PBS N.2 Bengkoka

  • Home
  • PBS N.2 Bengkoka

PBS N.2 Bengkoka The Official Page of Parti Bersatu Sabah (PBS) N.2 Bengkoka.

🔵 NO. 1 UNTUK AMT PBS!DR. SAMUIL MOPUN🔵 CALON NO. 1 | AMT PBS — KUOTA BIRUKenali calon. Sokong perjuangan.Undi No. 1 — D...
09/09/2026

🔵 NO. 1 UNTUK AMT PBS!

DR. SAMUIL MOPUN
🔵 CALON NO. 1 | AMT PBS — KUOTA BIRU

Kenali calon. Sokong perjuangan.
Undi No. 1 — Dr. Samuil Mopun! 💙

Bengkoka Bersatu, PBS Terus Maju!

— Parti Bersatu Sabah N.02 Bengkoka





18/08/2026

SABAR, SETIA, BERSATU TUNGKUS SUNDUVAN DIWARISI DARI PEMIMPIN PBS TERDAHULU

Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda PBS, saya melihat keputusan YBRS. Dr. Rockey Jerome Budin untuk memberi laluan kepada YBhg. Datuk Christopher Mandut mempertahankan jawatan Ketua Exco Pergerakan Pemuda sebagai satu keputusan yang besar maknanya, bukan sekadar soal pertandingan atau jawatan.

Bagi saya, keputusan ini mencerminkan satu nilai yang telah lama diterapkan dalam perjuangan PBS oleh pemimpin-pemimpin terdahulu iaitu Sabar, Setia dan Bersatu.

Tiga perkataan ini nampak mudah, tetapi nilainya sangat mahal dalam politik.

Kita sudah melihat bagaimana konsep ini melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berkualiti apabila mereka sanggup bersabar, terus setia kepada perjuangan dan memilih untuk kekal bersatu.

Lihat sahaja apa yang berlaku di DUN Telupid. Pemimpin muda YB Datuk Jhonnybone Kurum membina kepimpinan beliau daripada akar umbi. Kesabaran melalui proses, kesetiaan kepada parti dan pengalaman yang dikumpul dari bawah serta dibentuk melalui bimbingan pemimpin terdahulu akhirnya membentuk beliau menjadi pemimpin bahagian yang dihormati. Inilah produk PBS!

Di DUN Tandek, kita juga pernah menyaksikan satu perjalanan yang penuh dengan cabaran. Ketika mantan YB dan Ketua Bahagian mengambil keputusan meninggalkan PBS dan menyertai Parti WARISAN, seorang pemimpin muda yang ketika itu memilih untuk terus berpegang kepada prinsip sabar, setia dan bersatu, iaitu YB Datuk Hendrus Anding, akhirnya berjaya membuktikan kemampuan beliau dengan mengambil alih kepimpinan Tandek dan terus memimpin sehingga hari ini. Inilah Produk PBS!!!

Dan bagi saya, perjalanan YBhg. Datuk Christopher Mandut juga merupakan antara contoh yang sangat jelas tentang maksud Sabar dan Setia dalam perjuangan.

Beliau bukan melalui jalan yang mudah. Sudah empat kali beliau berdepan dengan cabaran dan harapan untuk menjadi calon pilihan raya, namun peluang tersebut masih belum berjaya direalisasikan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Bagi sesetengah orang, mungkin keadaan seperti ini cukup untuk membuat seseorang kecewa, mengubah haluan atau meninggalkan perjuangan.

Tetapi Datuk Christopher memilih jalan yang berbeza.

Beliau tetap sabar.

Beliau tetap setia.

Beliau tidak lari daripada perjuangan.

Beliau terus bekerja, terus membina kekuatan, terus memikul amanah dan terus bersama PBS sehingga akhirnya hari ini beliau diberi kepercayaan untuk memimpin sebagai Ketua Bahagian Bandau.

Inilah nilai perjuangan yang kadang-kadang tidak dapat diukur melalui berapa kali kita menang atau kalah dalam pertandingan. Nilai seorang pemimpin juga dapat dilihat melalui berapa lama dia mampu bertahan ketika belum mendapat apa yang diinginkan.

