NADI Seriab

NADI Seriab

Share

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Dibuka Setiap Hari 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Kecuali Cuti Umum)

Photos from NADI Seriab 's post 12/03/2026

JOM MERIAHKAN BAZAR RAYA @ NADI! 🌙✨
Sempena ketibaan Hari Raya yang bakal menjelang, anda semua dijemput hadir ke Bazar Raya @ NADI di NADI Seriab yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan jualan istimewa!

📅 Tarikh: 14 Mac 2026 (sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Lokasi: NADI Seriab

Antara aktiviti menarik menanti anda:
🍪 Jualan kuih-muih raya
👗 Jualan pakaian 'Prelove'
🏢 Booth PERKESO untuk maklumat dan perkhidmatan
💊 Saringan Kesihatan PERCUMA (Tekanan darah, BMI & glucose)
💅🏻 Henna
🎨 Pertandingan mewarna khas untuk kanak-kanak

Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan untuk membeli persiapan raya sambil menikmati suasana meriah komuniti! 🎉
Jumpa anda di Bazar Raya @ NADI Seriab ! 🌟

SIHAT RAMADAN : Nak Terawih Lebih Khusyuk 23/02/2026

Baru rakaat ke-4 dah tersadai tepi dinding?
Menguap tak berhenti masa imam baca surah? 🥱

Mengantuk & senak masa terawih selalunya berpunca daripada cara kita berbuka.

Bila terus makan lauk berat lepas azan, gula darah naik mendadak (insulin spike) — sebab tu badan lesu, perut penuh & sujud jadi mengah!

👉 Tonton dulu:
https://www.youtube.com/shorts/yHca5Z912uo

Dalam , kami kongsikan trik “Berbuka Berperingkat” supaya badan kekal ringan & terawih lebih khusyuk

Kongsi dengan kawan kawan!

SIHAT RAMADAN : Nak Terawih Lebih Khusyuk Baru rakaat ke-4 dah tersadai tepi dinding? Menguap tak berhenti masa imam baca surah? 🥱Ramai yang tak sedar, punca utama mengantuk dan senak perut masa sol...

23/02/2026

Ramadan tahun ini, NADI seluruh Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua! 🌙

Dari kelas memasak, fotografi, fashion styling, kelas mengaji, menjahit, hinggalah cabaran penurunan berat badan secara sihat. Segalanya tersedia untuk anda sertai secara PERCUMA!

Nantikan jadual penuh yang akan kami kongsikan tidak lama lagi.

Jom isi Ramadan ini dengan aktiviti menarik dan bermanfaat di NADI berdekatan anda! Layari nadi.my/lokasi untuk ketahui lokasi NADI berdekatan anda sekarang.

16/02/2026

Makluman Notis Penutupan Sementara

Sempena TAHUN BARU CINA & CUTI PERISTIWA 1 RAMADHAN,

NADI akan ditutup pada:

🗓 SELASA -KHAMIS (17 - 19 FEBRUARI 2026)

&

NADI akan beroperasi semula pada:

🗓 Jumaat (20 FEBRUARI 2026)

Mohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.

Harap maklum.

11/02/2026

Buat sendiri di rumah memang boleh, tapi nak beli alat, nak tahu cara guna dan nak faham bacaan bukan semua orang yakin.

Di NADI, tak perlu fikir semua itu. Datang sahaja dan petugas NADI sedia membantu anda.

Yang paling penting, percuma dan terbuka untuk komuniti. Jom jaga kesihatan bersama NADI 💙

18/01/2026

📢 JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN 📢

✅Kursus ini terbuka kepada orang awam dan digalakkan kepada peniaga makanan.

📅 Tarikh : 20 / 01 / 2026 (SELASA)
🕘 Masa : 9:00 Pagi
📍 Tempat : NADI Seriab
💵 Yuran : RM55

👉🏻Kursus ini akan dijalankan secara dalam talian Via Zoom (di NADI Seriab)

dan di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.
Terima kasih.

♦️Boleh terus hubungi petugas untuk mendaftar: 011-11450194 - aisyah♦️

Photos from NADI Seriab 's post 18/01/2026

NADI Seriab telah menerima lawatan rasmi daripada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) iaitu Dr. Sunita Binti Abdul Rahman pada 15 Januari 2026 (Khamis) .

Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama serta meningkatkan kefahaman berkaitan perkhidmatan dan inisiatif kesihatan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kesudian pihak tuan/puan berkunjung ke NADI Seriab.





13/01/2026

📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND - REVISION VIDEO SESI 24 KINI DIBUKA!

✅ Video on Demand - Revision Video khas untuk anda !
📅 Tarikh : 12-16 Januari 2026
⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri!

🎥 Akses rakaman kelas dan boleh ulang tayang sepuas hati!

Rakaman yang tersedia:

* Rakaman Guidance Tuition
* Rakaman Open Tuition
* Rakaman Webinar Pendidikan

📌 Jangan lepaskan peluang!

Daftar sekarang & ulangkaji dengan lebih mudah

08/01/2026

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.

Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani.

Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di
https://mcmc.gov.my/en/onsa/home



03/01/2026

🔥 OPEN TUITION MATEMATIK ISNIN INI! 🔥

Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5!

Masuk tahun baru, semangat pun kena baru! 💪 Rasa topik Matematik susah nak masuk? Nak cara belajar yang lebih fun, senang faham, dan ada modul disediakan? 🤔

Jom sertai Open Tuition bersama NADI DILEA Tuisyen Rakyat! Kelas ini adalah PERCUMA dan dikendalikan secara langsung!

📚 Subjek: Matematik
🗓 Tarikh: Isnin, 5 Januari 2026
☀ Sesi Pagi: 9:15 - 10:15 pagi
🌙 Sesi Petang: 3:30 - 4:30 petang
💻 Tempat : NADI SERIAB
💰 Bayaran: PERCUMA!

✨ Kenapa Wajib Join?

💡 Modul pembelajaran disediakan.
💡 Guru berpengalaman.
💡 Boleh tanya soalan terus dalam kelas (Live).

terus hubungi petugas untuk join !!

0193976634-aisyah
0196456634-effa

MOVE SQUAD EP1 | Warm-Up Fun Bersama Team Studio Sihat! | E067 15/12/2025

MOVE SQUAD EP1 | Warm-Up Fun Bersama Team Studio Sihat! | E067

Adik-adik jom warm-up dengan cara FUN & MUDAH bersama Team Studio Sihat!

💥 Sesuai untuk beginner
💥 Workout hujung minggu
💥 5–8 minit je tapi segarkan badan!

Tonton video penuh di sini 👇
https://youtu.be/3VM3iuSZ8lU

Jangan lupa like, share & subscribe ❤️

MOVE SQUAD EP1 | Warm-Up Fun Bersama Team Studio Sihat! | E067 Jom mulakan hujung minggu dengan vibe positif! 💪🔥Dalam episod pertama MOVE SQUAD, Team Studio Sihat bawakan warm-up fun & mudah untuk adik-adik — beginner ...

Studio Sihat 27/11/2025

*Dulu Tolak Vaksin, Sekarang Saya Faham – Kisah Benar Seorang Ibu & Pandangan Pakar Part 1 | P061*

Ramai ibu bapa pernah rasa ragu-ragu tentang *vaksin* … tapi bila kena sendiri, barulah terbuka mata. 😢

Dalam episod podcast kali ini, kita bawakan kisah real daripada
*Puan Nor Haslinda, ibu kepada seorang pesakit, bersama pandangan jujur & penuh ilmu dari Dr. Liew Kwee Ling, Pakar Paediatrik.*

Percaya lah, cerita kali ni memang membuka minda. Banyak benda yang kita tak tahu rupanya penting untuk lindungi anak kita.

📺 Tonton sekarang:
https://youtu.be/tYzkn1Oz3CQ

Kalau rasa bermanfaat, tolong share kepada kawan-kawan & ahli keluarga. Lagi ramai tahu, lagi ramai boleh elak risiko.

💯 Jangan lupa like, share & subscribe:
https://youtube.com/

Jom sama-sama sebarkan ilmu yang boleh selamatkan nyawa ❤️✨

Studio Sihat Studio Sihat Podcast dibawakan oleh program NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) Kesejahteraan Kendiri

Want your business to be the top-listed Government Service?

Website

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00