Perpustakaan DBP Temburong

Perpustakaan DBP Temburong

Share

Laman Utama Facebook Perpustakaan DBP
Daerah Temburong
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Temburong mula ditubuhkan pada 8 Disember 1975 di Bangunan kedai pekan bangar, Temburong. Kemudian ianya berpindah sementara ke seberang sungai, Bangar Baru pada 16 Februari 1978. Pada 23 Mei 1989 cawangan perpustakaan daerah Temburong berpindah lagi ke Kompleks Kedai Bumiputera Temburong. Perpustakaan Daerah Temburong pada masa ini mula dibuka pada 22 Julai 1993. Bangunan kekal ini menggantikan bangunan perpustakaan yang disewa sebelum ini sejak tahun 1989.

27/05/2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong dengan kerjasama Pusat Makmal Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong akan mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Ilal Hijrah 1448.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan kempen ini sebagai tanda keprihatinan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

🗓️ Isnin, 06 Muharam 1448 | 22 Jun 2026
⏰ 8.45 pagi - 12.00 tengah hari
📍Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Temburong

Marilah bersama-sama menyumbang darah demi membantu menyelamatkan nyawa serta memeriahkan kempen ini dengan semangat perpduan, keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.

27/05/2026

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.

27/05/2026

untuk makluman pengunjung dan orang ramai.

Photos from Perpustakaan DBP Temburong's post 27/05/2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena musim cuti persekolahan penggal kedua:.

📅 Tarikh: 30 Mei – 6 Jun 2026
⏰ Pukul: 9.00 pagi – 11.30 pagi

Pelbagai aktiviti menyeronokkan menanti awda! terbuka kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat di perpustakaan! 📖✨



Photos from Perpustakaan DBP Temburong's post 12/05/2026

23 Zulkaedah 1447 | 11 Mei 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta Buku Mini Sesi Kedua yang dikendalikan oleh pelajar penempatan IBTE. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kreativiti dalam kalangan peserta melalui penghasilan buku mini secara kreatif dan interaktif. Bengkel ini dihadiri oleh penuntut tahun 6 dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong.

Photos from Perpustakaan DBP Temburong's post 04/05/2026

16 Zulkaedah 1447 | 04 Mei 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah mengadakan Bengkel Mencipta Buku Mini yang dikendalikan oleh pelajar penempatan IBTE. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kreativiti dalam kalangan peserta melalui penghasilan buku mini secara kreatif dan interaktif. Bengkel ini dihadiri oleh penuntut tahun 5 dari Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong.

Photos from Perpustakaan DBP Temburong's post 30/04/2026

Khamis, 05 Zulkaedah 1447 | 23 April 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong telah menganjurkan aktiviti Sesi Bercerita sempena Sambutan Hari Buku Sedunia yang dihadiri oleh para penuntut Sekolah Pai Yuek, Daerah Temburong.

Aktiviti dimulakan dengan sesi membaca selama 10 minit, diikuti dengan sesi bercerita yang disampaikan oleh kakitangan perpustakaan DBP Daerah Temburong. Selain itu, turut diadakan kuiz sebagai aktiviti penutup bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Photos from Perpustakaan DBP Temburong's post 15/04/2026

25 Syawal 1447 | 14 April 2026

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Daerah Temburong telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Ahli Perpustakaan.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku Pegawai Daerah Temburong serta beberapa agensi kerajaan, yang bersama-sama memeriahkan lagi sambutan tersebut. Usaha ini mencerminkan komitmen Perpustakaan DBP Temburong dalam memperkukuh nilai kemasyarakatan dan menyemai semangat prihatin dalam kalangan warga setempat.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Dengan tulus ikhlas daripada Pegawai dan Kakitangan Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

20/03/2026

Untuk makluman pengunjung dan orang ramai.



Want your business to be the top-listed Government Service in Temburong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Gadong Baru, Mukim Batu Apoi, Bangar
Temburong

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:30
14:15 - 16:30
Saturday 09:00 - 16:30