06/06/2026
Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos atas lantikan sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam berkuatkuasa mulai 4 Jun 2026.
Tulus ikhlas daripada seluruh warga Pusat Kebangsaan E-Kerajaan
06/06/2026
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha atas sumbangan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Setinggi-tinggi Tahniah atas lantikan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berkuatkuasa mulai 4 Jun 2026.
Tulus ikhlas daripada seluruh warga Pusat Kebangsaan E-Kerajaan
02/06/2026
Calling all vendors!
E-Government National Centre invites you to participate in Network Central Procurement 3.0, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).
Closing Date: 11 August 2026, 2.00pm
For more information, visit our website at www.egnc.gov.bn
31/05/2026
Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-65
28/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M
27/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 Tahun
20/05/2026
E-Government National Centre is hiring for the post System Manager. You can find more details on the requirements and how to apply at https://www.recruitment.gov.bn/IklanDashboard.
-
Pusat Kebangsaan E-Kerajaan sedang membukakan pengambilan bagi jawatan Pengurus Sistem. Sila layari https://www.recruitment.gov.bn/IklanDashboard bagi mengetahui keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan cara memohon.
09/05/2026
Khamis, 7 Mei 2026 - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah berpeluang untuk menyampaikan taklimat kepada guru-guru ICT dari seluruh sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Sesi tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta memperkukuh pengetahuan dan pemahaman guru-guru ICT mengenai infrastruktur dan info-struktur kerajaan dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Antara cabaran utama yang dikenal pasti adalah kurangnya pendedahan terhadap aspek praktikal pengurusan teknologi dalam dunia sebenar. Melalui inisiatif ini, para guru yang hadir diharapkan dapat mengongsikan maklumat mengenai peranan utama EGNC sebagai peneraju transformasi digital kerajaan kepada para penuntut.
Di samping taklimat, klinik bagi perkhidmatan FormBN, GoBN, dan BruneiID juga disediakan untuk kemudahan para guru.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Penolong Pengetua SMPDSM, Yang Mulia Dayang Radiah binti Hj Abdul Ladi.
05/05/2026
Taklimat mengenai BruneiID telah disampaikan oleh Awang Muhammad Amir Azizi bin Haji Shukry, Ketua Seksyen Digital ID, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dalam Program Sua Muka yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di dua lokasi berikut:
📍 7 April 2026: Kampung Kawasan 2 RPN Menteri, Mukim Mentiri, Daerah Brunei
📍 28 April 2026: Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong
Program Sua Muka merupakan inisiatif berterusan Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan membarigakan maklumat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.
[Foto: Jabatan Penerangan]
30/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 Tahun, yang berlangsung pada hari Rabu, 11 Zulkaedah 1447H bersamaan 29 April 2026 dan hari Khamis, 12 Zulkaedah 1447H bersamaan 30 April 2026 bertempat di Istana Nurul Iman.