Department of Co-Curricular Education Brunei

Department of Co-Curricular Education Brunei

Share

Vision : Quality Co-curricular Education Towards Dynamic Nation

Mission : To Deliver Holistic Co-cu

08/05/2026

✨ BICARA PELAJAR MENUJU AL-FALAH ✨
πŸ“š Ilmu β€’ Iman β€’ Amal β€’ Akhlak

πŸŒ™ Ingin mencari ketenangan jiwa, memperkukuh iman dan membina peribadi unggul?

Jom sertai program Bicara Pelajar Menuju Al-Falah Siri 1 yang akan membawakan perkongsian rohani penuh inspirasi khas untuk para pelajar.

πŸ“² Daftar sekarang melalui kod QR yang tertera pada poster atau melalui pautan: https://forms.gle/1GGc3b5gBT5JxHVt6

πŸŽ™οΈ Tajuk:
β€œSiapa Saya Dihadapan Allah”

πŸ‘€ Narasumber:
Dr Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

πŸ“… Tarikh: Ahad, 24 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Platform: Siaran Langsung YouTube
Bahagian Kegiatan Kerohanian JPKK - pautan pada poster: https://www.youtube.com/live/FmMjWRxOq40?si=-AZQQ4IJ5hamFXtw

πŸ’‘ Apa yang anda akan peroleh?
βœ… Perkongsian rohani yang menyentuh jiwa
βœ… Refleksi diri & panduan kehidupan pelajar
βœ… Motivasi untuk menjadi insan lebih baik
βœ… Sijil penyertaan disediakan

πŸ“Œ Pelajar yang mengikuti sesi dari awal hingga akhir layak menerima sijil penyertaan.

πŸ”— Pautan penyertaan akan diberikan pada akhir sesi dan hanya dibuka dalam tempoh yang ditetapkan.

🌿 β€œIlmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah, iman tanpa amal ibarat jasad tanpa ruh.”

05/05/2026

πŸŽ₯ Cikgu, Jom Serlahkan Kreativiti dengan VIMORP 2026!

​Adakah sekolah Cikgu bersedia untuk mencungkil bakat dakwah digital para pelajar? Pertandingan Video Motivasi Rohani Pelajar (VIMORP) 2026 akan diadakan!

​Sebelum kita buka kepada pelajar, jom hadirkan diri ke Sesi Taklimat & Bengkel Khas untuk Guru Pembimbing. Kami akan kongsikan tips dan garis panduan penting untuk menghasilkan video yang berimpak tinggi.

β€‹πŸ“ Di mana? Ruang Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum
πŸ“… Bila? Khamis, 21 Mei 2026 (4 Zulhijjah 1447)
⏰ Masa? 2.15 Petang – 4.15 Petang
β€‹πŸ”— Daftar Sekarang: https://forms.gle/9oyPv3yssHrQ5Yjr9
⚠️ Tarikh Tutup: Selasa, 12 Mei 2026 (4.30 Petang)
​Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa nama sekolah ke puncak kreativiti rohani!

29/04/2026

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti dengan akan menganjurkan Bengkel Gulintangan Bagi Guru-Guru Sekolah Menengah, Maktab-Maktab Dan Pusat Tingkatan Enam Senegara Tahun 2026.

Maklumat lanjut mengenai bengkel ini bolehlah didapati dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster atau dengan melayari pautan ini https://bit.ly/BKL04-BKK2026

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Pertandingan, Awg Mohd Shah Rizal Amir Bin Hj Mohidin +673 8130275 (WA).

Photos from Department of Co-Curricular Education Brunei's post 27/04/2026

Sabtu, 25 April 2026 - Bilik Latihan, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C). Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi telah mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Undian bagi Piala Bola Sepak Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (BDSFC) Tahun 2026 yang akan diadakan pada 4 Mei hingga 25 Mei 2026.

Antara tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberigakan maklumat penting dan segala prosedur berkaitan dengan penyelarasan kejohanan nanti. Taklimat dihadiri oleh pengurus-pengurus pasukan dari 24 buah sekolah yang akan menyertai kejohanan tersebut.

Mesyuarat di mulakan dengan kata alu-aluan oleh YM Pengiran Siti Amal Jariah binti Pengiran Haji Matjinen, Ketua Bahagian Jasmani dan Rekreasi. Seterusnya taklimat disampaikan oleh Md Firafadzli Adini bin Hj Abd Ghani dan Md Dzuljamal bin Haji Abd Latif, penyelaras BDSFC 2026.

