15/05/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ โ๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐กโ - ๐๐จ๐ก ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐
๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ง๐๐๐ก ๐ง๐จ๐ก๐๐!
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan menjalankan program pembelian barangan kitar semula melalui Program โSinggit Seposenโ pada:
Tarikh :
22 Mei 2026 (Sabtu)
Masa :
9.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat :
Tapak pasar malam Kampung Lapan
(Taman Kenanga Seksyen 2)
๐https://maps.google.com/?q=2.207129,102.232498
๐ฅJenis sisa :
โ
Minyak masak terpakai
(RM3.00 per kg) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
โ
Barangan 3R iaitu botol plastik, botol kaca, alumunium, besi, beg plastik, kertas dan kotak.
(RM 0.05 - RM 3.00 per kg bergantung kepada jenis barangan)๐๐ฐ๐๐๐๐ฉ
โ
Barangan elektronik terpakai /e-waste (RM0.20 per kg)โ๏ธ๐ฑ๐ปโจ๏ธ๐จ๐ฅ๐ฝ๐ฝโ๏ธ๐ป
Jom datang ramai-ramai ok!
Hubungi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka untuk maklumat lanjut.
๐ฒ06-333 3333 samb. 5247
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
14/05/2026
๐ฟPENDAFTARAN ANUGERAH HIJAU MELAKA 2026 KINI DIBUKA!โจ
Tunjukkan usaha, inovasi dan komitmen organisasi anda dalam menjadikan Melaka lebih lestari untuk generasi akan datang. ๐โป๏ธ
๐ Anugerah Hijau Melaka 2026 membuka peluang kepada:
โ
Agensi Kerajaan atau Swasta
โ
Pihak Berkuasa Tempatan
โ
Institusi Pengajian Tinggi
โ
IKS / GLC / MNC
โ
NGO
โ
Hotel / Pasaraya
โ
Japerun / JPKK
๐ Kategori Penyertaan:
๐ฑ Inovasi Hijau
๐ฑ Pembudayaan Hijau
๐ฑ Komuniti Hijau
โฌ๏ธ Muat turun dokumen penyertaan:
https://drive.google.com/drive/folders/136x_hur2qTZbdodc993Fk0HaU7yGcLae?usp=sharing
๐๏ธ Tarikh tutup penyertaan:
30 Jun 2026 (Selasa)
๐ฒ Sebarang pertanyaan sila hubungi:
- Encik Haqimi 0196523524
- Cik Adilah 0196724738
- Puan Huda 0126489116
-Perbadanan Teknologi Hijau Melaka-
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
14/05/2026
๐ญ๐ฐ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐๐ ๐๐ฆ
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ง๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ฅ ๐ฅ๐๐ง๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐จ ๐ ๐๐๐๐๐
13 Mei, Rabu - Perbadanan Teknologi Hijau Melaka terus memperkukuh agenda kelestarian negeri melalui penganjuran Bengkel Penetapan Kriteria Star Rating Pensijilan Meterai Hijau Melaka (MHM) bersama jabatan serta agensi berkaitan di Dewan Zamrud, Wisma Negeri, Ayer Keroh.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam menyelaras kriteria Meterai Hijau Melaka dengan perancangan bandar mampan dan garis panduan sedia ada di Negeri Melaka. Turut dibincangkan ialah pelaksanaan pensijilan secara berperingkat (star rating) bagi bangunan sedia ada dan bangunan baharu yang berpotensi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam memperluaskan amalan bangunan hijau serta memperkukuh pembangunan bandar mampan di Negeri Melaka.
Selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) di bawah Flagship 5: Perbandaran Mampan, Kerajaan Negeri komited mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan atau kawasan hijau setiap tahun demi mencapai status negeri lestari menjelang tahun 2035.
Sebagai permulaan, pensijilan ini akan dilaksanakan melibatkan bangunan kerajaan sebelum diperluaskan ke sektor swasta pada masa hadapan.
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
14/05/2026
๐ญ๐ฐ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ฆ
๐ฃ๐ง๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐๐ ๐๐ก๐ฉ๐๐ก๐ง๐๐ข๐ก, ๐๐ก๐ก๐ข๐ฉ๐๐ง๐๐ข๐ก & ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ง๐๐ข๐ก (๐ถ-๐น๐ฒ๐๐ต๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ)
Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) atas kejayaan merangkul dua anugerah utama di peringkat antarabangsa.
Dalam Kategori 2: Innovation, Invention & Design (IID) Exhibition, dengan projek inovasi bertajuk โBridging the Gap in Learning Environmental Education Through Fun Learning Games Among School Students in Melakaโ (Paper ID: ILEDHS0031), PTHM telah memenangi:
๐ฅ Gold Award
๐ฌ Best Video Award
Pertandingan ini dianjurkan oleh Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis dan Maths Proofread, dan dilaksanakan secara maya.
