16/10/2022
16.10.2022 | Ahad :- Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas, JPKK Panji Alam dengan kerjasama Pasti al-Kauthar 1 telah mengadakan "Majlis Penghayatan Maulidul Rasul" peringkat Panji Alam bertempat di Pasti al-Kauthar 1 selepas solat Jumaat.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Hjh Zuraida Md Nor merangkap Adun Wanita Terengganu sekaligus menyampaikan sedikit tazkirah sempena bulan Maulidul Rasul.
Pihak JPKK juga telah menyediakan cabutan bertuah kepada para hadirin yang hadir pada majlis tersebut
Dengan adanya aktiviti sebegini dapatlah mengeratkan lagi hubungan diantara komuniti setempat dan para pimpinan
25/06/2022
25.6.2022 | Sabtu :- Alhamdulillah pada hari ini pihak JPKK Panji Alam dengan kerjasama Pejabat KEMAS daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan "Program Semarak Desa" peringkat Kg Panji Alam.
Program ini telah diadakan di Balairaya Panji Alam dengan dihadiri Pengerusi JPKK dan ajk-ajk serta komuniti setempat. Program dimulakan dengan penerangan berkaitan Denggi (AEDES) oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan KEMAS.
Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti gotong royong membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membahayakan kepada penduduk setempat.
Akhir sekali, program hari ini juga telah diakhiri dengan pengagihan barangan dapur seramai 15 orang kepada keluarga yang kurang berkemampuan sekitar Panji Alam
Dengan adanya aktiviti sebegini, dapatlah mengeratkan lagi hubungan silatulrahim diantara penduduk dan pimpinan masyarakat setempat
29/05/2022
29.5.2022 | Ahad :- Alhamdulillah JPKK Panji Alam telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam (sabtu) 28 Mei bertempat di Futsal Panji Alam.
Kehadiran para tetamu yang hadir semalam memeriahkan lagi majlis yang telah berlangsung semalam. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi JPKK En. Aziz Sidek dan seluruh ajk-ajk yang bertungkus lumus mengadakan majlis sambutan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada YBM Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (Adun Ladang) dan staff-staff Pusat Khidmat Masyarakat Dun Ladang yang hadir memeriahkan lagi majlis ini.
Dengan adanya majlis sebegini, dapatlah mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan penduduk dan pemimpin setempat.
24/04/2022
21.4.2022 | Khamis :- Alhamdulillah pada malam 19 Ramadhan yang lalu JPKK Panji Alam telah mengadakan solat terawih & tazkirah ramadhan bertempat di Pasti al-Kauthar 1 Panji Alam.
Tazkirah ramadhan dan imam telah disampaikan oleh Ust Azrul al-Hafiz (Imam Masjid Abidin). Antara isi tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan tentang kelebihan pada bulan Ramadhan dan malam al-Qodar.
Dengan adanya aktiviti sebegini, dapatlah mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan pemimpin setempat dan masyakat
15/03/2022
Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Latifah Binti Salleh (Cg Ti) Guru Pasti al-Kauthar 1 Panji Alam diatas penganugerahan yang diperolehi iaitu Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang telah diadakan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu, Kelantan yang telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan
Semoga dengan penganugerahan ini dapat lagi menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dan membimbing anak-anak PASTI pada masa akan datang. Ameen
19/02/2022
19.2.2022 | Sabtu : Alhamdulillah pada pagi ini Pasti al-Kauthar 1 Panji Alam telah berjaya mengadakan "HARI ANUGERAH PRESTASI" kali ke-36 bertempat di Pasti al-Kauthar 1 Panji Alam.
Majlis perasmian pada pagi ini telah dirasmikan oleh al-fadhil Ust Mohd Fakhrurazi. Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh beliau sendiri.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Pasti yang berumur 5 & 6 tahun.
Dengan adanya aktiviti sebegini, dapatlah mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan masyarakat setempat
07/01/2022
7.1.2022 | Jumaat : Alhamdulillah pada pagi ini Muslimat & Ameerah Cawangan Panji Alam telah berjaya mengadakan "KEM SMART SOLAT" bertempat di Pasti al-Kauthar 1 Panji Alam.
