PERKESO Selangor

PERKESO Selangor

Share

Laman ini merupakan Facebook Rasmi PERKESO Selangor :

Pejabat Perkeso Petaling Jaya
Pejabat Perkeso

Photos from Dr. Azman Aziz's post 04/05/2026
Photos from PERKESO Selangor's post 04/05/2026

๐‡๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐š ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ ๐’๐ฎ๐š๐ฆ๐ข & ๐€๐ฒ๐š๐ก

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah beratnya ujian yang menimpa keluarga Allahyarham Mohammad Fazlee bin Ariffin yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Seorang suami dan ayah yang sebelum ini terlantar akibat sakit jantung akhirnya kembali ke rahmatullah akibat septic shock secondary to hospital-acquired pneumonia with multiorgan failure. Pemergian Allahyarham bukan sekadar kehilangan, tetapi hilangnya tempat bergantung isteri dan anak anaknya.
Isteri Allahyarham, Puan Hajar menggalas tanggungjawab membesarkan lima orang anak sendirian. Dalam kesedihan, beliau tetap cekal mencari rezeki dengan mengambil upah menghantar dan mengambil kanak-kanak sekolah demi kelangsungan hidup.

Melalui Lawatan Prihatin hari ini,turut dihadiri Tuan Muhamad Rashid Bin Othman Pengarah Perkeso Petaling Jaya, Tok Azizi Bin Aziz Ketua Kg, Kampung Melayu Subang, Muhammad Ikhwan Najmi Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sg Buloh, Encik Aimmul Adha dan Puan Fatin Farahiyah Pegawai Skuad Prihatin Perkeso Petaling Jaya telah menyalurkan sumbangan keperluan harian berupa Kotak Prihatin . Puan Hajar juga layak menerima Faedah Perkeso iaitu Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM3,000

Disamping itu, Pejabat Perkeso Selangor juga telah menaja Skim Lindung Kasih kepada Puan Hajar sebagai jaminan keselamatan sosial beliau semasa menguruskan dan menjaga keluarganya.

Semoga Puan Hajar dan anak-anak terus diberikan kekuatan dan ketabahan. Kami akan terus bersama, memberi sokongan agar mereka mampu bangkit meneruskan kehidupan.




Photos from PERKESO Selangor's post 27/04/2026

โœจ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ

Langkah pertama menuju masa depan gemilang bermula di sini.
Raikan semangat Hari Pekerja dengan peluang yang membuka pintu kejayaan anda. ๐Ÿ’ผ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“… ๐Ÿ โ€“ ๐Ÿ‘ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฐ ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐”๐๐ˆ๐…๐ˆ ๐€๐ซ๐ž๐ง๐š, ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐‰๐š๐ฅ๐ข๐ฅ

Temui pelbagai peluang kerjaya, jalinkan rangkaian profesional, dan cipta hala tuju baharu dalam perjalanan hidup anda.

๐Ÿš€ Lonjakkan potensi, realisasikan impian, dan bina masa depan yang anda idamkan.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang
https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=Mzk1NA==

Kerana peluang tidak datang dua kali โ€” ia dicipta oleh mereka yang berani melangkah.

Photos from PERKESO Selangor's post 23/04/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐›๐š๐ ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

22 April 2026 | Program Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat 2026 Peringkat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang berlangsung di Ruang Legar Dewan Datoโ€™ Mohd. Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Program ini turut disertai pelbagai agensi tempatan yang bersama-sama turun padang bagi memberi perkhidmatan dan maklumat kepada orang ramai.

PERKESO tidak ketinggalan membuka kaunter pendaftaran dan khidmat berkaitan perlindungan keselamatan sosial. Program ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA, yang turut memeriahkan suasana sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Sepanjang program, kaunter kami menerima kunjungan yang amat menggalakkan dengan pelbagai pertanyaan mengenai caruman, faedah dan skim yang ditawarkan.
Kami amat berbesar hati dapat menyantuni masyarakat secara terus dan berkongsi maklumat penting demi kesejahteraan bersama. Terima kasih atas jemputan dan sokongan semua yang hadir. Jumpa lagi di program akan datang!



15/04/2026

Pada 14 April 2026 jam 3.00 petang, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama pihak pengurusan Persatuan Sahabat Wanita Malaysia.

Sesi ini diadakan bagi tujuan pengenalan dan perbincangan lanjut mengenai Lindung Kasih (SKSSR) dan Lindung Kendiri (SKSPS) serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Perbincangan ini disertai oleh Irene Xavier Advisor/Co Founder dan Pushpa Doraisamy Exco President Persatuan Sahabat Wanita Malaysia, Ketua Unit Pemasaran Pn Nagamah A/P Appanah dan Pegawai Eksekutif PP Putrajaya Pn Razanah Suaida binti Rosli



23/03/2026
Photos from PERKESO Selangor's post 16/03/2026

๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ข, ๐Š๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข

13/3/2026 | Jumaat Program PROTEK RAYA Pejabat PERKESO NEGERI SELANGOR telah berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di AEON SHAH ALAM dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Selangor, Encik Muhamad Rashid bin Othman bersama pasukan Sinergy turut dimeriahkan oleh anggota-anggota Perkeso telah meluangkan masa menyantuni anak-anak yatim serta keluarga dengan membawa mereka membeli kelengkapan Hari Raya.

Detik paling menyentuh hati apabila kegembiraan terpancar melalui air mata syukur seorang ibu dan anak-anaknya, yang tidak menyangka mereka diberi peluang merasai persiapan Hari Raya seperti keluarga lain. Dengan penuh rasa terharu, si ibu merakamkan ucapan terima kasih kepada PERKESO atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan kepada keluarganya yang kurang berkemampuan.

Semoga usaha kecil ini membawa sinar kebahagiaan dan menceriakan sambutan Hari Raya mereka. Diharapkan program seperti ini terus menjadi jambatan kasih antara PERKESO dan masyarakat yang memerlukan.



Photos from PERKESO Selangor's post 30/01/2026

JOM WALK-IN INTERVIEW! โœจ๐ŸŽ‰

Nak kerja stylo dalam bidang Hopitaliti? This is your moment! ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ผ

๐Ÿ“… 6 Februari 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•™ 9.00 AM โ€“ 4.00 PM
๐Ÿ“ L10F-21-25, GATEWAY@KLIA2, LEVEL 1, KLIA2,
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT,
JALAN KLIA2/1, 64000 KLIA, SELANGOR

๐Ÿ’ก Datang bawa:
๐Ÿชช Salinan IC
๐Ÿ“„ Resume & sijil
๐Ÿ‘—๐Ÿ‘” Pakaian paling kemas you ada!
(First impression penting tau ๐Ÿ˜)

๐Ÿ“Œ Lokasi kerja: KLIA 1/ KLIA 2 โ€” tempat classy, kerja pun classy! โœจ

๐Ÿ”ฅ Rasa you the right fit? Datang je!
๐Ÿ“ฒ Mohon cepat: https://bit.ly/4a8UnZy

๐Ÿ“ฒ Chat dengan kami : https://wa.link/qojf9j
https://wa.link/vll893

๐Ÿ”— Nak tengok macam-macam lagi jawatan kosong : https://myfuturejobs.gov.my/

Want your business to be the top-listed Government Service in Bhulta?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bhulta