10/06/2025
Sesi perjumpaan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) bersama Human Resource Ambassador (HRDA) dan Penyelaras Latihan (TC) Kementerian telah diadakan pada sebelah pagi, 4–5 Jun 2025 bertempat di Dewan Isyraq, IPA.
Sesi ini bertujuan untuk membarigakan, mengemaskini serta membincangkan hal ehwal berkaitan program pembelajaran dan pembangunan IPA, di samping memperkukuh penglibatan IPA bersama pihak berkepentingan khususnya di peringkat HRDA dan TC di kementerian dan jabatan, serta meningkatkan kerjasama padu dalam melaksanakan inisiatif pembelajaran dan pembangunan yang lebih efektif dan berimpak tinggi bagi perkhidmatan awam.
Seramai 196 HRDA dan TC telah menghadiri sesi selama dua hari ini, yang dihasratkan untuk mencapai objektif utama iaitu meningkatkan ketelusan dan kepercayaan antara IPA dan Kementerian; menunjukkan komitmen terhadap pembangunan modal insan; serta menggariskan peranan dan memperkukuh pengetahuan serta kemahiran Pegawai Fokal HR.
Diharapkan sesi ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam yang berimpak tinggi serta berdaya saing.
05/06/2025
Program Pembelajaran dan Pembangunan Institut Perkhidmatan Awam bagi Jun 2025.
Status pencalonan boleh dirujuk melalui HRD Kementerian dan Jabatan masing-masing menggunakan Modul Training and Event Management (TEM), Sistem Sumber Manusia (SSM) atau My Notification dalam SSM masing-masing.
03/06/2025
2 Jun 2025, Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong – Program Eksekutif Muda Kohort 10 (YEP-10) bermula hari ini dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat majlis. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Awang Norfarizal bin Othman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan Yang Mulia Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh, Pengarah Institut Perkhidmatan Awam (IPA) serta pegawai-pegawai kedua buah jabatan tersebut.
Sejurus selepas acara pembukaan, sesi taklimat untuk 29 peserta YEP-10 yang terpilih diadakan.
Objektif YEP adalah untuk memupuk dan membangunkan bakal pemimpin, dengan nilai tinggi dan tingkah laku positif, yang kemudiannya dapat mencapai keputusan yang diinginkan dan meningkatkan prestasi organisasi. Program juga bertujuan untuk memperkukuh keupayaan pemimpin masa depan bagi memenuhi keperluan orang ramai yang sentiasa berubah.
YEP merupakan salah satu program di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. YEP-10 akan dikendalikan oleh IPA dari 2 Jun hingga 30 Ogos 2025.
28/05/2025
The Project Management Essentials course provided a foundation for managing projects with structure and intention. Facilitated by Mr. Ng Yee Yuan Ian from Singapore on 6 – 8 May 2025, the course focused on practical steps for planning, tracking and wrapping up projects effectively.
For three days, participants explored the full lifecycle of a project, from initiation and planning to handover and closure. Participants took a closer look at the structure beneath every successful project, manage risks and quality of a project. The training also emphasised that project success is not just about managing tasks, but about leading with clarity, adapting with purpose, and learning from each phase.
28/05/2025
The Project Management Essentials course provided a foundation for managing
projects with structure and intention. Facilitated by Mr. Ng Yee Yuan Ian from Singapore on 6 – 8 May 2025, the course focused on practical steps for planning, tracking and wrapping up projects effectively.
For three days, participants explored the full lifecycle of a project, from initiation and
planning to handover and closure. Participants took a closer look at the structure
beneath every successful project, manage risks and quality of a project. The training
also emphasised that project success is not just about managing tasks, but about
leading with clarity, adapting with purpose, and learning from each phase.
27/05/2025
The Microsoft Excel Intermediate course is designed to support civil servants in elevating their data management skills, an essential skill to have in today’s digital era. Participants were guided through creating and correcting complex formulas, applying
conditional formatting, and designing a more functional and user-friendly spreadsheets.
The course also allowed participants to explore the power of pivot tables, advanced
charts and multi-worksheets workbooks, which enabled them to work with large
datasets efficiently and professionally. Beyond the technical skills, the course enabled the participants to interpret raw data into useful data for decision making.
Conducted on 6 – 7 May 2025, the course was facilitated by our in-house trainer, Haji
Mohammad Saiful Hazmy bin Haji Mohammad Yussof.
