Mau Tau Bah?

Itinรฉraire

Mau Tau Bah? ๐ŸŒ Baca Alam. Fahami Kitabullah. Kenali Dirimu. Ruang untuk belajar, berfikir, & menyedari tanggungjawab kita sebagai hamba

๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ‘) Siratulmustakim adalah jalan yang ditempuh oleh oran...
05/10/2026

๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ‘)

Siratulmustakim adalah jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang telah diberi nikmat untuk mencapai keredhoan-Nya iaitu para Nabi, Shodiqin, Syuhada dan Solihin [Surah An-Nisa (4) ayat 68-69].

Jalan ini merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan antara โ€˜peradaban bumiโ€™ dengan โ€˜peradaban langitโ€™.

Disebut peradaban bumi kerana sistem yang berlaku berasal daripada idea manusia. Manakala peradaban langit p**a ialah cara hidup yang dicipta oleh Tuhan.

Keempat-empat kategori manusia tadi ialah mereka yang sudah melalui jalan itu.

Apabila ada manusia berhasrat untuk mencapai peradaban langit, maka dia harus mengikuti jalan-jalan yang pernah dilalui oleh mereka.

Jika tidak, maka sudah pasti manusia tersebut sedang berada dalam kesesatan.

Kesesatan dalam erti dia merasakan bahawa perbuatan yang dilakukan ialah sesuatu yang baik dan benar. Padahal apabila diukur dengan ukuran Tuhan, ternyata dia berada dalam kesesatan yang nyata.

Itulah yang dikatakan dalam Al-Quran sebagai tipu daya iblis yang menarik manusia ke dalam kegelapan.

โ€œ๐ผ๐‘๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž: โ€œ๐‘Œ๐‘Ž ๐‘‡๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘ข, ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ ๐ธ๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ข ๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘ ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘ ๐‘’๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘– ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘˜ (๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘–๐‘Ž๐‘ก) ๐‘‘๐‘– ๐‘š๐‘ข๐‘˜๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘š๐‘–, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘– ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘ ๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž.โ€ (๐‘„๐‘†: 15/39)

Iblis tidak mahu tunduk kepada sistem penciptaan manusia kerana dia merasa lebih mulia dibandingkan ciptaan yang berasal dari โ€˜tanahโ€™ itu. Akibatnya, dia dikategorikan oleh Tuhan sebagai sesat.

Segala sesuatu yang tidak tunduk pada sistem-Nya akan menyebabkan mereka memiliki status yang sama seperti Iblis ini.

Godaan iblis ini adalah untuk memupuk egoisme manusia sehingga mereka tidak dapat menilai bahawa perbuatan buruk yang dilakukannya adalah salah menurut Tuhan.

Firman di atas bukanlah ditujukan kepada orang yang tidak mengenal Tuhan, sebaliknya ia ditujukan kepada orang yang merasa bahawa mereka melakukan perbuatan baik padahal menurut penilaian Tuhan mereka sedang melakukan maksiat iaitu perbuatan yang melanggar perintah-Nya.

Biarpun mereka ialah orang yang selalu berdoa dan sering ke masjid, ke gereja atau ke Sinagogue, tetapi disebabkan mereka membantah terhadap sistem ciptaan Tuhan, maka nilai ibadahnya adalah sia-sia.

Mereka tersesat dalam merintis jalan kebenaran. Keadaan yang tersesat ini adalah sesuatu yang membimbangkan di mana ia akan menyebabkan akal menjadi tertutup untuk memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran.

Apabila hal-hal kebenaran tidak lagi dapat dilihat dengan akal yang telah tercemar dengan kesesatan, ini menyebabkan diri sendiri akan terjerat dan terdorong dengan panduan daripada hawa nafsu kerana menafikan sistem ciptaan Tuhan seperti mana yang telah tersebut di atas.

Manusia harus selalu berupaya untuk sentiasa dapat melihat garis perbezaan supaya dapat menggunakan deria akal untuk melihat adakah keadaan diri seseorang manusia itu berada di dalam keadaan yang tersesat. Sekiranya situasi ini dibiarkan dengan sikap acuh tidak acuh, manusia tidak mampu melihat siratulmustaqim yang penuh dengan keberkatan Tuhan.

Bersambung...

๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ) Tradisi Tuhan yang berlaku pada manusia terbagi kepa...
04/10/2026

๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ)

Tradisi Tuhan yang berlaku pada manusia terbagi kepada dua.
Pertama, jalan hidup yang lurus atau benar yakni Siratulmustakim sebagai ketetapan yang berlaku pada orang yang beriman.

