Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang

  • Home
  • Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang

Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

29/10/2026

𝗜𝗠𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗕𝗔𝗕𝗜 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣: 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥?

PAS Selangor menggesa Kerajaan Negeri menjelaskan keperluan sebenar import babi hidup dari Sarawak melalui Pelabuhan Klang, termasuk justifikasi pemilihan kaedah tersebut dan jaminan perlindungan alam sekitar sepanjang pelayaran, pemunggahan, pengangkutan darat dan penyembelihan.

PAS Selangor sebelum ini menyokong usaha mendapatkan bekalan dari luar negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, bagi mengurangkan kebergantungan kepada penternakan tempatan yang berisiko mencemarkan alam sekitar.

Namun, sokongan terhadap sumber bekalan luar tidak bermakna setiap kaedah import wajar diterima tanpa penilaian.

Persoalannya, mengapa babi perlu dibawa masuk hidup-hidup jika keperluan pengguna boleh dipenuhi melalui import daging sejuk atau beku?

Penghantaran pertama 800 ekor babi dari Sarawak ke Pelabuhan Klang pada Julai 2025 mengambil masa kira-kira 60 jam. Garis Panduan Pengurusan Sisa Buangan Ternakan Babi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mencatat kadar sisa sekitar 2.5 kilogram bagi seekor babi sehari.

Menggunakan kadar rujukan DVS tersebut, 800 ekor babi sepanjang pelayaran 60 jam menghasilkan anggaran kira-kira 5 tan sisa.

Lima tan sisa dalam satu penghantaran sebesar itu perlu diurus sepanjang pelayaran. Di manakah ia ditakung, bagaimana ia dirawat dan ke manakah ia dilupuskan? Kerajaan juga perlu menjelaskan kaedah pengurusan sisa ketika pemunggahan di Pelabuhan Klang.

Selepas tiba di pelabuhan, isu yang sama berterusan di darat. Lori pengangkut perlu mempunyai sistem takungan yang menghalang najis, air kencing dan air buangan daripada bocor ke jalan raya atau sistem perparitan sepanjang perjalanan ke Rawang.

Di pusat penyembelihan Rawang p**a, kerajaan perlu mendedahkan kapasiti rawatan air buangan, kaedah pengurusan sisa serta rekod pemeriksaan dan pematuhan alam sekitar.

Pada 12 Januari 2026, DYMM Sultan Selangor menitahkan kajian terperinci dan bancian menyeluruh berasaskan data sah bagi menentukan keperluan sebenar daging babi di Selangor. Pada 10 Februari 2026, Baginda menyatakan tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor dan menyarankan keperluan dipenuhi melalui import daging dari luar.

Sekiranya matlamatnya mengurangkan pencemaran, kaedah bekalan yang dipilih juga mesti mendukung matlamat tersebut.
Kerajaan Negeri turut perlu menjelaskan kedudukan sebenar destinasi ternakan. Pada April 2026, Exco memaklumkan sekitar 800 ekor seminggu dibawa masuk dengan syarat dihantar terus ke pusat penyembelihan di Rawang tanpa persinggahan. Pada 20 Oktober p**a, Menteri Besar berkata siasatan sedang dibuat kerana sebahagian bekalan mungkin ditujukan ke negeri lain dengan Selangor sebagai pintu masuk.

Sehubungan itu, PAS Selangor menggesa:
1. Terbitkan hasil bancian keperluan sebenar daging babi Selangor berserta sumber dan metodologi yang boleh disemak.

2. Bandingkan import ternakan hidup dengan daging sejuk atau beku dari segi kos, keselamatan makanan dan kesan alam sekitar.

3. Dedahkan prosedur pengurusan najis dan air kencing sepanjang pelayaran serta semasa pemunggahan di Pelabuhan Klang.

4. Audit lori pengangkut dan pusat penyembelihan Rawang, termasuk sistem takungan sisa, pencegahan kebocoran, rawatan air buangan dan rekod pematuhan.

5. Dedahkan jumlah import ternakan hidup, bilangan setiap penghantaran, syarat permit dan destinasi akhirnya sejak Julai 2025.

PAS Selangor menghormati keperluan bekalan makanan masyarakat bukan Islam. Namun keputusan kerajaan mesti berasaskan data sahih dan pengurusan alam sekitar yang boleh dibuktikan.

Berapa sebenarnya yang diperlukan, mengapa mesti diimport hidup-hidup dan ke manakah sisa ternakan sepanjang perjalanan itu diuruskan?

Kerajaan Negeri bertanggungjawab memberikan jawapan yang telus dan boleh disahkan.

DR YUSFARIZAL YUSSOFF
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
28 Oktober 2026

28/10/2026

𝐞-𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧: 𝐓𝐚𝐤𝐮𝐭 & 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu p**a mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."