27/05/2025
Sebagai inisiatif untuk memperluas pengetahuan para peserta, Program Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (PSCDF) telah diadakan pada 15 Mei 2025 selama setengah hari. Program ini dikendalikan oleh Dr. Hajah Noor Maya binti Haji Md. Salleh, Pengarah IPA, bersama dua tenaga pengajar IPA, iaitu Hajah Siti Rozidah binti Jalani, Pegawai Latihan Kanan, dan Nor Azarina binti Haji Moksin, Pegawai Latihan.
Rangka Kerja Kompetensi adalah satu struktur yang sistematik merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, sama ada di peringkat asas, teknikal mahupun profesional yang diperlukan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam sesebuah organisasi.
Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan kepada konsep pembangunan kapabiliti dan kompetensi dalam Perkhidmatan Awam. Mereka juga mempelajari kaedah-kaedah intervensi yang berkesan untuk menangani jurang keupayaan, di samping memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh tentang aspek pengurusan, pelaksanaan serta tatacara penilaian kompetensi.
Sesi seterusnya dijadualkan akan diadakan pada 19 Jun 2025.
26/05/2025
The second session of the Masterclass: Generative AI and the Art of Prompting facilitated by Dr. Saeed Aldhaheri, Director of the Center for Future Studies, University of Dubai was held on Friday 23 May 2025. The session saw almost 100 participants from government and non-government sectors. The session was expected to achieve its goal to deepen the collective understanding of how AI is shifting our knowledge and capabilities in the digital age.
Participants explored the structure of language models, how prompt design affects outcomes, and what the emergence of AI agents can affect our workflow. Importantly, there was a space to consider the limitations and ethical use of AI in our workplace. This session once again served as a clear indication in the growing interest of understanding and adopting AI tools. These are necessary as we continue to prepare for a more digital future.
26/05/2025
Setinggi Tahniah Kepada Penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 tahun. Majlis telah diadakan pada Sabtu, 24 Mei 2025 di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Semoga Pengiktirafan Dan Penghargaan Di Atas Jasa Dan Sumbangan Bakti Kepada Kerajaan Akan Terus Memacu Sumbangan Yang Lebih Berprestasi.
26/05/2025
Kemaskini!!
Program Pembelajaran dan Pembangunan Institut Perkhidmatan Awam bagi Mei 2025.
Status pencalonan boleh dirujuk melalui HRD Kementerian dan Jabatan masing-masing menggunakan Modul Training and Event Management (TEM), Sistem Sumber Manusia (SSM) atau My Notification dalam SSM masing-masing.
22/05/2025
Over 140 participants from government and non-government sectors came together to explore the future of governance through the vision of Generative AI. The Masterclass: Generative AI and The Art of Prompting was held on the 22 May 2025, facilitated by Dr. Saeed Aldhaheri, Director of the Center For Future Studies, University of Dubai, a futurist, thought leader and an AI ethicist. Participants were guided through the complexities and opportunities of using AI in the public sector.
Through structured and dynamic learning, participants explored LLMs, SLMs, AI agents and Agentic AI, diving deep into the practical use of Generative AI from engagement to development. The session also addressed the concerns around the ethical use of AI, the limitations and how an organisation can integrate AI technologies into their daily operations. Most importantly, participants had the opportunity to learn the art of creating prompts, prompts framework and techniques to empower participants to interact meaningfully and productively when using AI tools such as ChatGPT and DeepSeek. This program demonstrated the growing importance of embracing and the influence AI has to the public sector.
20/05/2025
Kaunseling di tempat kerja adalah penting dalam meningkatkan kesejahteraan emosi serta kualiti prestasi para pekerja. Warga perkhidmatan awam yang memiliki kemahiran kaunseling dapat menangani isu dan cabaran yang dihadapi pekerja secara lebih berkesan dan berempati.
Kursus Asas Kemahiran Kaunseling yang disampaikan oleh Awang Akmal Nasri bin Haji Kamal, Ketua Unit Kaunseling dan Pelbagai Keperluan Pembelajaran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam, membekalkan para peserta dengan kemahiran asas kaunseling khusus untuk diaplikasikan di tempat kerja.
Kemahiran asas dalam kaunseling bukan saja membantu meningkatkan produktiviti sumber manusia dalam organisasi tetapi juga menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih sihat dan positif.
Melalui kursus ini, peserta dapat mengenal pasti pelbagai isu dan masalah yang memberi kesan terhadap prestasi kerja dan pencapaian organisasi. Mereka juga berpeluang mempelajari teknik asas kaunseling dalam membantu individu mengatasi cabaran, sekaligus meningkatkan kualiti kerja, kesejahteraan diri, dan produktiviti secara menyeluruh.
akk