Ipptar Rasmi

Call Website

Ipptar Rasmi Facebook rasmi Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR),
Kementerian Komunikasi. Malaysia

Hari kedua Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio di J...
21/10/2026

Hari kedua Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio di Jabatan Penyiaran Pulau Pinang diteruskan dengan modul suntingan audio, pengurusan kandungan menerusi fungsi log dan database. Sesi petang p**a diteruskan dengan sesi praktikal emergency operation dan switching serta audio networking setup.

Rangkuman foto hari ketiga Kursus "AI Avatar Technology": Transformasi Visual & Integrasi Masa Kini anjuran Kluster Keju...
21/10/2026

Rangkuman foto hari ketiga Kursus "AI Avatar Technology": Transformasi Visual & Integrasi Masa Kini anjuran Kluster Kejuruteraan yang berlangsung di Makmal Kreatif.

21/10/2026

Jom saksikan sorotan video sekitar Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP): Ketahanan Mental dan Kemahiran Seni Berunding yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Oktober 2026 bertempat di IPPTAR.

Kursus ini telah dihadiri oleh para penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi meningkatkan potensi diri serta kemahiran berunding secara berkesan.

SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDIIPPTAR telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih, Sekalung Budi bagi meraikan Encik Surimi Sal...
20/10/2026

SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

IPPTAR telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih, Sekalung Budi bagi meraikan Encik Surimi Salleh yang telah bersara pada 1 Jun 2026 dan Puan Siti Norazlina Abu Bakar yang bertukar ke RTM pada 3 Julai 2026.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di IPPTAR.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Surimi Salleh dan Puan Siti Norazlina Abu Bakar. Semoga segala kenangan manis bersama warga IPPTAR akan terus terpahat di hati.

Selamat bersara kepada Encik Surimi dan selamat maju jaya kepada Puan Siti. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Jasamu dikenang, budimu disanjung

Hari pertama Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio an...
20/10/2026

Hari pertama Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio anjuran Kluster Kejuruteraan Penyiaran, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) berlangsung di Jabatan Penyiaran Pulau Pinang. Kursus bermula dari 20 hingga 22 Oktober 2026 ini mengintegrasikan kemahiran teknikal, penerbitan dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang mencakupi konfigurasi sistem, penjadualan siaran dan teknologi text to speech (TTS). Asas berkaitan konfigurasi sistem, instalasi perisian dan pengurusan kandungan siaran antara modul yang diberikan penekanan pada hari pertama berkursus.

Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio anjuran Kluster...
20/10/2026

Kursus Pengoperasian Sistem Automasi RCS Zetta & Aplikasi Kecerdasan Buatan Untuk Produksi Program Radio anjuran Kluster Kejuruteraan Penyiaran, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang berlangsung di Auditorium RTM Pulau Pinang membuka tirainya dengan perasmian oleh Ts. Nor Hisham bin Abbas, Pengarah Penyiaran Pulau Pinang. Ucapan perasmian menekankan berkaitan pentingnya pengetahuan asas berkaitan sistem automasi radio sebagai tunjang utama dalam penerbitan dan penyiaran radio. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Kluster Kejuruteraan Penyiaran IPPTAR, Puan Ainnol Lilisuliani binti Ahmad Rasidi. Kursus intensif kejuruteraan dan penerbitan ini akan berlangsung bermula 20 hingga 22 Oktober 2026.

Rangkuman foto hari kedua NEXGEN 2026 anjuran Kluster Industri Kreatif yang berlangsung selama 3 hari di Dewan Dinamik, ...
20/10/2026

Rangkuman foto hari kedua NEXGEN 2026 anjuran Kluster Industri Kreatif yang berlangsung selama 3 hari di Dewan Dinamik, Bangunan Teknologi.

Adakah mesej dan maklumat yang anda sampaikan benar-benar sampai ke hati rakyat, atau sekadar berlalu sebagai angin lalu...
20/10/2026

Adakah mesej dan maklumat yang anda sampaikan benar-benar sampai ke hati rakyat, atau sekadar berlalu sebagai angin lalu?

Dalam era lambakan maklumat hari ini, kemahiran pembujukan bukan lagi satu kelebihan ia adalah satu KEPERLUAN buat pegawai perhubungan awam dan pegawai penerangan.

Jom sertai Seminar Komunikasi Pembujukan: Menangi Hati Rakyat dan bedah strategi komunikasi berkesan bersama 7 Tokoh Wartawan Negara dan Pakar penerangan dan komunikasi:

✨ YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar
✨ YBhg. Dato' Sri Ibrahim Abdul Rahman
✨ Dr. Sharifah Sofiah
✨ Dr. Noor Nirwandy
✨ Dr. Abd Aziz Azizam
✨ En Muhd Nor Aswadi
✨ En Sabarudin Yeop Hamza

💡 Antara fokus seminar:
• Teknik penyampaian mesej yang menusuk hati audiens.
• Cara membina kredibiliti dan kepercayaan rakyat.
• Seni mengurus persepsi & naratif media.

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026
⏰ Masa:8.30 pagi
📍 Lokasi: Menara Komunikasi, Putrajaya

Kursus Pensijilan ‘Train The Trainer’ (TTT) merupakan program latihan fungsional berimpak tinggi yang bertujuan untuk me...
20/10/2026

Kursus Pensijilan ‘Train The Trainer’ (TTT) merupakan program latihan fungsional berimpak tinggi yang bertujuan untuk memperkasakan modal insan serta meningkatkan kompetensi penjawat awam. Pelaksanaan program ini dapat menyokong pembangunan kepakaran dalaman serta memperkukuh keupayaan pegawai dalam merancang dan menyampaikan latihan secara berkesan.
Pembangunan modal insan secara berterusan merupakan aspek kritikal dan keperluan strategik bagi memastikan organisasi sentiasa kompetitif, berdaya saing serta berupaya mencapai kecemerlangan secara berterusan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan:

• Kaedah pembelajaran orang dewasa;
• Perancangan dan reka bentuk latihan;
• Teknik penyampaian latihan;
• Kaedah fasilitasi dan pengendalian peserta; dan
• Kaedah penilaian keberkesanan latihan.
Peserta yang memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan berpeluang memperoleh Pensijilan ‘Train The Trainer’ (TTT) HRD Corp.

Kursus ini terbuka kepada penjawat awam daripada Kementerian Komunikasi serta jabatan-jabatan di bawahnya yang memenuhi sekurang-kurangnya salah satu kriteria berikut:
a) Mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu;
b) Mempunyai pengalaman menyampaikan taklimat, latihan atau perkongsian ilmu;
c) Mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai jurulatih atau fasilitator; dan
d) Mempunyai kepakaran yang bersesuaian dengan bidang latihan yang dilaksanakan oleh IPPTAR.

Sebarang pertanyaan lanjut dan permohonan penyertaan, sila hubungi Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) melalui urus setia kursus.
https://www.dtims.intan.my/detail_course/E5RVDmc1MbcmfMDO
Jom sertai usaha membangunkan kepakaran dalaman dan membentuk barisan jurulatih profesional Kementerian Komunikasi.

Address

BANGUNAN ILMU IPPTAR Jalan PANTAI
Jalan Pantai
59700

Opening Hours

Monday 08:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 06:00
Wednesday 08:00 - 06:00
Thursday 08:00 - 06:00
Friday 08:00 - 06:00

Telephone

+60322957555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipptar Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share