Alhamdulillah penyertaan daripada kanak-kanak sekitar Panji Alam pada hari ini amatlah memberangsangkan.
Kem solat ini juga, pihak Pasti telah menjemput "Daie Ilhami" sebagai motivator untuk sedikit motivasi kepada kanak-kanak yang hadir pada hari ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha JPKK Panji Alam yang mewakili Pengerusi JPKK En. Aziz b. Sidek.
Dengan adanya aktiviti sebegini, dapatlah mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan masyarakat setempat
23/08/2021
23.8.2021 | Isnin :- Alhamdulillah, pada hari ini Biro Kebajikan & Kesejahteraan JPKK Panji Alam dengan kerjasama CSR al-Ikhsan Sports cawangan Terengganu telah mengagihkan barangan dapur hasil sumbangan daripada pihak al-Ikhsan Sports kepada penduduk-penduduk sekitar Panji Alam akibat daripada Virus Covid 19 yang melanda pada masa ini.
En. Aziz b. Sidek juga selaku Pengerusi JPKK bersama wakil al-Ikhsan Sports iaitu En. Alif Ismail telah mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada keluarga terbabit yang kurang berkemampuan.
Sekali lagi kami mewakili JPKK Panji Alam ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap daripada kami sepanjang agihan ini diedarkan penduduk-penduduk setempat.
Diharapkan dengan adanya program sebegini dapatlah mengeratkan lagi hubungan diantara pimpinan masyarakat dengan komuniti setempat.
18/06/2021
18.6.2021 | Jumaat :- Alhamdulillah, pada hari ini Biro Kebajikan & Kesejahteraan JPKK Panji Alam telah mengagihkan barangan dapur Fasa 2 kepada penduduk-penduduk sekitar Panji Alam akibat daripada Virus Covid 19 yang melanda pada masa ini bertempat di Dewan Futsal Berek Kerajaan.
En. Aziz b. Sidek juga selaku Pengerusi JPKK bersama ajk-ajk telah mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada keluarga terbabit yang kurang berkemampuan.
Sekali lagi kami mewakili JPKK Panji Alam ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap daripada kami sepanjang agihan ini diedarkan penduduk-penduduk setempat.
Diharapkan dengan adanya program sebegini dapatlah mengeratkan lagi hubungan diantara pimpinan masyarakat dengan komuniti setempat.
15/06/2021
15.6.2021 | Selasa :- Alhamdulillah, pada hari ini Biro Kebajikan & Kesejahteraan JPKK Panji Alam telah mengagihkan barangan dapur kepada penduduk-penduduk sekitar Panji Alam akibat daripada Virus Covid 19 yang melanda pada masa ini.
En. Aziz b. Sidek juga selaku Pengerusi JPKK bersama ajk-ajk telah mengagihkan sumbangan barangan dapur kepada keluarga terbabit yang kurang berkemampuan.
Sekali lagi kami mewakili JPKK Panji Alam ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap daripada kami sepanjang agihan ini diedarkan penduduk-penduduk setempat.
Diharapkan dengan adanya program sebegini dapatlah mengeratkan lagi hubungan diantara pimpinan masyarakat dengan komuniti setempat.
11/06/2021
11.6.2021 | Jumaat :- Pada 10.6.2021 hari Khamis kelmarin, Biro Kebajikan & Kesejahteraan JPPK Panji Alam telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Haji Muda dan bantuan "Home Medical" hasil sumbangan daripada Pusat Khidmat Dun Lada g ( memasukkan wayar utk sokongan memberi mkn dan minum ) kpd Puan Kalthom Di Kg Banggol.
Diharapkan dengan bantuan ini, dapatlah meringankan beban yang dihadapi oleh mereka berdua dek kerana Covid-19 yang masih melanda di negara kita
03/04/2021
"Kalam Perjuangan 4"
Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din