30 Komp KPD

30 Komp KPD

Share

Page ini diwujudkan bagi memaparkan aktivti-aktiviti yang dilaksanakan 30 Komp KPD

Photos from 30 Komp KPD's post 19/01/2025

KEPALA BATAS, KEDAH, 20 Mac 24: Pasukan 30 Kompeni KPD telah mengadakan Program Jiwa Murni bertempat di Tabika Kemas Kampung Naga. Seramai seorang Pegawai dan 22 orang anggota Lain-lain Pangkat serta 17 orang anggota Awam MINDEF telah menyertai Program tersebut. Aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini adalah gotong-royong membersihkan kawasan dan menceriakan landskap. Pelaksanaan program ini dapat membantu menceriakan kawasan Tabika Kemas dalam mereka menjalani kehidupan seharian bagi melahirkan nilai-nilai kerjasama dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara warga “Teguh Berkhidmat “ dengan komuniti awam.

Photos from 30 Komp KPD's post 19/01/2025

ALOR SETAR, 17 Jan 24: Pasukan 30 Komp KPD telah melaksanakan Hari Pengajian iaitu Kesedaran Penyalahgunaan Dadah. Program dimulakan dengan pengenalan tentang bahaya nya penggunaan Dadah yang disampaikan oleh Wakil dari AADK Kubang Pasu.

Program tersebut melibatkan 1 kali pegawai dan 20 anggota LLP serta 15 kali Anggota Awam MINDEF pasukan. Program tersebut turut disertai oleh Pegawai Pemerintah Pasukan iaitu Mej Prakash a/l Nagappan. Majlis diteruskan dengan dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Pemerintah Pasukan kepada wakil iaitu Puan Norhila binti Lah Penolong Pegawai Anti Dadah Ketua Unit Penguatkuasa.

Photos from 30 Komp KPD's post 19/01/2025

Alor Setar: Pasukan 30 Komp KPD telah mengadakan Annual Dinner Sempena Ulang Tahun Pasukan yang ke 43 di Hotel Seri Malaysia, Majlis gilang gemilang Annual Dinner 30 Komp KPD dengan bertemakan busana jalur gemilang pada 06 Jan 2024. Pelbagai pengisian yang telah dirangkumkan dalam satu majlis ini antaranya ialah penyampaian anugerah kepada PTT Kanan dan PTT Rendah yang menunjukkan kriteria baik sepanjang tahun 2023. Turut diraikan dalam majlis yang sama adalah Pegawai dan PTT Kanan yang bakal bersara dan bertukar keluar dari 30 Komp KPD.

Sepanjang majlis, penyampaian hadiah cabutan bertuah adalah acara yang ditunggu ramai dengan pelbagai hadiah lumayan yang diberikan seperti televisyen, air fryer, rice cooker dan pelbagai peralatan rumah berjenama yang lain. Penyampaian Best Dress Terbaik Lelaki dan Wanita turut disampaikan. Pegawai Pemerintah menzahirkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang dilantik dalam usaha menjayakan majlis Annual Dinner 30 Komp KPD. Syabas diucapkan.

Photos from 30 Komp KPD's post 19/01/2025

Alor Setar: 05 Jan 24, Seramai 1 pegawai, 26 anggota lain-lain pangkat (LLP) dan 12 staf awam MINDEF telah terlibat dalam Perbarisan Penguasa Depoh 30 Komp KPD, bertempat di dataran pasukan, Kem Bukit Pinang pagi ini.

Perbarisan tersebut diketuai oleh Sarjan Akaun pasukan, 1146469 Sjn Mohamad Amri bin Zainol Abidin telah dimulakan dengan ketibaan Penguasa Depoh 30 Komp KPD, 1139914 SSjn Ghaifullanurin bin Desadan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan beliau.

