28/03/2026
Berakas, 26 Mac 2026 – Seorang Al-Hafiz Negara, Yang Mulia Awang Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi, telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas memenuhi jemputan sebagai Imam Solat Sunat Tarawih di Japan Da’wah Centre, Osaka, Jepun sepanjang bulan Ramadan 1447 Hijrah.
Beliau bersama 11 orang huffaz dari Universiti Sains Islam Malaysia telah berkhidmat sebagai imam di beberapa masjid sekitar Osaka selama 38 hari, selain turut menyampaikan tazkirah serta terlibat dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.
Sepanjang keberadaan di Jepun, beliau juga diberi penghormatan mengimamkan sembahyang sunat Aidilfitri serta menyampaikan khutbah, di samping menyertai pelbagai program keagamaan dan kebudayaan.
Program penghantaran ini merupakan inisiatif Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur’an MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama IQRA’ Centre for Ummah, Universiti Sains Islam Malaysia dan Japan Da’wah Centre, Osaka. Inisiatif ini bertujuan memperkasa kemahiran huffaz serta memartabatkan syiar Islam di peringkat antarabangsa.
09/03/2026
Bandar Seri Begawan – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menganjurkan Pameran Tadabbur Al-Quran (XTQ47) pada 12 Ramadan 1447 Hijrah bersamaan 2 Mac 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Majlis berkenaan diadakan sebagai wadah untuk memperkasa penghayatan dan pemahaman Al-Quran melalui pelbagai pengisian ilmiah yang disediakan sepanjang program berlangsung. Antara pengisian majlis termasuk perkongsian ilmu Al-Quran, forum serta pameran yang mengetengahkan pelbagai kegiatan berkaitan tadabbur Al-Quran.
Turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut ialah Pusat Pengajian dan Pengkajian Al-Quran MABIMS (PPPQ MABIMS) sebagai jemputan khas yang menampilkan pameran bertajuk “Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya di Negara Brunei Darussalam.”
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.
09/03/2026
https://www.youtube.com/live/oF-nDQIiZtQ?si=tgxLY9xkT6S15ZvG
17 Ramadan 1447 H (2026) - Taraweeh, Opening Tazkirah, and Witr at Japan Da'wah Centre
17 ラマダーン1447年|2026年 ― タラウィー礼拝、開会タズキラおよびウィトル礼拝(ジャパンダアワセンターにて)17 Ramadan 1447 H (2026) - Taraweeh, Opening Tazkirah, and Witr at Japan Da'wah Centre (JDC)ラーイラー...
06/03/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH
KATEGORI E
Hafazan 30 Juz Al-Quran & Pemahaman Surah Al-Maidah dan Surah Al-An’am
06/03/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH
KATEGORI D
Hafazan 15 Juz (Juz 1-15) & Pemahaman Surah Al-Ahqaf, Surah Muhammad dan Surah Al-Fath
06/03/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH
KATEGORI C
Hafazan 4 Juz (Juz 1-4) & Pemahaman Surah Al-Hijr dan Surah An-Nahl
06/03/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH
KATEGORI B
Hafazan surah-surah pilihan : Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Yasin, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi’ah, Surah Al-Jumu’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Jinn dan Surah Al-Insan & Pemahaman Surah Nuh, Surah Al-Muzzammil, Surah Al-Muddatstsir, Surah Al-Qiamah dan Surah Al-Mursalat
06/03/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH
KATEGORI A
Hafazan 1 Juz (Juz 30) & Pemahaman Juz 30
16/02/2026
Seorang Al-Hafiz negara, Yang Mulia Awang Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi, berlepas ke Osaka, Jepun bagi memenuhi jemputan sebagai Imam Solat Sunat Tarawih di Japan Da’wah Centre sepanjang Ramadan 1447H.
Beliau bersama 11 huffaz dari Malaysia akan berkhidmat di beberapa masjid di Osaka selama 38 hari, di samping menyampaikan tazkirah serta terlibat dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.
Turut mengiringi beliau ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Romeezy @ Abdul Qayyum bin Haji Metusin, Pegawai Pelajaran Kanan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur’an MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Program ini bertujuan memperluaskan pengalaman dakwah antarabangsa, melahirkan imam yang profesional, serta mengukuhkan jaringan kerjasama dan syiar Islam di peringkat global dengan sokongan pelbagai pihak.
13/02/2026
TAJAAN INSURAN KEPADA IMAM TARAWIH DI JAPAN DA’WAH CENTRE, OSAKA, JEPUN
Pusat Pengajian & Penyebaran Al-Quran MABIMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Insuran Islam TAIB atas penajaan Skim Takaful Kembara kepada Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi, Imam Tarawih terpilih yang akan bertugas di Japan Da’wah Centre, Osaka, Jepun sempena bulan Ramadan.
Penajaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha kebajikan serta kesejahteraan para pendakwah Al-Quran yang menjalankan amanah di peringkat antarabangsa.
Semoga segala urusan dipermudahkan, dilindungi dan diberkati sepanjang melaksanakan tugas serta menyebarkan syiar Al-Quran.
15/01/2026
KEPUTUSAN MUSABAQAH AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI.
5 ORANG PESERTA DARI SETIAP KATEGORI YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI
10/01/2026
Mari Saksikan Aksi Huffaz Negara 🇧🇳 secara LIVE!
Sertai kami dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada:
🗓 12,13 & 14 Januari 2026 - Musabaqah
🗓️ 15 Januari 2026 - Pengumuman Keputusan
✨ “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus.”
Surah Al-Israa’, 17:9
Saksikan bacaan para huffaz secara langsung dan bersama-sama menghayati keindahan serta kemukjizatan kalam Allah.
🎥 Ikuti siaran langsung musabaqah!