Photos from Department of Co-Curricular Education Brunei's post 25/04/2026

Sabtu, 25 April 2026, Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Jasmani & Rekreasi telah mengadakan Sesi Taklimat dan Penandatanganan Kontrak Jurulatih Sambilan Centre of Training (CoT) di Training Room 01, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Lambak Kanan

Taklimat ini diadakan adalah bagi menyampaikan maklumat kepada jurulatih-jurulatih sambilan mengenai panduan melaksanakan latihan sukan di bawah Program Centre of Training (CoT), Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan.
Seramai 19 orang jurulatih sambilan telah menghadiri taklimat dan penandatangani kontrak tersebut yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih sukan badminton, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, pencak silat, sepak takraw dan olahraga.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Siti Amal Jariah binti Pengiran Haji Matjinen, Ketua Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Photos from Department of Co-Curricular Education Brunei's post 25/04/2026

Sabtu, 18 April 2026, Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Jasmani & Rekreasi telah mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam mengenai perlaksanaan Festival Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Brunei Darussalam di Ruang Annajah, Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Perjumpaan ini diadakan adalah bagi menyampaikan maklumat mengenai perlaksanaan teknikal dan persiapan awal Festival Badminton kepada persatuan selaku penyelaras teknikal festival tersebut.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Presiden Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Zuno Kartono bin Haji Ali, dan ketua teknikal persatuan, Awang Ardy bin Matsidi.

Perjumpaan dipengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Siti Amal Jariah binti Pengiran Haji Matjinen, Ketua Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Kementerian Pendidikan.

Photos from Department of Co-Curricular Education Brunei's post 21/04/2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 April 2026 – Sebagai persiapan awal menjelang Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam Kali Ke-3 (3rd Brunei Darussalam Schools Games, BDSG 3) bagi Tahun 2026, satu mesyuarat Ketua-Ketua Kontinjen (Chef de Mission, CDM) dari enam kluster telah diadakan pada petang kelmarin di Bilik Persidangan, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Pusat L3C).

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, dan Dr Hajah Mustazah binti Awang Maidin, Pemangku Pengarah Pendidikan Khas.

Kejohanan BDSG 3 akan dianjurkan secara kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Jabatan Pendidikan Khas, bermula dari 31 Oktober hingga 5 November 2026. Kejohanan ini dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari sekolah-sekolah kerajaan, institusi pendidikan swasta, serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam.

Dalam mesyuarat tersebut, satu taklimat mengenai kejohanan telah disampaikan oleh Pengiran Siti Amal Jariah binti Pengiran Hj Matjinen, Ketua Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, merangkap Ketua Sekretariat BDSG 3.

Turut hadir ialah enam orang Guru Besar yang telah dilantik sebagai CDM bagi mewakili setiap kluster pada kejohanan itu nanti. Agenda mesyuarat turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan bendera kluster kepada setiap CDM dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Semoga dengan adanya mesyuarat dan pelantikan ini, persiapan pasukan dari setiap kluster akan berjalan lancar dan BDSG 3 bakal menjadi platform terbaik dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi di peringkat sekolah-sekolah rendah.

CoCurriculumBrunei EducationBrunei

Photos from Department of Co-Curricular Education Brunei's post 18/04/2026

Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Memperingati penubuhan Pasukan Kadet Polis DB ke 49 pada 28 Syawal 1447 bersamaan 17 April 2026. Majlis tersebut telah diadakan Di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Polis, Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Sazely bin Haji Timbang, Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut hadir Yang Mulia DSP Ismail bin Ibrahim, Pemangku Komandan Pusat Latihan Polis, Yang Mulia Hajah Rosediana binti Haji Hidop, Ketua Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pasukan Kadet Polis telah dihadiri seramai 198 ahli yang terdiri dari guru-guru Pengawas dan ahli Kadet dari 18 buah Sekolah Menengah kerajaan dan Swasta, Maktab serta Institusi Pengajian Tinggi.

16/04/2026

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti akan menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Bagi Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Tahun 2026.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah didapati dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster atau dengan melayari pautan ini https://bit.ly/AKT02-BKK2026

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Pertandingan, Imran bin Md Tahir +673 8858186 (WA).

13/04/2026

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti dengan Kerjasama Persekutuan Catur Brunei akan menganjurkan Pertandingan Permainan Catur Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab Senegara Tahun 2026.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah didapati dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster atau dengan melayari pautan ini https://bit.ly/AKT08-BKK2026

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Pertandingan, Muhammad Menghindrawardi bin Haji Naim +673 8904635 (WA).

13/04/2026

β€’ Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti dengan Kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam (MKKJR) akan menganjurkan Pertandingan Sketsa Keselamatan Jalan Raya bagi Sekolah-sekolah Rendah Senegara Tahun 2026.
β€’ Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah didapati dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster atau dengan melayari pautan ini https://bit.ly/AKT13-BKK2026.
β€’ Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Pertandingan, Muhammad Menghindrawardi bin Haji Naim +673 8904635 (WA).

Want your business to be the top-listed Government Service in Bandar Seri Begawan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lambak
Bandar Seri Begawan
BC2310