Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah, Government Organization, Building No. 14, Masyrou' 18, El-Tooba El-Ramly, 10th District, Nasr City.

19/03/2026

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

تقبل الله منا ومنكم

Photos from Wisma Putra's post 05/03/2026

[TERKINI] |
[LATEST]

|


[021/2026]

NASIHAT PERJALANAN TERKINI BAGI KAWASAN KONFLIK DI TIMUR TENGAH DAN NOTIS EVAKUASI

••••••••••••••••••••••••••••••

UPDATED TRAVEL ADVISORY FOR CONFLICT AREAS IN THE MIDDLE EAST AND NOTICE OF EVACUATION

04/03/2026
Photos from Wisma Putra's post 02/03/2026
Photos from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah's post 26/02/2026

𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐉𝐎𝐑𝐃𝐀𝐍

𝐊𝐀𝐇𝐄𝐑𝐀𝐇, 𝟐𝟐 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 - Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah, Ustaz Wan Mohd Khairuddin bin Wan Isa telah menerima kunjungan terhormat daripada wakil Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA) di pejabat.

Pertemuan muhibah ini adalah memfokuskan mengenai pertukaran pandangan dan nasihat mengenai urustadbir pelajar-pelajar Terengganu yang berada di Jordan.

Semoga pertemuan ini menghasilkan kebaikan dengan pelbagai pihak dan berterusan.





25/02/2026

𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐋𝐆𝐄𝐑𝐈𝐀

𝐊𝐀𝐇𝐄𝐑𝐀𝐇, 𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 - Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah, Ustaz Wan Mohd Khairuddin bin Wan Isa telah menerima kunjungan terhormat daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria - PIQMA di pejabat.

Pertemuan muhibah ini adalah memfokuskan mengenai pertukaran pandangan dan nasihat mengenai urustadbir pelajar-pelajar Terengganu yang berada di Algiers dan Constantine, Algeria.

Semoga pertemuan ini menghasilkan kebaikan dengan pelbagai pihak dan berterusan.





Photos from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah's post 25/02/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥

KAHERAH, 8 Februari 2026 – Satu Majlis Bual Bicara bertemakan “Pendidikan Tarbiah dan Realiti Sosial: Menilai Peranan Mahasiswa Hari Ini” telah berlangsung dengan penuh pengisian ilmiah di Surau Wisma Darul Iman Terengganu, Hayyu Sabik, Kaherah.

Program ini menghimpunkan pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu bersama mahasiswa Terengganu yang sedang menuntut di Republik Arab Mesir dalam satu sesi dialog terbuka yang sarat dengan nasihat, pandangan strategik dan suntikan motivasi.

Majlis tersebut telah disampaikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merangkap ADUN Bukit Payung, YB. Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau, YB. Ustaz Ridzuan bin Hashim, Timbalan Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah, serta YB. Dr. Mamad bin Puteh, ADUN Kuala Berang.

Turut dimeriahkan dengan ucapan dan perkongsian pandangan daripada Yang Berusaha Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah, Pengarah Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), seterusnya Yang Berusaha Ustaz Zulhilmi bin Abd Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute, Al-Fadhil Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah bin Hussin, Panel Klinik Hukum Jabatan M***i Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruddin bin Yunus, serta Ustaz Mohd Saufi bin Hashim, Pegawai Pengiring yang juga mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Program ini dianjurkan bersempena kedatangan delegasi kerajaan negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah di bawah kerangka State Goverment 4 (SG4) ke Republik Arab Mesir.

Program ini bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi simbol komitmen berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan kebajikan serta pembangunan intelektual dan sahsiah pelajar sentiasa diberi perhatian, walau berada jauh di perantauan.





Photos from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah's post 25/02/2026

PENGANJURAN DAURAH PENGAJIAN DI MESIR, TUNISIA DAN ALGERIA BERJALAN LANCAR

KAHERAH, 15 Februari 2026 – Program Daurah Pengajian anjuran bersama Pejabat Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah dengan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir - KPT, Persatuan Mahasiswa Malaysia Tunisia dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Algeria - PIQMA telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di tiga buah negara iaitu Mesir, Tunisia dan Algeria.

Penganjuran daurah ini bertujuan memperkukuh kefahaman ilmu agama khususnya dalam bidang fiqh semasa di samping mengimarahkan budaya pengajian kitab turath dalam kalangan pelajar Terengganu dan komuniti Terengganu di luar negara.

