31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾🙏
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena:
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia, memberkati dan merahmati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.🤲
31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026
Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebijaksanaan dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati demi masyarakat yang lebih sejahtera.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras
30/05/2026
Hari Multiple Sclerosis (MS) Sedunia 2026 🎗️
Pada 30 Mei setiap tahun, dunia bersatu dalam meningkatkan kesedaran mengenai Multiple Sclerosis (MS), iaitu penyakit neurologi yang menjejaskan sistem saraf pusat dan memberi kesan kepada kehidupan jutaan individu di seluruh dunia.
Tema World MS Day 2024-2026, “My MS Diagnosis: Navigating MS Together”, menekankan kepentingan diagnosis awal, akses kepada rawatan yang berkualiti serta sokongan berterusan daripada keluarga, komuniti dan petugas kesihatan.
Di Hospital Rehabilitasi Cheras, kami komited dalam memperkasakan individu yang hidup dengan MS melalui perkhidmatan rehabilitasi yang holistik, sokongan berterusan dan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit ini.
💙 Mari bersama-sama:
✅ Memahami MS dengan lebih baik
✅ Menyokong individu yang hidup dengan MS
✅ Menghapuskan stigma dan salah faham
✅ Membina komuniti yang lebih inklusif dan prihatin
Setiap diagnosis membawa cabaran tersendiri, namun dengan sokongan, kefahaman dan harapan, perjalanan itu tidak perlu ditempuhi bersendirian.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”
💙🎗️
30/05/2026
🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 🌾
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
&
Gayu Guru Gerai Nyamai
Semoga sambutan yang penuh makna ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada warga Hospital Rehabilitasi Cheras yang meraikannya.
Marilah kita bersama-sama menghargai nilai perpaduan, kesyukuran serta semangat kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara tercinta.
Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras
🌾🤝🏽✨
30/05/2026
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UKM KE HRC
Hospital Rehabilitasi Cheras berbesar hati menerima lawatan sambil belajar daripada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan bagi kursus Penyakit Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di HRC serta perkongsian ilmu daripada kakitangan pakar dalam aspek pengenalpastian penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
Seluruh warga HRC mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam meneruskan perjalanan akademik dan kerjaya pada masa hadapan.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”
28/05/2026
PROGRAM CSR AKTIVITI MINI KEBUN PELAJAR UITM BERSAMA PESAKIT WAD 2A
Program CSR Aktiviti Mini Kebun bersama pesakit kanak-kanak Wad 2A Rehabilitasi Pediatrik telah dilaksanakan hasil kerjasama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan warga hospital menerusi Projek SULAM PAD390 (Applied Project), bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam pelaksanaan program komuniti serta menyokong kesejahteraan pesakit melalui pendekatan terapi hijau.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan penyediaan kawasan mini kebun, gotong-royong, penanaman sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan cili serta sesi pendidikan penjagaan tanaman bersama pesakit kanak-kanak, kakitangan hospital dan 13 orang pelajar UiTM.
Program ini berjaya mewujudkan suasana wad yang lebih ceria, mesra dan terapeutik di samping memberi manfaat emosi kepada pesakit melalui aktiviti berkebun ringan yang santai dan interaktif. Selain menceriakan persekitaran Wad 2A, program ini turut membantu meningkatkan interaksi sosial pesakit serta mengurangkan tekanan emosi sepanjang tempoh rawatan.
Pihak Hospital Rehabilitasi Cheras merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya para pelajar UiTM dan kakitangan Wad 2A Rehabilitasi Pediatrik atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”
26/05/2026
🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh warga HRC serta keluarga kalian yang tercinta.
Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam memperkukuh ukhuwah serta semangat kebersamaan sesama kita.
Semoga setiap amal dan pengorbanan diterima serta dirahmati Allah SWT.
🕌 Salam Aidiladha 1447H
Maaf Zahir & Batin.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras
26/05/2026
🚗 Balik kampung, biar selamat sampai.
Pandu cermat, patuhi had laju, pakai tali pinggang dan elak gangguan. Jika penat, rehat! Dan jaga jarak sentiasa.
Nampak kerosakan jalan? Laporkan melalui aplikasi MYJalan 📲
Selamat memandu, selamat beraya bersama yang tersayang ❤️
26/05/2026
Perbanyakan doa dan zikir pada awal Zulhijah terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijah).
Jangan kita lepaskan peluang ini. Moga doa dan hajat kita diperkenankan Allah SWT.