Empat kali peluang belum menjadi kenyataan, tetapi beliau tidak menjadikan kekecewaan sebagai alasan untuk meninggalkan parti.

Pada saya, itulah Sabar dan Setia.

Ini menunjukkan bahawa politik adalah sebuah perjalanan, bukan perlumbaan siapa paling cepat sampai ke hadapan. Dan itulah prinsip yang saya nampak dalam PBS dan menyebabkan saya jatuh hati untuk terus setia dalam perjuangan ini.

Kadang-kadang kita perlu bersabar untuk menunggu masa.

Kadang-kadang kita perlu setia walaupun jalan kita tidak mudah.

Dan kadang-kadang kita perlu mengalah bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita mahu menyelamatkan sesuatu yang lebih besar daripada kepentingan diri sendiri.

Atas sebab itu, saya melihat keputusan YBRS. Dr. Rockey sebagai satu keputusan yang sangat matang dan berpandangan jauh dan wajar diberikan penghormatan sewajarnya.

Kedua-dua beliau YBhg. Datuk Christopher Mandut dan Dr Rockey Jerome Budin adalah produk Pemuda PBS yang berkualiti dan melakar sejarah masing2 dalam usaha mengambil semula DUN Bandau dan DUN Tambunan tidak lama lagi.

Lebih penting, tahun ini merupakan tahun pertama mereka memikul amanah sebagai Ketua Bahagian masing-masing di Bandau dan Tambunan.

Bayangkan jika pertandingan yang sebenarnya masih boleh dielakkan ini akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan penyokong masing-masing. Kita mungkin bukan sahaja kehilangan masa dan tenaga, tetapi boleh menyebabkan dua aset penting PBS yang sedang berkembang ini terluka oleh pertemb**gan sesama sendiri.

Sedangkan kita sepatutnya bertanya:

Apakah yang PBS perlukan untuk 10 atau 20 tahun akan datang?

Jawapannya ialah lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti, matang dan berpengalaman.

Sebab itu saya melihat keputusan ini bukan sebagai kemenangan satu pihak dan kekalahan pihak yang lain.

Ini adalah kemenangan kepada Pemuda PBS kerana berjaya menurunkan sedikit ego politik demi masa depan parti yang kita sayangi.

Ini juga adalah kemenangan kepada PBS kerana kita berjaya menjaga dua permata yang sedang bersinar ,dua pemimpin muda yang mempunyai potensi besar untuk menjadi tonggak kepimpinan PBS di Bandau dan Tambunan pada masa akan datang.

Dan untuk makluman bersama, dalam Exco Pemuda juga kita ada saudara Sahrool Maholoop Memimpin Bahagian Sebatik, Saudara Louis Lai memimpin Bahagian Tanjung Aru dan saudara Sheiron Chang, kini memimpin Bahagian WP Labuan. Semua ini adalah produk dari Pemuda PBS. Pemuda Harapan, Pemimpin masa hadapan.

Kepada semua penyokong di kalangan pemuda-pemuda Bahagian di kedua-dua belah pihak, saya ingin menyeru agar kita menutup lembaran kempen yang panjang ini dengan hati yang terbuka.

Kita sudah berkempen.

Kita sudah menyatakan sokongan.

Kita sudah mempertahankan calon pilihan masing-masing.

Sekarang masanya kita kembali kepada satu keluarga.

Tidak ada yang perlu kalah. Tidak ada yang perlu menang.

Yang perlu menang ialah PBS.

Kita sebagai Pemuda harus menunjukkan bahawa kita mampu berpolitik dengan matang. Kita boleh berbeza pandangan tanpa bermusuh. Kita boleh bersaing tanpa memutuskan persahabatan. Dan kita boleh menerima keputusan dengan penuh hormat demi kepentingan parti.

Saya percaya inilah contoh kepimpinan melalui teladan yang perlu kita teruskan daripada pemimpin-pemimpin Presiden PBS terdahulu dari era Tan Sri DSP Pairin Datuk Kitingan , Ybhg DSP Dr Maximus Johnity Ongkili sehingga kepada Presiden kita pada hari ini, YB DSP Dr. Joachim Gunsalam.

