27/09/2023
Salam Maulidur Rasul💐
Bahagian Perkhidmatan dan Pameran Pusat Sejarah Brunei
Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Grafik dan Ilustrasi; Unit Reka Bina (Teknikal); dan Unit Lawatan dan Pameran.
1. Unit Reka Bina (Teknikal)
• Merancang, menggarap, menyelaras dan menyediakan pameran-pameran dari semasa ke semasa, sama ada Pameran berkala atau pameran tetap dengan kerjasama bahagian-bahagian Jabatan. Bentuk pameran disesuaikan dengan peranan, tujuan dan matlamat
27/09/2023
Salam Maulidur Rasul💐
23/09/2023
Selamat Hari Guru 🙂
13/09/2023
Isnin dan Rabu, 11 dan 13 September 2023 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pusat Sejarah Brunei mengikuti Taklimat Induksi dan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK). Taklimat dan bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk membolehkan para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat untuk memahami tentang tatacara peraturan-peraturan asas dalam Perkhidmatan Awam. Taklimat dan bengkel tersebut disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.
30/08/2023
Pusat Sejarah Brunei akan mengadakan Forum Sejarah Kesultanan Brunei anjuran bersama Kedutaan Republik Rakyat China dan Persatuan Persahabatan Brunei-China.
Forum ini akan diadakan pada:
🗓️16 Safar 1445 / 2 September 2023 (Sabtu)
⏰Pukul: 2.00 petang
📍Bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.
Meneroka Sejarah Brunei: Sejarah Brunei Tua
Sedutan rancangan Rampai Pagi TV, Radio Televisyen Brunei, keluaran 01 September 2021 mengenai lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei
17/08/2021
Berikutan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, maka sebagai langkah berjaga-jaga, Pusat Sejarah Brunei menutup sementara semua Dewan Pameran bagi kunjungan orang ramai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
Semua dewan pameran Pusat Sejarah Brunei akan dibuka seperti biasa pada hari Ahad, 25 Oktober 2020 bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 tahun, Pusat Sejarah Brunei mengalu-alukan orang ramai mengunjungi galeri Legasi Payung Negara yang bertempat di bangunan Lapau Lama, Pusat Sejarah Brunei
Lawatan adalah percuma. Orang ramai boleh mengunjungi galeri ini pada:
Hari Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
8:00 pagi - 11:00 pagi
2:00 petang - 4:00 petang
Ahad
8:00 pagi - 12:00 tengah hari
Waktu lawatan ke Galeri Pusat Sejarah Brunei
Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
8:00 pagi hingga 11:00 pagi
2:00 petang hingga 4:00 petang
Ahad
8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Juma'at dan Cuti Awam
TUTUP
| Monday | 07:00 - 16:00 |
| Tuesday | 07:00 - 16:00 |
| Wednesday | 07:00 - 16:00 |
| Thursday | 07:00 - 16:15 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 07:00 - 16:00 |