15/06/2026
Facebook Rasmi Jabatan Daerah Brunei dan Muara
IG : Jdbrunei.muara
Tiktok : brunei.muara
15/06/2026
15/06/2026
Dimaklumkan bahawa tarikh iklan Tawaran telah dilanjutkan. Selain itu, tempat penghantaran borang Tawaran juga telah ditukar ke alamat baharu seperti yang dinyatakan.
15/06/2026
Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Batong
Tarikh : Ahad, 21hb Jun 2026M / 05hb Muharram 1448H
Jam : 8.45 – 11.45 Pagi
Tempat : Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu
14/06/2026
DAERAH BRUNEI DAN MUARA - Ahad, 27 Zulhijjah 1447H bersamaan 14 Jun 2026M, telah berlangsung Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Jerudong ‘A’, Kampung Sengkurong ‘A’ dan Kampung Selayun yang telah mengambil tempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong .
Calon tunggal bagi pengundian dan pemilihan Ketua Kampung Jerudong ‘A’ ialah Yang Mulia Awang Mohammad Nazmi Fa’iz bin Haji Abu Bakar telah mendapat sebanyak 225 undian.
Calon tunggal bagi pengundian dan pemilihan Ketua Kampung Sengkurong ‘A’ ialah Yang Mulia Awang Mohammad Shahrizan bin Masri telah mendapat sebanyak 123 undian.
Calon tunggal bagi pengundian dan pemilihan Ketua Kampung Selayun ialah Yang Mulia Awang Muhammad Faris Syah bin Haji Hanapi telah mendapat sebanyak 35 undian.
14/06/2026
Sambutan Hari Keluarga Mukim Lumapas 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muhibah, kemeriahan dan semangat kebersamaan di Sekolah Rendah Lumapas.
Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.
13/06/2026
11/06/2026
DAERAH BRUNEI DAN MUARA - Khamis, 24 Zulhijjah 1447H bersamaan 11 Jun 2026M, Telah berlangsungnya Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026 bertempat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong petang tadi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
11/06/2026
| Monday | 07:45 - 12:15 |
| 13:30 - 16:30 | |
| Tuesday | 07:45 - 12:15 |
| 13:30 - 16:30 | |
| Wednesday | 07:45 - 12:15 |
| 13:30 - 16:30 | |
| Thursday | 07:45 - 12:15 |
| 13:30 - 16:30 | |
| Saturday | 07:45 - 12:15 |
| 13:30 - 16:30 |