13/06/2026
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui bahagian Perpustakaan telah melaksanakan Perkhidmatan Perpustakaan Berperahu di Sekolah Rendah Tanjung Kindana, Kampung Sungai Bunga pada pagi tadi sebagai salah satu usaha berterusan untuk menyemarakkan budaya membaca dan memupuk minat terhadap buku dalam kalangan murid sekolah.
Program dimulakan dengan sesi membaca beramai-ramai yang memberikan peluang kepada para murid untuk meluangkan masa bersama bahan bacaan yang disediakan. Aktiviti diteruskan dengan sesi Read Aloud (bacaan lantang) yang disampaikan secara interaktif bagi menghidupkan jalan cerita serta meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap bahan bacaan. Bagi menambahkan keseronokan dan menguji kefahaman peserta, program turut diserikan dengan kuiz interaktif.
13/06/2026
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Dato Othman, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut dilancarkan ialah Program Bestari Readers sempena Hari Buku Sedunia 2026 anjuran sekolah berkenaan.
Sehubungan itu, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak diperkenalkan sebagai inisiatif bagi merapatkan jurang akses maklumat dan bahan bacaan kepada masyarakat secara lebih menyeluruh. Perkhidmatan ini memainkan peranan penting dalam menyemai minat membaca, meningkatkan tahap literasi serta menyediakan sumber rujukan kepada semua peringkat umur. Dengan pendekatan yang lebih fleksibel dan proaktif, perpustakaan bergerak mampu mendekati komuniti secara langsung.
08/06/2026
๐โจ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โจ๐
๐ Adakah anak awda gemar membaca dan mempunyai bakat bercerita? Inilah peluang untuk menyerlahkan kreativiti, keyakinan dan kemahiran komunikasi mereka!
Sertai Pertandingan Mari Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan dengan tema โ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ป๐ถ, ๐๐ถ๐ฝ๐๐ฎ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐๐๐ผ๐ธโ.
๐ง๐ฆ Dibukakan kepada semua kanak-kanak berumur ๐ด ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ญ๐ญ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป.
๐๏ธ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต ๐๐๐๐๐ฝ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ผ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป: 20 Jun 2026 / 4 Muharam 1448
๐ฒ Sila Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pencerita muda yang mampu menghidupkan cerita dan mencetuskan inspirasi!
06/06/2026
๐๐ HARI LIBPRENEUR 2026 ๐๐
Marilah sama-sama memeriahkan Hari Keusahawanan Perpustakaan (Hari Libpreneur) yang akan diadakan pada:
๐
Khamis dan Sabtu | 11 & 13 Jun 2026
๐ 9.00 pagi hingga 3.30 petang
๐ Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong
Pelbagai aktiviti menarik menanti awda seisi keluarga, termasuk pameran, jualan daripada vendor-vendor tempatan, serta peluang untuk meneroka dunia keusahawanan dalam suasana perpustakaan yang santai dan inspiratif.
Jangan lepaskan juga peluang menyertai Bengkel Pembuatan Kuih Tempatan yang akan dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Belia. Pelajari teknik dan rahsia penyediaan kuih tradisional tempatan sambil menambah pengetahuan serta kemahiran baharu yang bermanfaat. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai!
Jumpa awda di Hari Libpreneur 2026! bersama-sama menyokong budaya membaca, memperkasa keusahawanan dan mengeratkan hubungan komuniti dalam satu acara yang bermanfaat.
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Tag keluarga dan rakan-rakan yang awda ingin bawa ke Hari Libpreneur!
๐ Kongsikan di ruangan komen:
Kuih tempatan kegemaran awda?
02/06/2026
โ๐ Santai Bersama Buku dan Kopi 2026 ๐โ
Suasana santai, tenang dan penuh inspirasi mewarnai โSantai Bersama Buku dan Kopiโ yang telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Mei 2026, bermula jam 9.00 pagi di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
Para pengunjung berpeluang menikmati pengalaman membaca yang berbeza dalam suasana seakan-akan berada di sebuah kafe, lengkap dengan konsep glamping membaca yang selesa dan menenangkan. Ruang yang dihias dengan pencahayaan lembut serta tempat duduk santai memberikan pengalaman membaca yang lebih menyeronokkan dan santai. ๐ Selain bacaan buku fizikal, pengunjung juga berpeluang meneroka dunia bacaan digital di sudut khas yang disediakan dengan iPad dan fon kepala (headphone) untuk menikmati e-buku dan buku audio melalui aplikasi Libby. Kemudahan ini memperkenalkan alternatif pembacaan moden yang mudah diakses dan menarik untuk semua lapisan masyarakat.
โ IZUS COFFEE memeriahkan suasana dengan menyediakan pelbagai jualan pilihan minuman panas dan sejuk untuk dinikmati sambil menghayati bahan bacaan pilihan.
๐โ๐ Kami ingin mendengar pendapat awda!
Jika aktiviti Santai Bersama Buku dan Kopi diadakan lagi pada masa akan datang, di manakah lokasi yang anda cadangkan dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk diadakan?
Tinggalkan cadangan awda di ruangan komen. Siapa tahu, lokasi pilihan awda mungkin menjadi destinasi seterusnya bagi โSantai Bersama Buku dan Kopi!โ โจ๐โ
26/05/2026
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena musim cuti persekolahan penggal kedua:.
๐
Tarikh: 30 Mei โ 6 Jun 2026
โฐ Pukul: 9.00 pagi โ 11.30 pagi
Pelbagai aktiviti menyeronokkan menanti awda! terbuka kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat di perpustakaan! ๐โจ
25/05/2026
Marilah luangkan hujung minggu awda dengan suasana santai bersama buku dan secawan kopi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Alumni Pelajar Pusat Pembangunan Belia:
๐
Sabtu | 30 Mei 2026
๐ 9.00 pagi hingga 3.00 petang
๐ Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong
๐ Luangkan masa membaca, berkongsi inspirasi dan menikmati suasana yang nyaman bersama komuniti pencinta buku dan kopi.
โจ โBuku membuka dunia, kopi menyemai idea.โ
Bawalah keluarga dan rakan-rakan awda meluangkan masa yang bermanfaat bersama buku, ilmu dan suasana santai yang penuh bermakna. ๐ค
25/05/2026
Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.
23/05/2026
Perjalanan Kebudayaan dan Dudun DBP anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Kiulap.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei melalui Bahagian Perpustakaan turut sama menjayakan kegiatan ini dengan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat kepada warga sekolah. Selain sesi pendaftaran ahli perpustakaan, turut diadakan demonstrasi aplikasi Libby by OverDrive bertujuan memperkenalkan perkhidmatan e-buku tersebut kepada para murid dan guru. Melalui perkhidmatan ini, warga sekolah berpeluang meneroka pelbagai koleksi bahan bacaan digital yang mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Usaha ini diharap dapat terus memupuk budaya membaca serta memperkenalkan pembelajaran digital dalam kalangan generasi muda.