21/05/2026
*MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT*
Anjuran
KKSR, Puspanita Caw. Kecil dan Surau Muhajirin
🗓️ 22 Mei 2025 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi
📍 Surau Al-Muhajirin JAWI
📌 Aturcara :-
- 8.15 am : Kehadiran Warga JAWI
- 8.30 am : Bacaan Yasin, Tahlil, 10 Ayat Awal & Akhir Surah Al Kahfi serta Doa Selamat :
Pimpinan Ustaz Amir Adili Bin Mohd Noor
- 9.00 am : Ucapan Amanat
Oleh YBrs. Tn Hj. Jamali Bin Mohd Adnan, TPO JAWI
- 9.15 am : Jamuan & Bersurai
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
“Guru Bitara Nadi Negara”
Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang menjadi obor ilmu, pembina akhlak dan pencetus masa depan generasi negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah. Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi cahaya yang menerangi kehidupan anak bangsa.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan insan mulia yang membentuk jiwa, adab dan peribadi masyarakat madani.
“Jasa guru dikenang sepanjang zaman,
Ilmu diberi menjadi pedoman.”
Ikhlas daripada
Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi (KKSR) JAWI
10/05/2026
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ MOHD SAH BIN ABD RAZAK
Ketua Bilal (PHEIS1 JAWI)
Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara Kepong KL
dan seluruh ahli keluarga
Atas kembali ke rahmatullah
Ayahanda Tercinta Al Marhum Hj. Abd Razak Bin Hj. Saliun
10 Mei 2026 / 22 Zulkaedah 1447 | Hari Ahad (petang tadi)
Di Kg. Muanad Sabah
Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayahanda Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.
Allahumma Ameen
KKSR JAWI
01/05/2026
Ucapan Hari Pekerja 2026
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja JAWI dan semua pekerja di Malaysia.
Sesungguhnya setiap usaha, keringat dan komitmen yang dicurahkan adalah asas kepada kemajuan organisasi, masyarakat dan negara.
KKSR JAWI amat menghargai dedikasi serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh semua.
Sempena Hari Pekerja ini, marilah kita terus memperkukuh semangat kebersamaan, menjaga kebajikan sesama warga, serta mengimbangi kecemerlangan kerja dengan kesejahteraan diri melalui gaya hidup sihat dan aktif.
Semoga segala usaha kita diberkati dan terus menjadi asbab kepada kejayaan yang berterusan.
“SENTIASA DICONTOHI”
KKSR JAWI
27/04/2026
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ MUHAMMAD FARHAN BIN HJ. WAHAB
Ketua Bilal/Pem.Hal Ehwal Islam Masjid Al-Firdaus Segambut Luar KL
dan seluruh ahli keluarga
Atas kembali ke rahmatullah
Ayahanda Tercinta Al Marhum Hj Wahab bin Man
27 April 2026 / 9 Zulkaedah 1447 | Hari Isnin (4.19am)
Di Hospital Hj. Ahmad Shah Temerloh, Pahang.
Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayahanda Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.
Allahumma Ameen
KKSR JAWI
24/04/2026
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Dukacita serta Salam Takziah buat :
USTAZ MUHAMMAD SHAFIE BIN ABDUL GHANI
Penolong Pengarah JAWI Labuan
dan seluruh ahli keluarga
Atas kembali ke rahmatullah Ayahanda Tercinta
Al Marhum Hj Abdul Ghani bin Talib
24 April 2026 / 6 Zulkaedah 1447 | Hari Jumaat (Selepas Jumaat)
Di Negeri Sembilan
Semoga dipermudahkan segala urusan, Al-Marhum Ayahanda Tercinta dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman di Jannatul Firdausil 'Ala.
Allahumma Ameen
KKSR JAWI
17/04/2026
17/4/2026
Jumaat
Kompleks Pusat Islam JAWI
JAWI melalui Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi JAWI (KKSR) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) telah mengadakan Majlis Menyantuni Warga JAWI yang menerima panggilan ibadah haji pada tahun ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI dengan penyerahan kit kelengkapan haji sumbangan KKSR dan tunai sumbangan PKPU.
Turut hadir Tuan Haji Jamali bin Adnan, TPO JAWI dan Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Presiden KKSR JAWI.
Majlis ini bukan sekadar penyerahan sumbangan, tetapi pertemuan, kemesraan dan doa buat warga JAWI yang terpilih sebagai tetamu Allah.
Semoga setiap langkah menuju Tanah Suci dipermudah, setiap ibadah diterima, dan setiap pengorbanan diganjari dengan haji yang mabrur.
🤲 “Labbaikallahumma labbaik…”
08/04/2026
MAKLUMAN KEMATIAN
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إلى رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
Telah kembali ke Rahmatullah :
AL-MARHUM USTAZ AHMAD BUHAIRI BIN NAWAWI
Penolong Pengarah Kanan, Darul Quran JAKIM
Mantan PTA Zon 1 JAWI (MAC 2020 - APR 2024)
الَلهُمَّ اكْتُبْه عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَه ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْه في أَهْلِه في الغَابِرين وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَه وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَه
Ya Allah! catatlah, senaraikanlah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah kitab catatan amalnya itu dalam tingkatan yang tinggi, serta gantilah ahli kluarganya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu. Jangan engkau haramkan kami ganjarannya, dan engkau uji kami selepas pemergiannya.
Semoga Al Marhum ditempatkan dikalangan para solehin.
-----
INFO PENGURUSAN JENAZAH
▪️ Hari : Rabu
▪️ Tarikh : 08/04/20256
▪️ Diuruskan : Di Masjid Ar-Rahimah KKB
▪️ Pengurusan Mandi : Jam 12.00 tengahari
▪️Anggaran Waktu Solat : Selepas Zohor (Anggaran)
▪️ Lokasi & Pengkebumian :
01/04/2026
KKSR ZIARAH AL-MARHUMAH IBUNDA PTA Z5
1 April 2026 – Presiden KKSR bersama wakil PTA Zon JAWI telah mengadakan lawatan menziarahi Ustaz Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Pentadbiran Masjid/Surau Zon 5 JAWI dan keluarga atas pemergian Al-Marhumah ibunda tercinta beliau.
Al-Marhumah Ibunda (80 Tahun) kepada Ustaz Mohammad Khalil yang telah menghembuskan nafas terakhir beberapa minit setelah azan Subuh di rumah kakak beliau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Seremban, Negeri Sembilan.
Turut hadir di kunjungan tersebut YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah [Dasar] JAKIM, Naqib-Naqib, Imam, bilal dan kakitangan masjid terutama dari Zon 5.
Majoriti yang hadir sempat bersama menunaikan Solat Jenazah ke atas Al Marhumah Ibunda kepada Ustaz Mohammad Khali di Surau Ar-Raudhah Taman Tasik Jaya dan mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Pilah (Batu 6), Negeri Sembilan.
Ucapan takziah serta doa agar Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Al-Marhumah Ibunda dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman di Jannatul Firdausil ‘Ala.
Allahumma Amin.
KKSR JAWI