Pejabat Atase Pendidikan Perak

Pejabat Atase Pendidikan Perak

Share

Pejabat Agensi di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang menyelia akademik dan kebajikan Anak Perak di Mesir, Jordan dan Maghribi.

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M

اللهم تقبل صيامنا وخالص أعمالنا
من العائدين والفائزين
وكل عام وانتم بخير 😍

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026M/1447H

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Perak.

Sama-samalah kita berasa insaf, melafazkan kesyukuran kerana dapat menyambut aidilfitri dalam suasana sebuah negara yang aman dan damai berbanding saudara-saudara islam kita yang berada di tempat-tempat yang menghadapi krisis, perang saudara dan peperangan terutama di Gaza dan di Iran.

Sambutlah Aidilfitri dalam semangat kesyukuran, berkongsi rezeki, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui zakat, wakaf dan sedekah.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Tulus ikhlas :

Yang Dipertua,
Ketua Pegawai Eksekutif,
dan warga kerja Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

Mobile uploads 03/03/2026

BORANG PENDAFTARAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Semua rakyat Malaysia berstatus pelajar, expat mahupun pelancong yang berada di Mesir adalah digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)

01/03/2026

NOTIS KONSULAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI MESIR.

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 1447H

كل عام وانتم بخير

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

Marilah kita menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan hati yang ikhlas, jiwa yang tenang dan azam untuk memperbanyakkan amal ibadah.

Selain menunaikan ibadah puasa, janganlah kita lupakan kewajipan berzakat serta peluang berwakaf sebagai tanda kesyukuran atas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Daripada:
Yang Dipertua,
Ketua Pegawai Eksekutif
dan Warga Kerja
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak

Photos from Pejabat Atase Pendidikan Perak's post 06/02/2026

Dumyat, 3-5 Februari 2026 - Pejabat Atase Pendidikan (AP) Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Madani Mahasiswa Perak 2026 bertempat di Ras El Bar, Dumyat.

Kursus ini telah menghimpunkan barisan kepimpinan mahasiswa anak Perak di dalam persatuan-persatuan pelajar termasuk Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir, Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) dan Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ).

Kursus ini turut membariskan para pembentang dari kalangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang menyentuh aspek-aspek penting dalam membentuk kepimpinan yang holistik antaranya patriotisme dan perpaduan, kefahaman geopolitik, pentadbiran dan konsular serta sahsiah dan akhlak.

Dalam majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Menteri Penasihat (Pendidikan), YBhg. Dato' Haji Shamsul Najmi bin Haji Shamsuddin, turut disampaikan sumbangan tahunan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada KPIPM dan BKAPJ selaku persatuan mahasiswa yang mewakili anak Perak di Mesir dan Jordan masing-masing sebanyak RM20,000.00.

03/01/2026

SELAMAT BERSARA

Terima kasih atas segala jasa dan khidmat yang telah dicurahkan. Semoga persaraan ini dipenuhi ketenangan, kesihatan yang baik dan keberkatan daripada Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia Sahibus Samahah
Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh
M***i Kerajaan Negeri Perak

atas segala bakti, jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Ikhlas daripada:

Yang Dipertua,
Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh Warga Kerja
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak

20/12/2025

PENDEKATAN MANHAJ AZHARI DALAM INSTITUSI KEFATWAAN

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka akan menganjurkan program Bicara M***i: Pendekatan Manhaj Azhari Dalam Institusi Kefatwaan yang akan disampaikan oleh M***i Kerajaan Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh.

Program ini akan diadakan pada hari Isnin, 22 Disember 2025 bermula jam 7.00 malam bertempat di Surau Wisma Melaka Mesir.

Semua pelajar anak Perak dan Melaka adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut.

Sekian, terima kasih.

06/12/2025

Kaherah, 5 Disember 2025 - Pejabat Atase Pendidikan (AP) Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran para peserta Training Of Trainers (TOT) Ahli Sunnah Wal Jamaah ke Republik Arab Mesir.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Awqaf Republik Arab Mesir dengan kerjasama Jabatan M***i Negeri Perak ini akan diadakan di Akademi Wakaf Antarabangsa, 6th October City bermula 7 hingga 21 Disember 2025.

Seramai 20 orang peserta bersama 3 orang urusetia yang terdiri daripada para ahli akademik, pendakwah bebas serta Ahli Jawatankuasa Fatwa dan pegawai Jabatan M***i Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan mengikuti program tersebut.

Ketibaan sebahagian peserta telah disambut oleh AP Negeri Perak, En. Johar bin Zainal Abidin dan AP Negeri Pulau Pinang, En. Khairul Aman bin Bistaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 6.00 petang.

Semoga program yang diadakan ini berjalan dengan lancar dan membawa manfaat besar dalam perkembangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia khususnya.

19/11/2025

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak dan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) akan menganjurkan SEMINAR PENYELIDIKAN AKADEMI seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Syeikh Mohd Idris Al Marbawi, Wisma Perak Baitul Ridzuan

Seminar ini terbuka kepada semua pelajar anak Perak di Mesir terutamanya pelajar pascasiswazah dan tahun akhir sesi pengajian 2025/2026.

Kepada yang berminat boleh mendaftar dengan menghubungi Saudara Mohamad Arshad bin Mohd Nazri, Setiausaha Agung KPIPM di talian +201558673693.

Minum pagi dan makan tengahari akan disediakan.

Sekian, terima kasih.

06/11/2025

NURTURED BY KNOWLEDGE, GUIDED BY FAITH.

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua graduan anak Perak yang telah menamatkan pengajian dalam sesi akademik 2024/2025 yang lepas.

Kejayaan hari ini adalah hasil usaha, ketabahan, dan doa yang tidak pernah putus. Teruskan melangkah dengan yakin, kerana masa depan adalah milik mereka yang berani bermimpi dan berusaha.

10/10/2025

Kepada mana-mana anak Perak yang berminat untuk mewakili Negeri Perak dalam acara-acara yang dipertandingkan pada Sukan Mahasiswa Madani Malaysia Mesir 2025 yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober 2025 ini boleh menghubungi Ketua Kontinjen seperti berikut untuk mendaftar:

Muhammad Aqil bin Nazam
📞: +201093880443
✉️: +60125866286

Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah Futsal (L), Bola Tampar (P), Ping Pong (L & P), Esukan: MLBB (L) dan Esukan: Catur (P).

Ayuh anak-anak Perak! Gendang sudah dipalu, semboyan telah ditiup. Kita pastikan nama Negeri Perak mekar di bumi Mesir.

Sekian, terima kasih.


Want your business to be the top-listed Government Service in Nasr City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


23, Ahmad Hassan Zayyad Street
Nasr City
11765

Opening Hours

Monday 9am - 2pm
Tuesday 9am - 2pm
Wednesday 9am - 2pm
Thursday 9am - 2pm
Sunday 9am - 5pm