Perbarisan telah diteruskan lagi dengan ketibaan Pegawai Pemerintah iaitu Mej Prakash a/l Nagappan yang merupakan Pegawai Pemerintah 30 Komp KPD. Acara seterusnya diakhiri dengan jamuan makan.

Photos from 30 Komp KPD's post 11/03/2024

PEMERIKSAAN ASET DAN STOR PASUKAN 30 KOMP KPD

ALOR SETAR, 4 Mac 24: Cawangan Pengurusan Aset Kementerian Pertahanan telah melaksanakan Pemeriksaan Aset dan Stor bagi Pasukan 30 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja pada 4 Mac 24 hingga 8 Mac 24.

Pemeriksaan ini diketuai oleh Pemeriksa dari Pengurusan Aset, Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Mohd Zaki bin Ibrahim dan Puan Syarinah binti Shariffuddin.

Pemeriksaan ini adalah menilai pengurusan Aset, Stor Utama dan Stor Unit berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan. Sepanjang pemeriksaan, sebanyak 4 Stor Utama dan 1 Stor unit telah dinilai oleh tim tersebut.




Photos from 30 Komp KPD's post 15/08/2023

PEMERIKSAAN TEKNIKAL KPD TAHUN 2023 OLEH SEL KP MARKAS 2 DIVISYEN DI 30 KOMPENI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (30 KOMP KPD)

ALOR SETAR, 15 Ogos 2023: Sel KP Markas 2 Divisyen telah melaksanakan Pemeriksaan Teknikal KPD terhadap pasukan 30 Komp KPD pada 15 Ogos 2023. Tim pemeriksaan ini telah diketuai oleh Pegawai Staf 1 KP Markas 2 Divisyen, Lt Kol Fissol bin Abd Hadi.

Pemeriksaan dimulakan dengan sesi taklimat melibatkan aspek Teknikal KPD oleh Pegawai Pemerintah, Mej Prakash Nagappan di bilik Mesyuarat Pasukan dan acara diteruskan dengan pemeriksaan secara fizikal terhadap Pengurusan Rangsum & PMP, Pengurusan Kenderaan Jenis B dan aspek BOMBA.

Acara diteruskan dengan “Exit Conference” diantara Tim Pemeriksa bersama semua anggota 30 Komp KPD dan pemeriksaan ini diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan serta sesi bergambar bersama warga pasukan.

Photos from 30 Komp KPD's post 27/07/2023

HARI PENGAJIAN PASUKAN 30 KOMPENI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUBANG PASU

ALOR SETAR, 26 Jul 23: Pasukan 30 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (30 Komp KPD) telah melaksanakan Hari Pengajian Pasukan dengan kerjasama diantara Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu iaitu Ceramah Pemakanan Seimbang yang dilaksanakan di Bilik Pengajian 30 Komp KPD. Seramai 2 Pegawai, 22 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 18 awam telah terlibat di dalam Hari Pengajian tersebut.

Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Sains (Pemakanan) dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, iaitu Puan Hasliza binti Abu Seman. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan terhadap pengamalkan gaya hidup sihat dari aspek pemakanan yang seimbang dan pemilihan makanan mengikut jumlah kalori yang diperlukan dalam menjalankan aktiviti harian.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Pemerintah 30 Komp KPD, Mej Prakash Nagappan. Aktiviti ini adalah seiring dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat Ke 29 iaitu “Kesejahteraan Warga”.

Gambar: Kpl Muhammad Fiqry Izzuwan Mohamad Pauzi



Photos from 30 Komp KPD's post 25/07/2023

MESYUARAT KEBAJIKAN 30 KOMPENI KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 2/2023

ALOR SETAR, 24 Jul 23: Pasukan 30 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Siri 2/2023 bertempat di Bilik Gerakan pasukan yang dipengerusikan oleh Pegawai Pemerintah pasukan, Mejar Prakash Nagappan.

Mesyuarat dimulakan dengan menyemak minit Mesyuarat Siri 1/2023 dan membincangkan perkara-perkara berbangkit serta taklimat pembentangan akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) pasukan.

