26/01/2026
Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Government Organization, .
26/01/2026
16/12/2025
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Selasa l 16 Disember 2025
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepakaran, integriti, dan komitmen beliau dalam memperkasa agenda Islam di Malaysia. Kami yakin, dengan pengalaman luas dalam bidang akademik, pentadbiran dan dakwah, YB Dr. Zulkifli Hasan akan membawa sinar baharu dalam memperkukuh institusi agama serta memperkasa ummah secara menyeluruh.
Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan keputusan yang diambil, serta memudahkan segala urusan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS)
10/12/2025
๐ Ramadan Al-Mubarak semakin hampirโฆ
Bulan penuh keberkatan, keampunan dan limpahan rahmat Ilahi bakal menjelang. Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) bersiap sedia untuk menghidupkan suasana Ramadan dengan pelbagai program rohani dan kebajikan melalui inisiatif Ihyaโ Ramadan Masjid UPM 1447H/2026M.
Antara program yang dirancang termasuklah:
๐Majlis Berbuka Puasa dan Moreh
๐Sahur dan Qiamullail pada 10 malam terakhir
๐Tadarus dan Khatam al-Quran
๐Tazkirah Booster Iman @ UPM
๐Memasak dan Agihan Bubur Lambuk
๐Aktiviti kebajikan dan pengimarahan masjid
๐คฒ Bagi menjayakan semua program ini, Masjid UPM mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada warga kampus dan masyarakat umum melalui Infaq Ramadan. Sumbangan anda akan membantu menjayakan aktiviti yang bukan sahaja menyuburkan jiwa, malah memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam bulan yang mulia ini.
๐ฒ Sumbangan boleh dibuat dengan mudah melalui:
Imbasan QR Code yang tertera (ToyyibPay)
Akaun CIMB: ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐๐-๐๐ค๐๐ฎ๐ง ๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐๐)
๐ฌ Sabda Rasulullah SAW: "Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya." (HR Muslim, no. 2588)
โจ Marilah kita rebut peluang keemasan ini untuk menyemai amal jariah dan menyambut Ramadan dengan jiwa yang bersedia. Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
10/12/2025
08/12/2025
13/11/2025
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐'๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐5]
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infaq (WAZAN) UPM dan Jawatankuasa Kariah Masjid UPM akan mengadakan satu program iaitu Seminar I'jaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Siri 4/2025.
Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
๐Tarikh : 10 Disember 2025 (Rabu)
๐Masa : 08.30 pagi - 4.30 petang
๐Tempat : Dewan Kuliah SBE 11, Sekolah Pengajian Ekonomi, UPM
*PERKONGSIAN MENARIK OLEH*
Panel 1
Dr. Mohd Shamsul Hakim Abd Samad
Pensyarah Fakulti al-Quran dan al-Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
โKemukjizatan al-Quran dalam Aspek Penyembuhan Rohaniโ
Panel 2
Dr. Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM
โKemukjizatan al-Quran dalam Pembentukan Akhlak dan Tingkahlaku.โ
Panel 3
Prof Madya Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd. Yusoff
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
โMenangani Gangguan Sihir dengan ayat-ayat al-Quranโ
๐PERCUMA
๐TERHAD โ 100 Orang ๐๐๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ Terawal
Sila klik link ini untuk Pendaftaran :
https://forms.gle/A6toTq6ZiCz1HY8b8
*Info / Pertanyaan*
๐017-2931248 (Cik Siti Rohani)
๐014-5251691 (En Aiman)
๐ 0 11-2088 8752 (Cik Nurin)
Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke seminar iniโโโ
