyat, penjawat awam dan projek PR1MA diperkasakan, UTC, RTC dan Klinik Rakyat 1Malaysia diperluaskan, projek infrarakyat seperti LRT3, ECRL, MRT3 dan HSR dapat diusahakan dan disiapkan mengikut ketetapan masa, Pan Borneo Highway siap dan Central Spine Road lebih maju pembinaannya, masalah legasi seperti bayaran tol dapat diselesaikan dan dimansuhkan, mengatasi masalah bekalan air dan meningkatkan fokus terhadap projek tebatan banjir.
"KESTABILAN DAN KEMAKMURAN"
"BN MENANG RAKYAT SENANG"
18/11/2022
Calon No.3 P.116 Wangsa Maju dari Barisan Nasional, DS Shafei Abdullah mengucapkan SELAMAT MENGUNDI kepada semua warga penduduk Wangsa Maju.
Undilah BARISAN NASIONAL untuk KESTABILAN DAN KEMAKMURAN.
18/11/2022
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Berakhir sudah tempoh kempen maka tiba masa nya rakyat keluar mengundi. Harapan saya kepada rakyat Wangsa Maju agar buat lah keputusan dengan tepat dan jangan tersalah pilih lagi.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat mengundi buat seluruh pengundi Parlimen P.116 Wangsa Maju. Keluarlah beramai-ramai seawal pagi dan tunaikan kewajibpan anda sebagai pengundi.
Saya berharap saya diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju demi kestabilan dan kemakmuran. Undilah saya "Shafei Abdullah" calon No 03, Barisan Nasional.
Mohon doa dari semua pihak agar kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.
Kepada Allah jua saya berserah🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
