31/05/2026
Polis Kuala Selangor
BP K/Selangor 03-3289 1222
BP Tg. Karang 03-3269 8222
BP B/Jaya 03-3271 9222
BP Jeram 03-3264 7222
31/05/2026
31/05/2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Makluman Kes Kemalangan Melibatkan M/kar dan M/Lori
30/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Ketua Polis Selangor, CP Datoโ Pahlawan Shazeli bin Datoโ Kahar dan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Rozana binti Kasbon, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. Dalam semangat masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan negeri Selangor, marilah kita terus memupuk nilai perpaduan, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesejahteraan serta kemakmuran bersama.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.
29/05/2026
PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT IPD KUALA SELANGOR
28/05/2026
PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUALA SELANGOR BULAN MEI 2026
28/05/2026
Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.
Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.
Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?
Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.
28/05/2026
๐ฒ๐พ AIDILADHA: SEMPADAN NEGARA DIPANTAU KETAT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM), terus memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan laut negara sepanjang musim perayaan Aidiladha.
๐ฌ โPendekatan penguatkuasaan bersepadu dan berasaskan risikan akan terus dipertingkat bagi memastikan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Melalui pelaksanaan Op Tiris, Op Taring, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta pemantauan laluan tikus, tindakan penguatkuasaan dipergiat bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi yang boleh menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.
Pemantauan turut dipertingkat di kawasan sempadan MalaysiaโThailand dan MalaysiaโIndonesia termasuk kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.
Kerajaan komited memastikan keselamatan sempadan negara terus diperkukuh demi melindungi subsidi rakyat dan mengekang ketirisan yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman | 26 Mei 2026
28/05/2026
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS 493 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI
Pasir Mas, 28 Mei 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 493 kilogram minyak masak bersubsidi serta kenderaan digunakan keseluruhan bernilai lebih RM31,000 selepas menahan seorang lelaki di Kampung Binjal, petang kelmarin.
Serbuan pada jam 3.00 petang itu dilakukan Batalion 7 hasil risikan dan maklumat awam berkaitan kegiatan penyeludupan minyak masak.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata menerusi serbuan berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang hadapan sebuah premis.
"Hasil pemeriksaan terbabit menemui 20 kotak mengandungi 493 minyak masak bersubsidi dan suspek yang berada dalam kenderaan itu gagal mengemukakan dokumen.
"Suspek lelaki yang ditahan berusia 33 tahun mendakwa bekalan terbabit dibeli melalui kedai pemborong di Pasir Mas dan Kota Bharu untuk dijual di kedai runcit milik majikannya di Lemal, Pasir Mas.
"Minyak masak yang ditemukan di dalam kenderaan itu dikatakan di tinggalkan oleh majikannya di tempat yang tiada permit sah untuk penyimpanan barang kawalan," katanya menerusi kenyataan di sini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
28/05/2026
KERATAN AKHBAR PILIHAN: WASPADA JERAT, TAKTIK LICIK SINDIKET PELABURAN PALSU
Masalah ketidaktentuan ekonomi yang mencetuskan gelombang kenaikan kos sara hidup, selain desakan kewangan menghimpit kehidupan seharian serta sikap tamak ingin cepat kaya dilihat antara punca utama orang kita mudah terpedaya dengan taktik licik sindiket penipuan pelaburan.
Mengikut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, kerugian akibat penipuan pelaburan merekodkan nilai RM1.47 bilion membabitkan 9,603 kes di seluruh negara tahun lalu.
Mengikut siasatan, sekurang-kurangnya lima modus operandi utama digunakan sindiket ini sehingga mudah memperdaya mangsa terdesak dan memerlukan pendapatan secara ekspres.
Modus operandi sindiket ini menggunakan pelbagai laman media sosial memperdaya mangsa seperti Facebook dan Instagram sebelum mengalihkan komunikasi ke aplikasi WhatsApp atau Telegram. Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan palsu kononnya dikendalikan profesional.
Ikuti kupasan lanjut oleh Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Strategi Dan Perhubungan Korporat, Universiti Putra Malaysia, Encik Noor Mohamad Shakil Hameed mengenai taktik licik sindiket pelaburan palsu seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian.
28/05/2026
๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐ง๐๐จ ๐๐๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐
Jabatan Imigresen Malaysia ingin menegaskan bahawa penggunaan foto dijana, diubah suai menggunakan Artificial Intelligence (AI) atau pengemukaan maklumat palsu bagi permohonan Pasport Malaysia adalah satu kesalahan serius.
Pemohon hendaklah memastikan foto yang dikemukakan adalah foto asli, jelas serta mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sebarang foto atau maklumat palsu yang dikemukakan boleh menyebabkan permohonan ditolak dan pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).
Pastikan foto anda:
โ
Asli dan tidak diubah suai
โ
Pencahayaan sekata
โ
Wajah jelas tanpa bayang
โ
Mematuhi spesifikasi ditetapkan
Gunakan foto sebenar. Elakkan manipulasi AI.