Kalau kita benar-benar mahu melihat produk Pemuda mendominasi kepimpinan PBS pada masa akan datang, kita sendiri harus menunjukkan bahawa produk Pemuda bukan hanya berani bertanding.

Produk Pemuda juga mesti tahu bila untuk bersabar.

Mesti tahu menghargai kesetiaan.

Dan mesti tahu bila masanya untuk bersatu.

Dan paling penting perlu ada semangat setiakawan.

Sabar. Setia. Bersatu.

Bukan sekadar cogan kata.

Tetapi satu TUNGKUS SUNDUVAN kepimpinan yang perlu kita hidupkan semula dalam diri setiap Pemuda PBS.

Saya percaya Bandau dan Tambunan bukan pengakhiran kepada perjalanan dua pemimpin ini. Ini baru permulaan.

Semoga kedua-duanya terus diberikan ruang, kekuatan dan masa untuk membuktikan kemampuan masing-masing, dan suatu hari nanti menjadi antara pemimpin utama yang membawa PBS ke tahap yang lebih tinggi.

Mari kita Hormati keputusan mereka. Padamkan perbezaan. Satukan kembali kekuatan.

Demi Pemuda. Demi PBS. Demi masa depan perjuangan!!! ✊🏾✊🏾✊🏾

Pandangan peribadi saya,

Rudy J Jikinon
Exco Pergerakan Pemuda PBS

22/11/2025

Salam bersatu, salam pru17 Sabah.

Apa Isu semasa ?
- GRS ph?- hanya kerjasama ph untuk kestabilan dan pembangunan negeri. GRS tegas 55 kerusi mesti GRS punya dan perlu menang. Isu ttg GRS kena picit balabak tidak timbul kerana 55 kerusi adalah GRS. GRS punya kuasa veto dlm kerajaan negeri " Rumah kita ,kita jaga" dlm Dun setiap dasar yg dibahaskan perlu 2/3 suara menyokong baru lh diluluskan apa juga dasar kerajaan cth : penukaran status tahan ligs kepada dpd komunal kpd lot persendirian memerlukan 2/3 suara menyokong.
- Saling bertukar kerajaan bukan tindakan bijak hanya melambatkan pembangunan negeri Sabah etc dasar2 dan polisi2 mungkin berubah...

GRS adalah kerajaan yg terbaik selama ini?

- kerajaan yg mempunyai halatuju yg jelas iaitu SMJ
- mengurus kewangan negeri dgn baik dpd warisan menurun sehingga 2.9b kpd 8b sehingga 2025 di bawah kerajaan GRS
- isu jalan berlubang dan isu air 3 serangkai kata b**g?- warisan mewarisi hutang akibat warisan menamatkan bbrpa kontrak yg terpaksa dibayar oleh GRS, pan Borneo juga warisan hentikan. Masa Sapie menteri KKLW,Apa dia buat?
- banyak pembangunan & bantuan² kebajikan kpd rakyat cth...
- Atas keyakinan bahawa GRS boleh menjaga OAS

Apa parti diundi?
- ya. Jawapannya ialah GRS

Siapa calon diundi?😇
- pilih calon atau pemimpin yg sederhana, mempunyai pendidikan tinggi dan berpengalaman dlm pentadbiran dan pengurusan sumber
- yg sudah bekerja keras dan sentiasa turun padang menyantuni rakyat
- berintegriti dan seorang yg ikhlas dan jujur
- di kedudukan yang berpotensi boleh membuat perubahan dan pembangunan di N2 Bengkoka
- Mesra rakyat tanpa mengira golongan, bangsa dan agama
Ciri² ini dapat dilihat dari seorang insan bernama Dr Samuil Mopun

18/11/2025

Teras Perjuangan untuk Bengkoka yang lebih maju dan bersatu.
Fokus kepada pendidikan, ekonomi, tanah adat, khidmat rakyat dan pembangunan seimbang.
Mari kita bina Bengkoka Baharu bersama.





18/11/2025

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBS N.2 Bengkoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share