Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir - PPMM

Directions Website Contact the organization

Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir - PPMM Laman ini adalah mewakili Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) yang menguruskan hal ehwal pentadbir

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU WILAYAH PERSEKUTUAN DI MESIR ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAssalam...
03/09/2026

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU WILAYAH PERSEKUTUAN DI MESIR ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang kami ucapkan kepada seluruh pelajar baharu Wilayah Persekutuan yang telah tiba di bumi Mesir.

Tahniah atas langkah baharu yang bakal membuka lembaran pengalaman, ilmu dan kehidupan yang penuh bermakna. Semoga kehadiran kalian di bumi Anbiaโ€™ ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan menuntut ilmu yang diberkati serta membentuk peribadi yang unggul.

Manfaatkanlah setiap peluang untuk menimba ilmu, binalah persahabatan dan kenalilag budaya setempat. Jadikan pengalaman di Mesir sebagai kenangan indah yang akan dikenang pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

PEJABAT PENGURUSAN MAIWP MESIR (PPMM)

UCAPAN SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BAHARUSESI 2026/2027ุฃูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ูˆูŽุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุฑู’ุญูŽุจู‹ุง ุจููƒูู…ู’Jawatankuasa Asrama Wilayah Pe...
03/09/2026

UCAPAN SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BAHARU
SESI 2026/2027

ุฃูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ูˆูŽุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ูˆูŽู…ูŽุฑู’ุญูŽุจู‹ุง ุจููƒูู…ู’

Jawatankuasa Asrama Wilayah Persekutuan Mesir (PPMM) ingin mengucapkan selamat datang ke Ardu Kinanah kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi baharu yang tiba di bumi Mesir. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Semoga perjalanan kalian di bumi Anbiyaโ€™ ini sentiasa dipermudahkan dan menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan menuntut ilmu yang penuh bermakna.

Ambillah segala pelajaran dan pengalaman yang berguna sepanjang kalian berada di bumi Mesir ini. Semoga setiap langkah kalian sentiasa dirahmati dan dikeberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih

JAWATANKUASA ASRAMA WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (PPMM)

ANAK WILAYAH TURUT SERTAI KONVENSYEN ANAK MUDA ISLAMI (KAMI) 2026Anak-Anak Wilayah Persekutuan turut berkesempatan menye...
21/08/2026

ANAK WILAYAH TURUT SERTAI KONVENSYEN ANAK MUDA ISLAMI (KAMI) 2026

Anak-Anak Wilayah Persekutuan turut berkesempatan menyertai Konvensyen Anak Muda Islami (KAMI) 2026 bersempena Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 yang berlangsung selama tiga hari di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor.

Penyertaan ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba ilmu, memperkukuh jati diri dan kepimpinan serta memperluas jaringan bersama anak muda dari pelbagai latar belakang.

Semoga penglibatan Anak-Anak Wilayah dalam program ini menjadi wadah untuk membina generasi mahasiswa yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara.

Program Fun Run Keluarga Wilayah Perkukuh Ukhwah dan Budaya Hidup SihatKAHERAH, MESIR โ€“ Program Fun Run Keluarga Wilayah...
31/05/2026

Program Fun Run Keluarga Wilayah Perkukuh Ukhwah dan Budaya Hidup Sihat

KAHERAH, MESIR โ€“ Program Fun Run Keluarga Wilayah telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan daripada anak-anak Wilayah di Mesir sempena hari cuti MESIR. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Wilayah yang menuntut di bumi Mesir.

Objektif utama penganjuran Fun Run Keluarga Wilayah adalah untuk membudayakan aktiviti riadah yang sihat serta memberikan ruang kepada anak-anak Wilayah untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Melalui aktiviti seperti ini, hubungan persaudaraan dan semangat kekeluargaan dapat diperkukuhkan dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

Melalui penganjuran program seumpama ini, anak-anak Wilayah bukan sahaja dapat mengekalkan kecergasan fizikal, malah dapat memperkukuhkan jaringan persahabatan dan ukhwah yang akan terus menjadi kekuatan komuniti Wilayah di Mesir.

Program Korban SAKINAH 2026 Perkukuh Semangat Kebersamaan Anak Wilayah di MesirKAHERAH, MESIR โ€“ Program Korban Sakinah 2...
30/05/2026

Program Korban SAKINAH 2026 Perkukuh Semangat Kebersamaan Anak Wilayah di Mesir
KAHERAH, MESIR โ€“ Program Korban Sakinah 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan MESIR (BKAWM) serta Jawatankuasa Asrama 2026 telah berjaya dilaksanakan dalam suasana penuh harmoni, kebersamaan dan semangat ukhwah.
Program ini mencerminkan komitmen tinggi serta kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar. Kejayaan penganjuran program ini membuktikan bahawa semangat kerja berpasukan, saling membantu dan rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama mampu menghasilkan impak yang besar kepada komuniti anak-anak Wilayah di Mesir.
Pihak MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa, sukarelawan, peserta serta para penyumbang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang amat memberangsangkan. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang program ini menjadi bukti bahawa anak-anak Wilayah sentiasa bersedia untuk bergerak seiring dalam menjayakan agenda kebajikan dan pembangunan ummah.
Diharapkan Program Korban Sakinah akan terus menjadi program tahunan yang signifikan serta berperanan sebagai platform utama dalam membentuk jati diri, nilai kepimpinan dan keprihatinan sosial anak-anak Wilayah. Melalui pengalaman mengurus dan menjayakan program berskala komuniti seperti ini, generasi muda Wilayah diyakini mampu berkembang menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa, berintegriti dan sentiasa berbakti kepada masyarakat.


Address

New Cairo

Opening Hours

Monday 9am - 5pm
Tuesday 9am - 5pm
Wednesday 9am - 5pm
Thursday 9am - 5pm
Sunday 9am - 5pm

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir - PPMM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir - PPMM:

Shortcuts

Share