Surah As-Sajadah, ayat 16


26/10/2026
26/10/2026
26/10/2026
23/10/2026

Hospital Sunway Putrajaya: Adakah Petronas Sedang 'Dirompak' oleh Sunway?

Pengumuman mengenai projek Hospital Sunway Putrajaya baru-baru ini sepatutnya menjadi berita gembira dalam sektor perkhidmatan kesihatan negara. Namun, apabila kita meneliti struktur dan terma usaha sama (joint venture) di antara Sunway dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd—anak syarikat milik penuh Petronas yang juga pemaju utama Putrajaya—ia mula menimbulkan persoalan besar yang sukar untuk diabaikan.

Di atas kertas, projek ini merupakan kolaborasi strategik. Namun, pembahagian pemilikan ekuiti memunculkan tanda tanya: Sunway memegang 60% saham, manakala Petronas melalui anak syarikatnya hanya memegang 40%.

Persoalannya, mengapa pembahagian ekuiti dipersetujui sebegini rupa sedangkan beban kewangan dan aset utama datangnya daripada Petronas?

Mengikut maklumat dan kebiasaan dalam transaksi perniagaan sedemikian, tanah yang digunakan bagi pembangunan ini adalah milik Petronas, dan dana utama pembinaan projek ini turut ditanggung oleh pihak mereka. Sekiranya modal, tanah, dan risiko kewangan diletakkan di bahu Petronas, atas dasar logik perniagaan apakah Sunway diberikan pegangan majoriti 60%?

Bukan itu sahaja, terma pajakan (lease) yang dilaporkan turut mengundang persoalan ketara. Sunway bakal memperoleh hak pajakan selama 15 tahun untuk mengendalikan hospital berkenaan dengan kadar sewa tahunan yang dianggarkan sekitar 5% daripada kos asal projek. Dengan struktur sebegini, Sunway menikmati keutamaan dalam menjana keuntungan perkhidmatan hospital, manakala risiko utama pembangunan dan pembiayaan jangka panjang ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Adakah ini satu bentuk kerjasama yang adil, atau sekadar mekanisme pemindahan risiko daripada pihak swasta kepada dana awam?

Isu ini menjadi lebih kritikal apabila menyentuh opsyen pembelian saham. Sunway dilaporkan mempunyai pilihan (option) untuk membeli baki 40% pegangan saham milik Petronas pada masa akan datang. Ini bermakna pegangan Petronas bukan bersifat kekal.

Senario ini membuka ruang kepada perjalanan projek yang cukup selesa bagi pihak swasta. Pembangunan dibiayai dan disokong oleh dana serta aset Petronas.

Apabila hospital siap dibina dan operasi mula menghasilkan p**angan yang stabil, Sunway berhak membeli baki ekuiti untuk memiliki 100% hospital tersebut.

Persoalannya, mengapa sebuah syarikat konglomerat swasta seperti Sunway diberikan keistimewaan untuk mengembangkan empayar perniagaannya dengan memanfaatkan kemudahan dan dana daripada institusi milik negara?

Percubaan pusingan korporat Sunway sebelum ini—termasuk cubaan mengambil alih IJM yang tidak menjadi kenyataan—membuatkan ramai pemerhati korporat memandang transaksi Putrajaya ini dengan penuh skeptikal. Adakah ini satu lagi langkah agresif untuk meluaskan penguasaan pasaran dengan menyerap sumber syarikat milik kerajaan?

Petronas adalah entiti yang memegang amanah kekayaan minyak dan gas negara. Pulangan dan dividen daripada Petronas sepatutnya disalurkan semula kepada kerajaan bagi membiayai kemudahan awam, memperkasakan hospital kerajaan, dan membantu rakyat secara keseluruhan.

Mengapa sumber dan dana awam digunakan untuk membiayai atau memudah cara projek milik syarikat swasta? Siapakah yang bertanggungjawab meneliti dan meluluskan struktur perjanjian seperti ini?

Rakyat dan pemerhati industri berhak mendapat penjelasan yang telus berhubung terma usaha sama ini. Pertanyaan utama yang perlu dijawab oleh pihak berkepentingan adalah mudah: Adakah perjanjian ini benar-benar memberi p**angan terbaik kepada negara dan rakyat, atau ia sekadar layanan istimewa yang menguntungkan pihak swasta semata-mata?

23/10/2026

‼️ MALAM INI ‼️

📢 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔, 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 📢

Ayuh dengarkan satu ruang perbincangan tentang suara, peranan dan masa depan anak muda. Tiga negeri, tiga perspektif berbeza!