Bagi siri di Mesir, daurah telah berlangsung bermula 28 hingga 31 Januari 2026 dan dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Suhaimi bin Daud Al-Khalidi, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Matlub Ahli Talaqqi dan Suluk Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan kitab Hasyiah Abinnaja 'Ala Syarhi Syeikh Khalid Al-Azhari, kitab Al-Awail Al-Sunbuliyah serta pembentangan kertas kerja mengenai Tasawuf, Istibdal Tanah Waqaf dan Kaedah Rawatan Islam.

Manakala di Tunisia, program telah diadakan pada 9 Februari 2026 bertempat di Bait El Mallasine, Tunis dan disampaikan oleh Ustaz Abu Usamah Hanafiah, Panel Klinik Hukum Jabatan M***i Negeri Terengganu, dengan tajuk Daurah Fiqh Puasa: Kupasan daripada Kitab Muqadimah Hadramiah.

Seterusnya di Algeria, daurah telah diadakan pada 14 Februari 2026 di Dewan Hotel Arrifaie, Constantine dan turut diisi oleh Ustaz Abu Usamah Hanafiah dengan tajuk yang sama iaitu Daurah Fiqh Puasa: Kupasan daripada Kitab Muqadimah Hadramiah.

Kehadiran peserta yang memberangsangkan membuktikan komitmen tinggi mahasiswa Terengganu di luar negara dalam mendalami ilmu fiqh secara berkitab dan berdisiplin.

Penganjuran daurah ini bukan sahaja menghidupkan tradisi pengajian turath, bahkan mengeratkan ukhuwah antara pelajar Terengganu di tiga buah negara. Inisiatif bersama Pejabat Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah dan persatuan mahasiswa di luar negara ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan sahsiah dan kefahaman agama sentiasa diperkasa.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti Malaysia khususnya pelajar Terengganu di perantauan.





Photos from Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah's post 24/02/2026

SESI KUNJUNG HORMAT DELEGASI SG4 KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH

KAHERAH, 8 Februari 2026 - Delegasi kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah kerangka State Goverment 4 (SG4) yang diketuai oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Kunjungan ini disambut mesra oleh YBrs. Puan Rafedah Abd. Aziz, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta para pegawai.

Dalam kunjungan ini, delegasi juga turut menyatakan gagasan pelaburan luar dari timur tengah serta peluang pendidikan dua hala bersama institusi pendidikan di Mesir dan Malaysia khususnya institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Turut hadir bersama kunjungan ini YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Ekonom Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, YB Mohamad Nasriff bin Daud, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan, YB Wan Rohimi bin Wan Daud, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang negeri Kelantan.

Turut sama mewakili syarikat berkaitan kerajaan negeri Encik Zulhimi Bin Abd Rahman.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) / Ketua Sekretariat SG4, Encik Muhd Khidhir Bin Izaidin,
Ketua Pegawai Eksekutif SG4 Group Sdn Bhd, Encik Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah dan Encik Mohd Fadhli Bin Jusoh, Pengurus Unit Invest Terengganu Industri dan Pelaburan.

Semoga kunjungan ini mengeratkan hubungan, mencambah idea dan kerjasama dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan.





Photos from Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri - MG BKAN's post 24/02/2026

International Outreach 2026 dan Jamuan Rakyat anjuran SG4 di Republik Arab Mesir

Egypt, Malaysia seek stronger trade, investment links at Cairo forum - Economy - Business 24/02/2026

Delegasi SG4 dengan membawa misi pelaburan dan pendidikan di Republik Arab Mesir

Egypt, Malaysia seek stronger trade, investment links at Cairo forum - Economy - Business The Malaysian embassy in Cairo hosted on Monday Egypt’s first Business Outreach Programme, titled Discover Malaysia 2026, aimed at reviving trade and investment cooperation between the two countries and exploring opportunities in the Malaysian states of Kedah, Terengganu, and Kelantan in collabora...

29/01/2026

Jangan lupa

MULTAQO ILMI 1.0

Anjuran bersama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Terengganu Timur Tengah dan persatuan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir - KPT

di Wisma Darul Iman Terengganu, Hayyu Sabik

Bermula 28 Januari hingga 2 Februari 2026 !!





Want your business to be the top-listed Government Service in Nasr City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Building No. 14, Masyrou' 18, El-Tooba El-Ramly, 10th District
Nasr City

Opening Hours

Monday 9am - 4pm
Tuesday 9am - 4pm
Wednesday 9am - 4pm
Thursday 9am - 3pm
Sunday 9am - 4pm