Mesyuarat ini telah membincangkan perkara berkaitan pentadbiran pasukan dan kebajikan anggota. Pengerusi telah membincangkan semua cadangan dan usul baharu yang diutarakan oleh anggota dan seterusnya diambil tindakan bagi kesejahteraan warga pasukan.

Aktiviti Rejimental dan Mesyuarat Kebajikan ini adalah seiring dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat Ke 29 iaitu “Kesejahteraan Warga”.



Photos from 30 Komp KPD's post 25/07/2023

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐉𝐔 𝟏𝟐 𝐊𝐌 30 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

ALOR SETAR, 24 Jul 23: Pasukan 30 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja telah melaksanakan Ujian Jalan Laju (UJL) 12 km yang melibatkan seramai seorang Pegawai dan 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di sekitar kawasan Puncak Janing, Kuala Nerang, Kedah.

UJL 12 km ini dimulakan dengan taklimat perlaksanaan, keselamatan dan laluan oleh Jurulatih Jasmani Pasukan. Ujian ini merupakan salah satu latihan secara berkumpulan bagi menguji tahap kecergasan fizikal dan ketahanan mental serta menilai tahap keberkesanan latihan fizikal harian di peringkat pasukan. Disamping itu, latihan ini menguji tahap kepimpinan dan kawalan pemerintahan di peringkat bawahan dalam memastikan anggota terus bergerak di dalam satu kumpulan.

Selain itu, ujian tersebut juga menitik beratkan perkara asas seperti aspek keselamatan, penjagaan senjata dan peralatan Full Service Marching Order (FSMO) anggota. Perlaksanaan latihan ini adalah sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu Peningkatan Kesiagaan.

Gambar oleh: Pbt Timohty Domenic



Photos from 30 Komp KPD's post 19/07/2023

PERBARISAN PEGAWAI TADBIR

ALOR SETAR, KEDAH, 17 Jul 23 - Pasukan 30 Kompeni KPD telah mengadakan Perbarisan Pegawai Tadbir dengan melibatkan seramai 28 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh SSjn Ghaifullanurin bin Desa. Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Tadbir, Kapt Muhamad Aidil Fitera bin Alias dan diteruskan ucapan Pegawai Tadbir. Beliau mengingatkan agar setiap anggota sentiasa meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan budaya ketenteraan iaitu hormat menghormati serta sentiasa mengekalkan disiplin ketenteraan dalam diri sebilang masa.

Perbarisan ini sejajar dalam usaha memperkasakan Objektif Kedua Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu Kemampanan Organisasi bagi perwira dan perajurit yang memiliki daya juang yang tinggi melalui pengukuhan pengetahuan, kemahiran dan bersikap luhur serta Sinergi 3M dalam Teras Kedua iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan.

Gambar : LKpl Ikhwan bin Mohd Isa



Photos from 30 Komp KPD's post 19/07/2023

PERBARISAN PENGUASA DEPOH 30 KOMP KPD

ALOR SETAR, KEDAH, 10 Jul 23: Pasukan 30 Kompeni KPD telah mengadakan Perbarisan Penguasa Depoh bertempat di Dataran pasukan. Seramai 23 orang anggota Lain-lain Pangkat telah menyertai perbarisan Penguasa Depoh 30 Kompeni KPD. Perbarisan turut diperiksa oleh Penguasa Depoh pasukan iaitu SSjn Ghaifullanurin bin Desa. Perbarisan ini bertujuan untuk memastikan anggota sentiasa dalam keadaan berdisiplin dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anggota pasukan.

Gambar : LKpl Ikhwan bin Mohd Isa



Want your business to be the top-listed Government Service in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

K355, Taman Kepala Batas, Kepala Batas
Kedah
06200

Opening Hours

Saturday 01:00 - 00:00
Sunday 01:00 - 00:00