Kejayaan ini membuktikan komitmen PTHM dalam memacu pendidikan hijau melalui pendekatan kreatif dan interaktif untuk memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda, khususnya di Negeri Melaka.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
13/05/2026
๐ข IKLAN PELAWAAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN BUGGY ELEKTRIK DI TAMAN BOTANIKAL MELAKA ๐๐ฟ
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) mempelawa syarikat yang berdaftar dan berkelayakan untuk menyertai tawaran bagi:
๐น Pengurusan dan Pengoperasian Perkhidmatan Buggy Elektrik di Taman Botanikal Melaka
โ
Keutamaan diberikan kepada syarikat yang mempunyai pengalaman berkaitan:
โข Pengendalian kenderaan elektrik
โข Penyelenggaraan
โข Pengurusan operasi perkhidmatan mobiliti
๐ Lawatan Tapak
๐ 25 Mei 2026 (Isnin)
โฐ 10.00 pagi
๐ Taman Botanikal Melaka
๐
Tempoh iklan dibuka:
12 Mei 2026 (Selasa) hingga 12 Jun 2026 (Jumaat)
โณ Tarikh tutup penghantaran dokumen:
12 Jun 2026 (Jumaat)
๐ Sebelum jam 12.00 tengah hari
๐ฒ Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan butiran dan maklumat pelawaan.
๐ Pertanyaan:
06-333 3333 samb. 5247
๐ง Emel:
[email protected]
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
06/05/2026
๐ฒ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ ๐ฅ๐๐๐จ
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก ๐๐ฌ๐๐ฅ ๐ ๐ข๐๐๐
5 April, Selasa - Majlis Perasmian Program Ekspedisi Lestari anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama merangkap ADUN Kawasan Ayer Molek diiringi YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Haji Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya.
Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( ) peringkat DUN Ayer Molek, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama erat TNB Melaka dan Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTEM telah menganjurkan Program Ekspedisi Lestari melibatkan penyertaan 70 orang pelajar dan 21 orang guru dari 8 buah sekolah rendah sekitar kawasan tersebut.
Antara pengisian utama program termasuklah Taklimat 'Amalan Hijau' dan 'Celik Tenaga', aktiviti Green Explorace.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, YBrs. Tuan Samsulharul bin Anuar, Lead, State Retail Partners, Tenaga Nasional Berhad Negeri Melaka (TNB) serta Guru Besar SK Tambak Paya, Puan Roilleyana binti Keling.
Terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat!
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along
YB Datuk Rahmad Mariman
01/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang terus menjadi pemacu kemajuan negeri dan negara.
โPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
30/04/2026
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐๐ ๐๐ฆ
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐จ ๐ ๐๐๐๐๐
29 April, Rabu โ Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah menerima kunjungan wakil daripada Sekretariat Kelestarian Alam Perak, sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak yang diselia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), bagi sesi lawatan penanda aras yang berlangsung di pejabat PTHM, Wisma Negeri.
Lawatan ini disertai oleh empat (4) orang wakil yang diketuai oleh YBrs. Tuan Vincent Oui Guo Bin, Penolong Pengarah Sekretariat Kelestarian Alam Perak, dan telah disambut oleh YBrs. Encik Mohammad Zuhaidi bin Mustafa, Ketua Bahagian Pentadbiran PTHM bersama barisan pegawai.
Lawatan ini bertujuan sebagai medium perkongsian ilmu, pertukaran idea serta pendedahan berkaitan peranan dan inisiatif PTHM dalam menyelaras, melaksanakan dan memperkasa pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka, sebagai rujukan kepada Negeri Perak dalam memperkukuh pelaksanaan agenda kelestarian.
Diharapkan lawatan ini dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh pelaksanaan agenda kelestarian Negeri Perak secara lebih tersusun dan berkesan.
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
30/04/2026
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐๐๐ ๐๐ฆ
๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐จ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐ญ๐ฑ
Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 telah berlangsung di Dewan Persidangan Undangan Negeri Melaka.
Persidangan tersebut dirasmikan pada 24 April 2026 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, dan telah berlangsung pada 27, 28 dan 29 April 2026.
Sebanyak 105 soalan lisan dan 106 soalan bertulis telah dikemukakan bagi membolehkan perbincangan menyeluruh berkaitan hal ehwal semasa yang berkepentingan kepada negeri dan rakyat.
Persidangan ini turut menyaksikan pelaksanaan inisiatif pendigitalan melalui pengenalan sistem baharu bagi meningkatkan kecekapan pengurusan urusan Dewan.
Jom โLikeโ & โFollowโ media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terima kasih atas sokongan anda.
https://www.melakagreentech.gov.my
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin