09/06/2026
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN & LAWATAN TAPAK PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DI KAMPUNG SUNGAI PUTAT, MELAKA TENGAH, MELAKA.
MELAKA, 8 Jun 2026 (Isnin) – Mesyuarat Penyelarasaan Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI (KAM) telah berlangsung di Balai Raya Kampung Sungai Putat, Melaka Tengah pada jam 11.00 pagi, diikuti dengan Lawatan Tapak Projek pada jam 12.00 tengah hari.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul bin Shari dengan penglibatan bersama JPKK Kampung Sungai Putat. Antara agenda utama adalah perbincangan perkembangan pelaksanaan projek serta isu-isu berbangkit di bawah pelaksanaan KAM ini. Turut diadakan Lawatan Tapak Projek dengan penglibatan bersama pihak kontraktor dan wakil Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi meninjau kemajuan projek dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Inisiatif ini dilaksanakan oleh ICU JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka bagi memastikan pelaksanaan projek Kampung Sungai Putat sebagai Kampung Angkat MADANI dibuat mengikut perancangan demi kesejahteraan rakyat bersama.
01/06/2026
SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM PADA 1 JUN 2026.
31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026
31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026.
26/05/2026
IKHLAS DALAM PENGORBANAN, INDAH DALAM KEIKHLASAN. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
26/05/2026
PROGRAM SEJAHTERA MADANI- KEBAJIKAN: ZIARAH KASIH IHSAN AIDILADHA 1447 HIJRAH
MELAKA, 25 Mei (Isnin) – Program Sejahtera MADANI- KEBAJIKAN : Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1447H telah diadakan di Masjid Al-Aminin, Batang Tiga, Melaka. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM Melaka) dengan kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad serta NGO Khidmat.
Program ini diadakan bagi menyantuni serta menyampaikan bantuan daging segar dan telur ayam kepada peserta eKasih berstatus miskin yang terpilih. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan di samping memupuk semangat kebersamaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari,Pengarah ICU JPM Melaka, Encik Afzai Nizam Bin Sandiman,Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka, wakil Bank Muamalat, wakil NGO Khidmat serta Pengerusi Masjid.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan dapat mengukir senyuman di wajah para penerima sumbangan.
22/05/2026
PROGRAM USAHAWAN DIGITAL BERSAMA TM UNIFI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026.
MELAKA, 21 Mei 2026 (Khamis) - Program Usahawan Digital Bersama TM Unifi Business di bawah inisiatif Sejahtera MADANI Peringkat Negeri Melaka 2026 telah dilaksanakan dengan penyertaan usahawan eKasih di Negeri Melaka.
Program hasil kerjasama antara ICU JPM Melaka dan TM Unifi Business ini bertujuan memberi pendedahkan kepada peserta berkaitan penggunaan platform digital bagi memperluaskan peluang perniagaan serta meningkatkan pendapatan.
Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka bersama wakil TM Unifi Business serta agensi pelaksana yang terlibat.
Sepanjang program berlangsung, peserta menerima bimbingan berkaitan atas keusahawanan digital, pemasaran dalam talian serta penggunaan teknologi dalam pengurusan perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan.
Pelaksanaan program ini bertujuan memperkasa usahawan melalui peningkatan kemahiran digital, adaptasi teknologi serta bimbingan berterusan bagi membantu mengembangkan perniagaan secara lebih mampan.
21/05/2026
NO SEBUTHARGA : PPNM/01/2026
KERJA-KERJA MEMBINA SURAU FASA 5 TAMAN SERI TELOK MAS DI ATAS TANAH LOT 1957, MUKIM PERNU, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN.
GRED & KOD BIDANG : GRED G3
KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 (KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)
TARIKH TUTUP : 12 JUN 2026 (JUMAAT)
16/05/2026
Guru Bitara, Nadi Negara. Selamat Hari Guru 2026.