Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda

Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda

Share

KESUKPA APM KUALA MUDA

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 01/02/2024

Ziarah Prihatin :-
Biro Kebajikan kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda (KESUKPA KM) L/Kpl (PA) Maheran binti Darus telah menganjurkan ziarah Prihatin ke rumah Pbt (PA) Aminah binti Shahadan MyASPA APM Kuala Muda. Turut serta Lt.M (PA) Nur Farhana binti Ishak mewakili Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, YDP Kelab SM ( PA ) Ahmad Fauzi bin Azizan, Tim. YDP SM (PA) Amran bin Ismail. Pbt Aminah baru sahaja kehilangan anak perempuan akibat kemalangan maut di Pulau Pinang semasa pulang dari kerja. Almarhum yang berusia 23 tahun adalah seorang jururawat yang bertugas di Hospital swasta Pulau Pinang. Semoga Pbt Aminah dan ahli keluarga tabah menghadapi ujian Allah. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan tempatkan bersama golongan para solehin.
Al- Fatihah.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 01/02/2024

Ziarah Prihatin :-
Biro Kebajikan kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda (KESUKPA KM) L/Kpl (PA) Maheran binti Darus telah menganjurkan ziarah Prihatin di rumah L/Kpl (PA) Noraini binti Mohamad Petugas MERS 999 PKOD Kuala Muda sebagai Pemandu kenderaan operasi yang mengalami keguguran bayi kembar usia 4 bulan. Turut serta Lt.M (PA) Nur Farhana binti Ishak mewakili Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, YDP Kelab SM ( PA ) Ahmad Fauzi bin Azizan, Tim. YDP SM (PA) Amran bin Ismail. Difahamkan L/Kpl Noraini yang mengalami keguguran semasa bersiap untuk pergi bertugas. Semoga L/Kpl Noraini tabah menghadapi ujian dan diberi keafiatan.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

Part 3
Hari keluarga APM Kuala Muda Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda (KESUKPA KM)

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

Part 2 :
Hari Keluarga APM Kuala Muda Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam. Berbagai acara dipertandingkan seperti Tarik Tali, Belon Berpasangan, Kerusi Muzik, Bola Ping Pong Dalam Sudu, Air Dalam Botol, Puspa Wangi, Makin Jauh Makan Sayang, Bawa Getah Guna Straw serta Cabutan Bertuah. PPAD Kapt. (PA) Azahar bin Haji Ahmad Selaku Ketua Pengadil.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda KESUKPA KM, Menganjur Hari Keluarga APM Kuala Muda Tahun 2023. Turut serta PPAD Kuala Muda Kapt. (PA) Azahar bin Haji Ahmad, Tim. PPAD Lt. (PA) Zakiah binti Md. Akhir, YDP KESUKPA Kuala Muda SM (PA) Ahmad Fauzi bin Azizan, Staf Tetap, Pegawai serta Warga APM Kuala Muda.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

Syukur Alhamdulillah Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda telah menerima sumbangan Peralatan Memasak. Kawah, Periuk, dapur, buffet set, bekas air panas / Sejuk, Bekas Nasi, pinggan dan cawan. Terima kasih kepada atas sumbangan.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda kali Ke 6.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 24/01/2024

19.09.2023
Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda (KESUKPA Kuala Muda) Telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6. Mesyuarat Dirasmikan Oleh Yg. Berbahagia Dato' Seri Amran bin Ramli. Turut Hadir PPAD Kuala Muda Yang Berbahagia Kapt. (PA) Azahar bin Haji Ahmad Merangkap Penaung KESUKPA Kuala Muda. Tim. PPAD Kuala Muda, Yang Berusaha Lt. (PA) Zakiah binti Md. Akhir Merangkap Penasihat Kelab. Kehadiran tetamu jemputan di sambut Oleh Yang Dipertua Kelab SM (PA) Ahmad Fauzi bin Azizan serta Ahli Jawatan Kuasa.

24/01/2024

AJK Kelab Sukan & Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda Bagi Tahun 2024 - 2026.

24/01/2024

AJK 2021-2023. TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI.

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 21/10/2023

Biro Kebajikan KESUKPA KM diketuai L/Kpl (PA) Maheran Binti Darus dan Pbt (PA) Tuan Wey Bin Ahmad bersama ahli membuat ziarah Prihatin ke rumah Kpl (PA) Salmah Binti Zakaria yang juga Ahli kelab mengalami masalah kesihatan dan mempunyai rawatan susulan di Hospital. Biro Kebajikan juga turut memberi sumbangan barangan dapur.

"Ya Allah,Tuhan sekalian manusia.hilangkanlah kesihatan. sembuhkan ia engkaulah maha penyembuh. tiada penyembuhan selain penyembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak akan sakit kembali.." 🤲

Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertahanan Awam Kuala Muda's post 01/10/2023

Hasrat YDP Kelab bagi menubuhkan satu Pasukan Marhaban mendapat sambutan daripada ajk dan juga ahli. Penubuhan Kumpulan Marhaban juga mendapat sokongan penuh daripada PPAD (Penaung) dan TPPAD (Penasihat). Biro Kebajikan yang diketuai L/Kpl (PA) Maheran binti Darus di beri mandat bagi tadbir urus kumpulan Marhaban KESUKPA KM dan Pbt (PA) Baliza binti Lazim selaku tenaga pengajar. Latihan Kali pertama bermula pada 29.09.2023 (Jumaat) jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat PDPA Kuala Muda.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

D/a Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, No 412 Jalan Lapangan Terbang, 08000 Sungai Petani
Kedah