SMK Jengka 12

Call

SMK Jengka 12 SMK JENGKA 12 OFFICIAL

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS KELANCARAN DAN KEJAYAAN MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SPM, UPKK, STPM & STAM pada 29 Oktober 202...
31/10/2026

ALHAMDULILLAH, SYUKUR ATAS KELANCARAN DAN KEJAYAAN MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SPM, UPKK, STPM & STAM pada 29 Oktober 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG dan AJK PIBG SMK Jengka 12 selaku latar belakang utama dalam menjayakan program ini dengan sokongan Pengetua SMK Jengka 12, guru -guru ibu bapa dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada
Tok 4 J12, Pengurus Felda J12, Pengerusi GPWJ12, Pengerusi Masjid J12, Pengerusi MBFM, Imam 1 Masjid J12, Pemangku SAR KAFA, Pengerusi WI,Imam Jengka 13,Pengerusi Masjid J13, Tok 4 J13, Wira Teladan SMK Jengka 12, Pengerusi Masjid Jengka 8, SDA J9, Pengerusi GPW J9, serta Setiausaha Koperasi Jengka 9 atas Sumbangan kewangan dan barang-barang dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih khususnya kepada semua yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dan menyediakan jamuan bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan majlis.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati atas sumbangan dan sokongan yang diberikan. Semoga setiap sumbangan dan kebaikan yang dihulurkan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, kejayaan sesuatu majlis bukanlah hasil usaha seorang dua, tetapi lahir daripada semangat kebersamaan, keikhlasan dan kerjasama semua pihak.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kebaikan yang dicurahkan diberkati Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga doa yang dipanjatkan menjadi asbab kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Terima kasih atas segala komitmen dan sokongan. Bersama kita jayakan, bersama kita raikan kejayaan! โค๏ธ

Ikhlas daripada warga SMK Jengka 12.

CERAMAH MOTIVASI  MENUJU ASPIRASI"PROGRAM KEMBARA MUAFAKAT FELDA PAHANG DUN PULAU TAWAR" Tarikh: 28/10/2026Masa: 9. 00pa...
28/10/2026

CERAMAH MOTIVASI MENUJU ASPIRASI

"PROGRAM KEMBARA MUAFAKAT FELDA PAHANG DUN PULAU TAWAR"

Tarikh: 28/10/2026
Masa: 9. 00pagi
Tempat : Dewan Semai Bakti Jengka 12

๐Ÿ’ซ MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN PERDANA SPM 2026 ๐Ÿ’ซุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAssalamualaikum warahmatull...
27/10/2026

๐Ÿ’ซ MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN PERDANA SPM 2026 ๐Ÿ’ซ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, para pelajar Tingkatan 5 dan ibu bapa Tingkatan 5 SMK Jengka 12 dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana 2026 khusus untuk mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

๐Ÿ“… TARIKH: 29 Oktober 2026 (Khamis)
โฐ MASA: 8.00pagi - 9.30malam
๐Ÿ“ TEMPAT: Masjid An-Nur, Felda Jengka 12

๐Ÿฝ๏ธ JAMUAN MAKAN MALAM DISEDIAKAN UNTUK SEMUA YANG HADIR.

๐Ÿคฒ SUMBANGAN & INFAQ PROGRAM

Sumbangan berbentuk kewangan, bahan mentah dan makanan amat dialu-alukan bagi membantu menjayakan program ini.

๐Ÿ—ณ๏ธ TABUNG SUMBANGAN KHAS PROGRAM telah dibuka bermula hari ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

๐ŸŒน DOA KAMI, KEJAYAAN ANAK-ANAK KITA.

Semoga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT, serta memberikan ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon peperiksaan yang bakal menduduki SPM.

๐Ÿ“ข AYUH, KITA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS INI!

Anjuran:
PIBG SMK JENGKA 12 & SAR JENGKA 12 dengan kerjasama Masjid An-Nur Felda Jengka 12, Pengurusan Felda JKKR Felda Melur Jengka 12.

ูˆูŽุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู’ู‡ูุฏูŽุงูŠูŽุฉู

๐ŸŽ“ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU SPM 2026 & UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 1,2 & 3  2026๐Ÿ’™๐Ÿ’›Seluruh w...
25/10/2026

๐ŸŽ“ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU SPM 2026 & UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TINGKATAN 1,2 & 3 2026๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Seluruh warga SMK Jengka 12 mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM 2026 yang akan menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM) dan pelajar tingkatan 1,2 & 3 yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) .

Semoga diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Teruskan berusaha, yakin pada diri dan iringi setiap langkah dengan doa! ๐Ÿคฒโœจ

25/10/2026
๐ŸŽ“โœจ MAJLIS GRADUASI SMK JENGKA 12 KALI KE-11 TAHUN 2026 โœจ๐ŸŽ“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat...
25/10/2026

๐ŸŽ“โœจ MAJLIS GRADUASI SMK JENGKA 12 KALI KE-11 TAHUN 2026 โœจ๐ŸŽ“

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Graduasi SMK Jengka 12 Kali Ke-11 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

๐Ÿ“… Tarikh:24 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 9.00 pagi

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Amir bin Jusoh, Pegurus FELDA Jengka 12, serta Puan Robiah binti Jusoh, YDP PIBG SMK Jengka 12, atas kesudian hadir dan memberikan sokongan bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.

Terima kasih juga kepada AJK PIBG, barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta para pelajar atas segala kerjasama, komitmen dan usaha yang telah diberikan bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna.

Tahniah dan syabas kepada semua graduan! Semoga kejayaan yang diraikan menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju, mengejar impian dan mencipta masa depan yang lebih gemilang. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ† Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada guru-guru yang menerima Anugerah Kecemerlangan bagi mata pelajaran masing-masing! Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kesungguhan para guru dalam mendidik serta membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan.
Semoga segala usaha dan pengorbanan semua pihak mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

SMK JENGKA 12 โ€“ Bersama Melakar Kecemerlangan, Membina Kegemilangan! ๐Ÿ’š๐Ÿค





๐ŸŒ™ MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PEPERIKSAAN AWAM SPM, STPM DAN STAM PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026 ๐ŸŒ™Alhamdulillah, seti...
23/10/2026

๐ŸŒ™ MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PEPERIKSAAN AWAM SPM, STPM DAN STAM PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026 ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas berlangsungnya Majlis Solat Hajat Perdana bagi mendoakan kejayaan calon peperiksaan awam SPM, STPM dan STAM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
โฐ Masa:5.30 petang
๐Ÿ“ Tempat:Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Bandar Jengka

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG) serta para pelajar yang telah meluangkan masa dan hadir bersama-sama menjayakan majlis yang penuh keberkatan ini.

Kehadiran dan sokongan semua pihak amat bermakna dalam menyemarakkan semangat calon-calon peperiksaan untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal demi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Bersama kita mendoakan kejayaan anak-anak kita. Usaha, doa dan tawakal, semoga kejayaan menjadi milik semua!๐Ÿ’๐Ÿ“š







Address

Bandar Jengka
26400

Telephone

+6094864312

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Jengka 12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share


Other bandar jengka government services

Show All