30/05/2026
Bakal Tiba. Nantikan... 2 hari lagi. BSBJ PASTI Kuala Kedah 2026.
Pasukan bola sepak PASTI Kuala Kedah telah muncul Juara BSBJ Negeri Kedah dua tahun berturut-turut dan pada tahun ini membawa satu misi besar iaitu mempertahankan kejuaraan bagi mencipta sejarah kejuaraan kali ketiga (Triple Champion).
Ayuh bersama menyaksikan aksi dan bakat anak-anak PASTI dalam Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Kuala Kedah 2026.
YB Baddrol Bakhtiar akan hadir merasmikan BSBJ Kuala Kedah 2026!
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
DPPKKK mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia.
Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam perjuangan. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS memberi panduan untuk kita membina jiwa yang sanggup meletakkan perintah Allah mengatasi segala-galanya.
Dalam suasana umat berdepan pelbagai cabaran hari ini, semoga semangat korban terus menyatukan hati-hati kita dengan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian terhadap masyarakat.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat serta negara.
ุชูุจู ุงููู ู
ูุง ูู
ููู
ุตุงูุญ ุงูุฃุนู
ุงู๐คฒ๐ป
24/05/2026
TRIVIA PENCAPAIAN BSBJ PASTI KAWASAN KUALA KEDAH (BOLA SEPAK) โฝ๐
๐ฅ Juara BSBJ Kedahโ 2017
๐ 2018 โ Tiada kejohanan (dwi-tahunan)
๐ฅ Juara BSBJ Kedah โ 2019
๐ฅ BSBJ Malaysia 2019 menyaksikan Kontijen PASTI Kedah muncul Naib Johan Bola Sepak selepas aksi final menentang PASTI Terengganu.
๐ Kontijen Bola Jaring PASTI Kedah yang diwakili dari PASTI Kuala Kedah p**a berjaya muncul Johan Bola Jaring BSBJ Malaysia.
๐ PASTI Kedah turut dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan BSBJ 2019.
๐ 2020-2021 โ Tiada kejohanan akibat COVID-19
๐ฅ Juara & ๐ฅ Tempat Ketiga BSBJ Kedah โ 2022
๐
Tempat Ke-4 BSBJ Kedah โ 2023
๐ฅ Juara BSBJ Kedah โ 2024
๐ฅ Juara & ๐ฅ Tempat Ketiga BSBJ Kedah โ 2025
Alhamdulillah, Kuala Kedah terus melakar sejarah apabila berjaya mewakili kontijen PASTI Kedah ke kejohanan BSBJ peringkat kebangsaan.
Kali terakhir Kontijen PASTI Kedah muncul johan di peringkat kebangsaan adalah pada tahun 2004. Kini, selepas lebih dua dekad, generasi baharu Kuala Kedah akan membawa semula harapan dan semangat untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Doakan kami.
Terima Kasih diucapkan kepada Jurulatih Bola Sepak PASTI Kuala Kedah Coach Azham dan Coach Mad yang membawa nama PASTI Kuala Kedah harum di arena BSBJ.
InsyaAllah dengan doa, usaha dan semangat juang anak-anak PASTI, kita akan buat kemunculan semula di pentas BSBJ negeri dan kebangsaan! Ameen๐๐ฅ
Nantikan Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring (BSBJ) PASTI Kawasan Kuala Kedah!
22/05/2026
Futsal Santai Geng Muda penuh aksi dan semangat kesukanan!
Walau last minit kita atoq. Malam ni berjaya menghimpunkan anak-anak muda Kuala Kedah dalam suasana penuh ukhuwah fillah๐ค๐
Ada yang mai dengan skil luar biasa, ada yang mai dengan semangat juang tinggi ๐ Yang penting, semua pakat turun padang mengeratkan hubungan serta menghidupkan budaya hidup sihat dalam kalangan pemuda.
Program diserikan dengan sesi cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Cikgu Salmy Anas, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah dan Ketua Pemuda DPPKKK. Tahniah kepada yang bertuah membawa p**ang jersi World Cup, boleh la pakai masa tengok game nanti ๐ฌ
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program. InshaAllah kita jumpa lagi dalam siri akan datang!
22/05/2026
Geng-geng muda, malam ni buat apa? Kalau tak ada plan, jom pakat mai Futsal Geng Muda! โฝ
Kita pakat bagi meriah, eratkan ukhuwwah, sambil-sambil tu boleh keluar sikit peluh bagi sihat badan. Cabutan bertuah pun ada naa. Free jaaa kita main.
โข Malam ini (Jumaat, 22 Mei 2026)
โข Jam berapa? 9.00 Malam
โข Kat mana? DโFutsal Centre
Ayuh semua anak muda, kita ramaikan gelanggang malam ni. Jumpa di sana, stay fit, stay ukhuwwah! ๐
16/05/2026
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐ข๐ค๐ ๐ฎ ๐๐จ๐ซ๐ข๐ณ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ก๐โ๐๐ซ๐ข!
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norizah atas penerimaan ๐จ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐ ๐ณ๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐ท๐จ๐บ๐ป๐ฐ sempena Majlis Sambutan Hari Guru Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung di DโVillage Resort, Melaka.
Anugerah ini menjadi bukti kecekalan, kesabaran dan keikhlasan cikgu dalam menabur bakti mendidik anak-anak PASTI di Kuala Kedah. Benarlah slogan, โGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah.โ
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan selama ini. Sesungguhnya, cikgulah insan yang menjadi lilin, membakar diri demi menerangi masa depan generasi ummah. Semoga setiap ilmu, didikan dan kasih sayang yang diberikan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat.
Semoga Cikgu Norizah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam keberkatan serta dianugerahkan ganjaran syurga atas segala pengorbanan yang tidak ternilai.
Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu!
16/05/2026
๐น ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐น
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik akhlak serta membina masa depan ummah dan negara.
Sesungguhnya jasa seorang guru tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata. Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi saham pahala yang terus mengalir selagi dimanfaatkan.
Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan, keberkatan umur serta terus istiqamah mendidik anak bangsa dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
ููููู ุนูุงู
ู ููุฃูููุชูู
ู ุจูุฎูููุฑู ููุง ู
ูุนููููู
ููููู
Kasih dan sayang daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah
09/05/2026
โTiba-tiba kaki sakit sampai tak boleh berjalan, hati p**a ada masalah, selera makan hilang dan berat badan turun daripada 70kg kepada 55kg.โ
Ujian datang tanpa diduga, lebih-lebih lagi buat seorang anak muda yang baru berusia 21 tahun yang dahulunya aktif dan sihat.
Alhamdulillah Allah SWT masih memberi ruang dan kelapangan kepada DPPKKK untuk menziarahi adik Aliff Nabhan di Kg Gelong Air, Anak Bukit.
โDan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.โ โ Surah Asy-Syuโara: 80
Ketahuilah bahawasanya segala penyakit ini adalah sebagai suatu bentuk ujian tanda Allah SWT sayang kepada kita agar kita senantiasa dekat kepada-Nya. Segala penyakit yang dialami oleh kita, maka Dia jualah yang akan menyembuhkannya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat adik Aliff dan semua yang sedang diuji dengan kesakitan, dipermudahkan segala urusan, diangkat segala kesulitan serta diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian-Nya.
Ameen.
09/05/2026
Konvensyen Media Sosial PAS Kedah
Bersama Tuan Khairul Nadzir Helmi Azhar, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.