Perwakilan Abu Dhabi UAE

Perwakilan Abu Dhabi UAE

Share

Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) Abu Dhabi.

03/03/2026

2 March 2026

Selamat Hari Ulang Tahun buat Pn Ashikin Amir.

Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, berikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan. Sentiasa dalam lindungan Allah dan rahmatNya. Aamiin 🀍

02/03/2026

PESANAN KHAS BUAT AHLI PERWAKILAN DI ASIA BARAT πŸ€²πŸ•ŠοΈ

Situasi genting yang melanda saat ini pastinya mencabar ketabahan kita semua. Dalam keadaan penuh ketidaktentuan ini, kesejahteraan emosi anak-anak adalah keutamaan kita sebagai ibu bapa.

Sebagai panduan bersama, PERWAKILAN Abu Dhabi ingin berkongsi artikel bermanfaat daripada Dr. Aida Suhaimi (Pakar Psikiatrik dari Malaysia di Dubai) mengenai cara mengendalikan emosi dan menjawab persoalan anak-anak dalam situasi konflik:

πŸ“Œ Fokus Perkongsian:
βœ… Membantu anak-anak memahami situasi semasa dengan tenang.
βœ… Meminimumkan kesan trauma atau emosi negatif terhadap mereka.

πŸ“– Pautan Artikel Panduan:

1️⃣ How to talk to children about missiles:
πŸ”— https://www.thenationalnews.com/lifestyle/2026/03/01/how-to-talk-to-children-missiles-uae-iran/

2️⃣ Talking to your child about the conflict:
πŸ”— https://gulfnews.com/lifestyle/how-to-talk-to-your-child-about-the-iran-israel-conflict-will-we-be-okay-1.500174630

Semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat dan sedikit ketenangan buat puan-puan sekeluarga di sana.

Take care, stay safe, and stay strong. Kita bersama dalam doa agar situasi kembali selamat dan stabil bagi semua. 🀲✨


Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 13/01/2026

12 Januari 2026 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN ABU DHABI

Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Abu Dhabi bagi sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PERWAKILAN, YBhg. Datin Hana Sakina binti Abdullah Sani, dan turut dihadiri oleh Penasihat PERWAKILAN, TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman bin Tengku Mohamed Ariffin.

Antara agenda yang dibincangkan termasuk pembentangan kewangan, pembubaran serta pelantikan Biro baharu, dan perancangan aktiviti akan datang. Tahniah diucapkan kepada barisan Biro yang dilantik, semoga terus komited dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli atas kehadiran dan sokongan yang diberikan..




Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 13/12/2025

ADNOC Abu Dhabi Marathon

Pengerusi PERWAKILAN Abu Dhabi, YBhg Datin Hana Sakina serta Timb. Pengerusi Pn Farisha binti Salman bersama dengan staff Kedutaan Besar Malaysia telah menyertai acara larian ADNOC run bagi mengisikan masa hujung minggu yang bermanfaat.

Acara ADNOC Abu Dhabi Marathon telah berlangsung pada 13 Disember bertempat di Zayed Sports City, Abu Dhabi. Penganjuran acara ini melibatkan beberapa kategori larian iaitu Maraton 42km, Maraton Relay, 10km, 5km serta Larian Santai 2.5km. YBhg Datin Hana Sakina telah mencapai rekod larian 10km dengan catitan masa 1:13:23. Semoga dengan ini boleh menjadi semangat dan inspirasi untuk ahli yang lain menyertai larian seperti ini dimasa akan datang.

Acara ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada pelari tempatan dan antarabangsa serta berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan penyertaan komuniti tempatan dan antarabangsa selain dari mempromosikan Abu Dhabi sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 13/12/2025

Majlis Perpisahan Ahli PERWAKILAN | 9 Disember 2025

PERWAKILAN Abu Dhabi dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menganjurkan Majlis Perpisahan Ahli PERWAKILAN yang menghimpunkan ahli PERWAKILAN Dubai, ahli PERWAKILAN Abu Dhabi serta HBS Consulate General of Malaysia Dubai dan HBS Abu Dhabi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman, Duta Besar Malaysia, dan turut disertai oleh Pengerusi PERWAKILAN.

Majlis ini diadakan bagi meraikan Datin Fadlina Idris, isteri kepada Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, serta Puan Zaishamsinar, isteri kepada Konsul Muda Pertanian, En. Mohd Arif Jauhari, sempena tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga yang diraikan terus maju jaya dan sukses pada masa akan datang, tidak kira di mana jua berada.

Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 08/11/2025

Coffee Morning & Sambutan Hari Lahir (April - November)

Pada 6 November 2025, bertempat di Rumah Malaysia Abu Dhabi, pihak PERWAKILAN Abu Dhabi telah menganjurkan sesi Coffee Morning yang turut digabungkan dengan sambutan hari lahir bagi ahli PERWAKILAN yang lahir dari bulan April hingga November.

Dalam kesempatan tersebut, Pengerusi PERWAKILAN Abu Dhabi, YBhg. Datin Hana Sakina, turut mengambil peluang untuk mendengar pembentangkan laporan kewangan semasa PERWAKILAN Abu Dhabi, merancang aktiviti penutup tahun 2025, serta membincangkan secara ringkas mengenai Mesyuarat Agung yang akan datang.

Seramai 10 orang ahli PERWAKILAN telah hadir juga diadakan dalam suasana yang santai namun penuh mesra, bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli. Suasana menjadi lebih istimewa dengan hidangan menu tradisional Malaysia, Nasi Lemak Ayam Cili Boh, yang disediakan sendiri oleh YBhg. Datin Hana Sakina, serta pelbagai juadah sampingan yang dibawa oleh ahli-ahli PERWAKILAN lain.

Majlis diakhiri dengan sesi pemberian jambangan bunga sebagai hadiah, meraikan hari lahir para ahli, disertai ucapan dan doa agar semua terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, serta kejayaan dalam apa jua lapangan. Semoga program ini dapat diteruskan untuk memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan semangat kerjasama, dan meneruskan tradisi kebersamaan di kalangan ahli PERWAKILAN Abu Dhabi.

Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 21/08/2025

✨ Demo Roti Jala Jelita & Welcoming Basket ✨

20 Ogos 2025 | Rabu

Alhamdulillah, PERWAKILAN Abu Dhabi telah berjaya menganjurkan Demo Roti Jala Jelita bersama rakan-rakan terdekat. Demo ini dikendalikan oleh Setiausaha PERWAKILAN Abu Dhabi, Puan Hernawaty binti Hamid, yang berkongsi kreativiti beliau dalam menyediakan dan mendeko roti jala klasik kepada dwiwarna. Para peserta juga seronok mencuba sendiri cara menjala roti jala yang unik ini.

Turut memeriahkan program ialah Pengerusi PERWAKILAN Abu Dhabi, YBhg. Datin Hana Sakina, serta tetamu kehormat YBhg. Madam Hajah Rosita binti Haji Mohammed, isteri kepada Duta Besar Brunei Darussalam πŸ‡§πŸ‡³ di Abu Dhabi.

PERWAKILAN Abu Dhabi juga dengan penuh mesra menyambut kehadiran ahli baharu, Puan Siti Adnah binti Marsum, isteri kepada Encik Anwar Bin Mahmud Setiausaha Kedua Perwakilan Abu Dhabi dengan penyerahan cenderahati dan welcoming basket.

Syukur ke hadrat Allah, program ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh ukhuwah. Terima kasih kepada Biro Masakan, para peserta serta semua yang terlibat. Semoga program ini memberi manfaat dan kenangan indah buat semua.




Photos from Perwakilan Abu Dhabi UAE's post 08/08/2025

5 Ogos 2025

Lawatan Kebajikan Perwakilan Abu Dhabi ke atas Puan Norazua binti Zakaria.

Pengerusi Perwakilan Abu Dhabi, YBhg. Datin Hana Sakina binti Abdullah Sani, diiringi beberapa ahli Perwakilan, telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Puan Norazua binti Zakaria, isteri kepada Mejar Mohd Adreen Nujjaid bin Mohd Khairul Nizam TUDM dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, yang sedang menerima rawatan dibahagian unit rawatan rapi (ICU) Sheikh Shakhbout Medical City, Abu Dhabi.

Puan Norazua dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung semasa transit di Abu Dhabi dalam perjalanan pulang ke Malaysia baru-baru ini. Lawatan ini merupakan manifestasi keprihatinan dan sokongan moral Perwakilan Abu Dhabi kepada warga Malaysia yang memerlukan, selaras dengan semangat kebersamaan dan solidariti dalam kalangan komuniti.

Pihak Perwakilan turut mendoakan agar Puan Norazua dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Amin

05/08/2025

PERWAKILAN Abu Dhabi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran buat Puan Sri Marzura binti Mohamed πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽ‚

Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, sihat tubuh badan, dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Amin

16/07/2025

6 Jun 2025

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Cik Nor Fazihah binti Omar

Didoakan semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

πŸŽ‚πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‚

Want your business to be the top-listed Government Service in Abu Dhabi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Marina Square Reem Island
Abu Dhabi