🎤 𝘽𝘼𝙍𝙄𝙎𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙎𝙏
1️⃣ 𝑻𝒂𝒔𝒏𝒆𝒆𝒎 𝒁𝒂𝒊𝒏𝒐𝒍
Pengarah Ameerah Negeri Selangor

2️⃣ 𝑺𝒊𝒕𝒊 𝑨𝒇𝒊𝒛𝒂𝒉 𝑹𝒊𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈
AJK Ameerah Hulu Selangor

🎙️𝙋𝘼𝙉𝙀𝙇 𝙅𝙀𝙈𝙋𝙐𝙏𝘼𝙉
1️⃣ 𝑨𝒇𝒊𝒇𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒓𝒊𝒂𝒕 (𝑨𝑺)
AJK Ameerah Melaka

2️⃣ 𝑭𝒂𝒓𝒂𝒉 '𝑨𝒒𝒊𝒍𝒂𝒉 𝑨𝒃𝒅 𝑯𝒂𝒎𝒊𝒅
Pengarah Ameerah Johor

📅 : 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ : 9.15 malam
📱 :
1. TikTok Ameerah Hulu Selangor
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-9AlezahoOBh

2. Tiktok Ameerah Selangor
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-9Alf5pdKABI

3. Tiktok Ameerah Melaka
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-9Alf7X5thB6

4. Tiktok Ameerah Johor
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-9Alf9WFVE0M

📲 JUMPA KAMI DI TIKTOK LIVE!





23/10/2026

MAHKAMAH TANGGUH BATAL PN: DEMOKRASI MESTI DIHORMATI

Keputusan Mahkamah Tinggi yang menangguhkan pelaksanaan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) merupakan satu perkembangan penting yang membuktikan bahawa tindakan yang diambil terhadap PN wajar diteliti secara menyeluruh melalui proses kehakiman.

Perintah penangguhan ini memberikan mesej yang jelas bahawa tindakan pentadbiran yang mempunyai implikasi besar terhadap demokrasi tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru tanpa ruang semakan oleh mahkamah.

Dewan Muslimat PAS Pusat berpandangan bahawa sebarang usaha yang boleh ditafsirkan sebagai menyekat atau melemahkan sebuah gabungan politik yang mendapat sokongan jutaan rakyat hanya akan menimbulkan persepsi bahawa institusi kerajaan sedang diperalatkan bagi memenuhi kepentingan politik pihak tertentu. Persepsi sebegini amat merugikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi negara.

Demokrasi yang matang tidak dibina dengan menyingkirkan lawan politik melalui saluran pentadbiran, tetapi dengan memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Kuasa menentukan masa depan negara adalah hak rakyat, bukannya mana-mana agensi atau pihak berkepentingan.

Kami menyeru semua pihak agar menghormati kebebasan institusi kehakiman serta tidak menjadikan agensi kerajaan sebagai medan percaturan politik. Negara memerlukan pentadbiran yang berintegriti, telus dan bebas daripada campur tangan politik.

Perikatan Nasional akan terus mempertahankan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan melalui saluran undang-undang. Kami juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar terus bertenang, bersatu dan beristiqamah dalam memperjuangkan sebuah Malaysia yang lebih adil, bersih dan berintegriti.

Demokrasi tidak boleh dibungkam. Keadilan tidak boleh dipilih-pilih. Mandat rakyat mesti dihormati.

𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐭 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
23 Oktober 2026 bersamaan 12 Jamadilawal 1448-H



22/10/2026

KENYATAAN MEDIA
PN TETAP TEGUH, FOKUS PRN MELAKA

Alhamdulillah, kita bersyukur atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menggantung notis ROS berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional.

Pendirian PN jelas. Kita berada pada landasan yang benar dalam mempertahankan hak melalui saluran undang-undang. Usaha pihak yang mahu memadamkan PN tidak akan mematahkan tekad kita. PN tetap teguh dan perjuangan ini akan diteruskan.

Terima kasih kepada semua atas doa, sokongan dan kesabaran, serta pasukan peguam atas usaha gigih mereka. Kita terus menghormati proses undang-undang yang berjalan dan akan mempertahankan hak kita dengan tegas.

Kini, seluruh jentera mesti memberikan tumpuan penuh kepada PRN Melaka. Perkukuh persiapan, eratkan kerjasama dan bawa tawaran terbaik untuk rakyat. Kita terus mara.

DATO’ SERI IR. DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi Perikatan Nasional
22 Oktober 2026

19/10/2026

⏳ 6 HARI LAGI!

🔥 PRU16 semakin dekat. Masa untuk kita faham, bahas dan bersedia.

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Selangor — ruang memahami hala tuju perjuangan dan memperkukuh gerak kerja.

📅 25 Okt 2026 | Ahad
⏰ 2.00 – 5.30 petang
📍 IDCC, Shah Alam

🔗 DAFTAR SEKARANG:
https://liqafikri.amilin.my/

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share