PASTI Bilal Utan Kandis

PASTI Bilal Utan Kandis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Bilal Utan Kandis, Child protection service, Sebelah Surau Bilal Kampung Utan Kandis, Guar Sanji, 02600 Arau, Perlis, Arau.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 16/02/2025

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐——-๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Alhamdulillah, esok adalah hari yang dinanti-nantikan.PASTI Arau, mengalu-alukan kehadiran semua murid, guru dan ibu bapa ke sesi persekolahan tahun 2025.

๐Ÿ“š ๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™–๐™™๐™ž๐™ -๐™–๐™™๐™ž๐™  ๐™ข๐™ช๐™ง๐™ž๐™™ ๐™‹๐˜ผ๐™Ž๐™๐™„ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™ช๐™จ๐™ž๐™– 4, 5 ๐™™๐™–๐™ฃ 6 ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ

Selamat datang ke dunia pembelajaran yang penuh ceria dan bermakna! Hari pertama mungkin ada yang rasa teruja, gembira, atau sedikit gementar, tetapi jangan risau! Guru-guru PASTI semuanya penyayang dan sedia membantu.

Di PASTI, adik-adik akan belajar 5M: Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz & Mengamal. Bukan sekadar belajar ABC dan 123, tetapi juga mengenal ayat-ayat suci Al-Quran, doa harian, kisah Nabi, adab serta akhlak mulia. Setiap hari di PASTI akan menjadi peluang untuk menjadi anak yang lebih baik, lebih pintar dan lebih soleh.

Untuk murid 6 tahun, ini adalah tahun terakhir sebelum melangkah ke sekolah rendah. Jadilah contoh terbaik kepada adik-adik yang lebih kecil dengan berdisiplin dan rajin belajar.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ ๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™–๐™ง๐™– ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช ๐™‹๐˜ผ๐™Ž๐™๐™„

Terima kasih atas kesungguhan dan dedikasi mendidik anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Teruskan usaha dalam membentuk generasi celik Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ ๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ž๐™—๐™ช ๐™—๐™–๐™ฅ๐™–

Terima kasih kerana memilih PASTI sebagai tempat pendidikan awal anak-anak. PASTI bukan sekadar tempat belajar akademik, tetapi juga pusat membentuk sahsiah anak-anak menjadi insan yang beradab, berilmu, dan beriman. Sokongan ibu bapa sangat penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak ini.

๐ŸŒŸ PASTI Arau komited untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik dan akhlak. Mari kita mulakan sesi baru ini dengan penuh semangat dan doa agar keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak kita.

๐™ˆ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ƒ๐™„๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™‚๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐˜พ๐™€๐™‡๐™„๐™† ๐˜ผ๐™‡-๐™Œ๐™๐™๐˜ผ๐™‰.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 09/01/2025

9 Januari 2025
Khamis

Alhamdulillah, sambutan ihtifal PASTI Utan Kandis kali pertama pada pagi tadi.

Majlis ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Arau, Cikgu Saiful Akmal.

Hadir bersama Pengerusi MPKK Kg Utan Kandis.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 30/10/2024

30 Oktober 2024
Rabu

Telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa PASTI BILAL Utan Kandia kali ke-3.

Mesyuarat diadakan bertujuan memantau perjalanan PASTI Bilal bagi suku tahun ke-3 sesi 2024 ini.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 30/09/2024

Penuh semangat anak-anak PASTI Bilal menanti ketibaan pelumba pelumba Le Tour de Langkawi di perkarangan PASTI pagi tadi

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 30/09/2024

Anak-anak PASTI Bilal Utan Kandis turut hadir ke program Fun Run PASTi Kawasan Arau di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar kelmarin.

30/09/2024

Anak-anak PASTI Bilal Utan Kandis turut memberi sokongan kepada pelumba pelumba basikal Le Tour de Langkawi yang melalui jalan utama Arau ke Kodiang pagi tadi.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 04/05/2024

3 Mei 2024
Sabtu

Suasana sambutan hari raya PASTI BILAL Hutan Kandis

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 12/03/2024

Selasa, 13 Mac 2024

Aktiviti hari ke-2 anak-anak PASTI BILAL Hutan Kandis.

Anak-anak mesra dan cepat belajar sesuatu kerana itulah acuan yang baik membentuk peribadi anak menjadi insan yang baik.

Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu-bapa dan pendidikan mereka akan mencorak kain putih itu.

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 11/03/2024

11 Mac 2024, Isnin

Sekitar majlis taklimat perjalanan dan pendaftaran murid-murid PASTI BILAL pada pagi ini.

Alhamdulillah, seronok murid- murid ceria untuk memulakan pembelajaran di pasti.

Semoga anak-anak PASTI BILAL berjaya dunia akhirat

Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 11/03/2024

Isnin, 11 Mac 2024

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT PASTI BILAL Hutan Kandis telah dirasmikan oleh YDP PAS Arau, Tuan Solahuddin bin Azmi.

Sebagai maklumat, seramai 30 orang murid-murid telah mendaftar bagi sesi pembelajaran sesi 2024.

Semoga anak-anak PASTI Bilal Hutan Kandis diberi kejayaan dalam pendidikan dan mudah menerima ilmu.

Photos from Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji's post 10/03/2024
Photos from PASTI Bilal Utan Kandis's post 09/03/2024

โ‡๏ธ๐ŸŒŸโ‡๏ธ๐ŸŒŸโ‡๏ธ๐ŸŒŸโ‡๏ธ๐ŸŒŸ

*JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN DAN PEMBUKAAN PASTI BILAL KG UTAN KANDIS*

Assalamualaikum Wbt.

Tuan Puan Ibubapa/Waris/Penjaga Murid Pasti Bilal sekalian,

Perkara:*Majlis Pelancaran dan pembukaan PASTI Bilal bagi Sesi 2024/2025*

Tarikh :*09 Mac 2024*
Hari :*Sabtu*
Masa :*4.00pg-6.00ptg*
Tempat:*Pasti Bilal,Kg Utan Kandis*

*Tentatif Majlis*
4.00 ptg - Ibu bapa/waris hadir
4.30 ptg - Solat asar berjemaah
5.00 ptg - Ucapan Aluan pengerusi Majlis
5.10 ptg - Ucapan Yb Dun Guar Sanji
5.20 ptg - Ucapan Wakil
5.30 ptg- Ucapan Perasmian Ydp Pas kawasan Arau
5.40 ptg- Gimik pelancaran majlis

๐Ÿ”ธDijemput semua murid-murid Dan ibubapa/waris/penjaga Pasti Bilal hadir bersama bagi menjayakan dan memeriahkan majlis ini.

๐Ÿ”ธ Ibubapa/waris/penjaga digalakkan membawa sedikit juadah untuk dijadikan potluck jamuan majlis ini.

๐Ÿ”ธ(Etika Pemakaian :- Smart Casual + menutup aurat + santai)

๐Ÿ”ธKerjasama dan sokongan dan bantuan daripada Tuan Puan /Ibubapa/waris amatlah dihargai dan menjadi inspirasi pihak pengurusan.

Harap maklum, sekian, Terima kasih๐Ÿค๐Ÿป๐Ÿ‘‹๐Ÿป

*Pengurusan Pasti Bilal*

Want your business to be the top-listed Government Service in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Sebelah Surau Bilal Kampung Utan Kandis, Guar Sanji, 02600 Arau, Perlis
Arau
02600