Naib Canselor UTHM

  • Home
  • Naib Canselor UTHM
Website Contact the organization

Naib Canselor UTHM Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali

MENINJAU FASILITI KOLEJ KEDIAMAN & MENYAMBUT WARGA BAHARU UTHMAlhamdulillah, tengah hari tadi, saya sempat meluangkan ma...
05/10/2026

MENINJAU FASILITI KOLEJ KEDIAMAN & MENYAMBUT WARGA BAHARU UTHM

Alhamdulillah, tengah hari tadi, saya sempat meluangkan masa mengadakan lawatan ke tiga buah kolej kediaman universiti iaitu Kolej Kediaman Perwira, Kolej Kediaman Tun Fatimah, dan Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.

Niat asal saya turun ke lapangan adalah untuk melihat sendiri keadaan fasiliti serta kemudahan di kolej-kolej kediaman bagi memastikan keselesaan para pelajar kita sentiasa terjaga.

Namun kebetulan hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar baharu ambilan sesi rayuan. Saya mengambil peluang ini untuk meninjau sendiri kelancaran proses pendaftaran dan menyapa para pelajar serta ibu bapa dan penjaga yang hadir.

Melihat senyuman, keterujaan, dan kesungguhan para pelajar serta riak wajah para ibu bapa benar-benar menyentuh hati saya. Terima kasih saya ucapkan kerana memilih UTHM sebagai tempat untuk menyambung pengajian.

Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua pelajar baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat seluruh jawatankuasa pendaftaran dan pengurusan kolej kediaman yang bekerja keras memastikan segala urusan hari ini berjalan lancar.

Selamat datang ke keluarga besar universiti kita. Manfaatkan peluang ini sebaiknya dan selamat maju jaya.




01/10/2026




Oleh Suriayati Baharom BATU PAHAT, 30 Sept 2026 – Festival Edutourism UTHM 2026 yang berlangsung sempena Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia 2026 peringkat Universiti Tun Hu

30/09/2026




Naib Canselor UTHM Tinjau Kesiagaan & Kebajikan Pelajar di Kolej Kediaman Taman Universiti
25/09/2026

Naib Canselor UTHM Tinjau Kesiagaan & Kebajikan Pelajar di Kolej Kediaman Taman Universiti




23/09/2026




| UTHM Melawat Lycée Airbus di Perancis, Teroka Kerjasama Pendidikan Penerbangan Global

TOULOUSE, PERANCIS – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Akademi UTHM telah mengadakan lawatan rasmi ke Lycée Airbus bertempat di Perancis bagi memfokuskan pertukaran wacana akademik serta keterbukaan pendidikan antarabangsa.

Ketibaan delegasi UTHM yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr Mas Fawzi Mohd Ali, Naib Canselor UTHM bersama Prof. Dr Afandi Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Muhammad Ramlee Kamarudin, Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Prof. Dr. Erween Abd Rahim, CEO Pejabat Pengurusan UTHM Tanjung Laboh telah disambut mesra oleh Penyelaras Antarabangsa Lycée Airbus, Camille Clot bersama Pengetua Lycée Airbus, Anne Cocquerelle - Buoro.

Sesi dimulakan dengan pengenalan pengoperasian Lycée Airbus dan sesi soal jawab, sebelum diteruskan dengan perbincangan meja bulat antara tenaga pengajar dan para profesor UTHM bagi berkongsi metodologi pengajaran serta amalan terbaik model pendidikan teknikal penerbangan.

Delegasi UTHM turut dibawakan melawat fasiliti teknikal dan bengkel latihan utama dengan bimbingan pengajar bengkel terkemuka: Emilien Salado (Bengkel Avionik); Coralie Laguerre (Bengkel Sistem); Mimoun Zeryouh (Bengkel Kepingan Logam / Sheet Metal); dan Stephane Dorleac (Bengkel Pemesinan & Jurulatih Pertandingan Meilleurs Apprentis de France)

Pertukaran pandangan dan penyampaian cenderamata rasmi ini menjadi titik permulaan kukuh dalam mempererat jalinan kerjasama strategik antarabangsa antara UTHM dan gergasi industri penerbangan dunia.







23/09/2026




16/09/2026




🎉 TIGA DEKAD LALU, SEMANGAT INI BERMULA! 🎉
Selamat Ulang Tahun ke-33 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hari ini, 16 September 2026, kita meraikan tiga dekad lebih perjalanan kecemerlangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dari sebuah kolej institut awal, UTHM telah berkembang menjadi menara gading yang melahirkan beribu-ribu graduan berwibawa di persada negara dan antarabangsa.

"Dengan Hikmah, Kita Meneroka". Kita telah meneroka dari darat ke udara, membina masa hadapan yang lebih cerah untuk semua. Pencapaian kita hari ini adalah bukti dedikasi seluruh warga UTHM.

Terus terbang tinggi, UTHM!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Selamat Menyambut Hari Malaysia.Bersama kita menghargai sejarah, memperkukuh perpadu...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Bersama kita menghargai sejarah, memperkukuh perpaduan, dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Dalam mendepani cabaran masa hadapan, keharmonian dan kepelbagaian yang kita nikmati hari ini adalah landasan penting untuk terus memacu kecemerlangan.

Marilah kita warga UTHM terus berganding bahu memartabatkan ilmu, inovasi, serta memegang teguh prinsip Amanah, Profesional, dan Inovatif demi kemakmuran negara tercinta.




TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU !Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada semua Mahasiswa Baharu Program Sa...
13/09/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU !

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada semua Mahasiswa Baharu Program Sarjana Muda ke UTHM bagi kemasukan Semester 1 Sesi Akademik 2026/2027!

Bermula hari ini, anda kini rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga besar UTHM. Jadikan peluang keemasan ini sebagai medan untuk menimba ilmu, mengasah bakat, dan membentuk peribadi unggul selari dengan nilai teras universiti: Amanah, Profesional, Inovatif.




Address

Pejabat Naib Canselor, Aras 5, Bangunan Perpustakaan,

86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naib Canselor UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Naib Canselor UTHM:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share