01/06/2026
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP)
MSWP, Aras 2, Blok1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Membangunkan aktiviti-aktiviti sukan dan kemudahan sukan di peringkat Wilayah Persekutuan terutamanya menggalakkan pembangunan sumber insan di dalam bidang sukan pada peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi di samping meningkatkan pengetahuan pegawai sukan dan atlet dari aspek sains sukan.
01/06/2026
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Sembah takzim daripada seluruh warga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
Selamat Menyambut Hari Wesak.
Semoga sambutan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua.
Raikan Kaamatan dan Gawai dengan semangat kebersamaan, kesyukuran dan warisan budaya yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. 🌾✨
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai! ❤️
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga nilai pengorbanan dan keikhlasan terus menjadi kekuatan dalam setiap usaha dan perjuangan kita bersama.
20/05/2026
Tahniah diucapkan kepada atlet Wilayah Persekutuan, Amirul Zazwan Amir yang membantu skuad Quadrant Lelaki negara muncul juara TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 selepas menewaskan India 2-0 di pentas akhir. 💪🔥
Turut membanggakan, seorang lagi atlet Wilayah Persekutuan, Azlan Alias bersama skuad Regu Lelaki negara berjaya meraih pingat gangsa kejohanan. 👏🇲🇾
Syabas buat pasukan negara atas pencapaian cemerlang di pentas dunia! 🏆
🎥 Rangkuman Hari Terakhir Kem Atlet WP Juara 2026
Tiga hari yang penuh dengan cabaran, pengalaman dan semangat kebersamaan buat atlet Wilayah Persekutuan sepanjang Kem Atlet Wilayah Persekutuan Juara 2026. 🔥
Semoga segala pengisian dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin semangat menuju SUKMA Selangor 2026.
17/05/2026
🏅 Penutup Kem Atlet WP Juara 2026
Kem Atlet Wilayah Persekutuan Juara 2026 melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Stuart Ramalingam.
Diharapkan segala pengisian sepanjang kem ini menjadi pemangkin semangat buat atlet Wilayah Persekutuan dalam menghadapi SUKMA Selangor 2026. 🔥
WilayahPersekutuanKita MalaysiaMADANI
17/05/2026
🏅 Sesi Ikon Sukan Beri Inspirasi Kepada Atlet WP
Atlet Wilayah Persekutuan hari ini berpeluang mengikuti sesi perkongsian bersama ikon sukan negara, Steffi Sarge Kaur dan Encik Ithnin bin Mahadi yang berkongsi pengalaman, cabaran serta motivasi dalam membina kejayaan dalam arena sukan. 💪
🎥 Rangkuman Bintang Malam
Penuh dengan kreativiti, semangat dan kebersamaan sepanjang aktiviti Bintang Malam Kem Atlet Wilayah Persekutuan Juara 2026. ✨