Kedua, jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat yakni Siratul Maghdub-Dhollan sebagai ketetapan yang berlaku bagi orang yang memberikan ruang kecintaan untuk Ilah selain Tuhan.

Kedua-dua jalan ini merupakan tradisi Tuhan. Yang membezakannya ialah siratulmustakim akan membawa kepada keredhoan Tuhan, sedangkan siratul maghdub-dhollan membawa pada kehinaan dan kecelakaan.

Siratulmustakim ialah istilah dalam bahasa Arab untuk menggambarkan jalan kebenaran yang selalu diminta oleh setiap manusia.

Jalan ini bukan saja diminta oleh umat Islam tetapi pada hakikatnya oleh seluruh manusia yang mampu menggunakan sarana berfikirnya untuk hidup di dunia ini.

Menurut orang Yahudi, jalan ini disebut Halakhah yang secara umum bermaksud โ€˜berjalanโ€™; suatu jalan di mana seseorang melintas di atasnya; jalan yang membawa kepada meningkatnya kedekatan dengan akhlak Tuhan.

Menurut Al-Quran, siratulmustakim bukanlah jalan setelah mati, tetapi ia merupakan jalan di dunia yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul.

โ€œ๐พ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž : โ€œ๐‘†๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘”๐‘ขโ„Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘˜๐‘ข ๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘ข๐‘›๐‘—๐‘ข๐‘˜๐‘– ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘˜๐‘ข ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘†๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข๐‘™๐‘š๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘–๐‘š, (๐‘–๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘ข) ๐ท๐‘–๐‘’๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘Ÿ; ๐‘€๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž-๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›-๐ผ๐‘๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘š ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ; ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐ผ๐‘๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘š ๐‘–๐‘ก๐‘ข ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘˜ ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”-๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘ข๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜.โ€ (๐‘„๐‘†: 6/161)

Ayat di atas memberi pelajaran bahawa Muhammad telah ditunjuki kepada siratulmustakim yang merupakan sebuah Dien atau sistem hidup yang lurus yang diperjuangkan oleh Abraham.

Ini bererti Muhammad tidak membawa ajaran baharu tetapi dia hanya mengulang sebuah sistem hidup yang dahulunya pernah diusung oleh Abraham, begitu juga oleh Musa dan Yesus.

Mereka yang tidak mengetahui tentang sejarah perjalanan Abraham merupakan orang yang tidak tahu tentang siratulmustakim dan tidak tahu bagaimana tradisi Tuhan berlaku.

Apa yang diperjuangkan oleh para Rasul itu adalah sama kerana tradisi Tuhan tidak pernah berubah sedikit pun.

Sebagai sebuah jalan hidup, konsep siratulmustakim harus dapat dipraktikkan dan dapat diterapkan dalam pelbagai perkara berkaitan sosial budaya.

Ia harus menjadi panduan yang dapat diambil pelajaran oleh manusia di muka bumi agar tidak tersesat. Apabila ada manusia yang menganggap bahawa kisah-kisah yang diceritakan dalam kitab suci itu tidak dapat diterapkan, maka akibatnya orang itu pasti tersesat.

Bersambung...

01/10/2026
๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ) Pada waktu malam, cahaya bulan menerangi bumi. Di la...
01/10/2026

๐“๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐“๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ)

Pada waktu malam, cahaya bulan menerangi bumi. Di langit terdapat bintang dan planet yang berserakan dan bersinar.

Mereka sedang beraktiviti tanpa mengenal lelah untuk membentuk koloni yang indah sebagai komponen dalam sistem makro.

Bulan beredar mengelilingi bumi dalam jangka masa yang ditetapkan. Planet-planet mengelilingi matahari dengan disiplin dan anggota galaksi berkumpul bagaikan kelompok domba di padang rumput.

Tidak ada satu anggota langit pun yang mengganggu keteraturan ini.

Mengapakah ketika bulan mengelilingi bumi ia tidak keluar dari paksinya? Mengapakah setiap bintang menjadi pusat putaran planet?

Menjadi persoalan, mengapa mereka boleh begitu teratur dan harmoni.

Sebagai makhluk yang berfikir, kita melihat disiplin anggota-anggota langit yang menandakan bahawa mereka sedang taat pada suatu aturan yang membentuk sistem kehidupan.

Pasti saja ada yang membuat aturan itu yang merupakan subjek yang mencipta segala aturan bagi seluruh makhluk.

Subjek pencipta ini dapat dirasakan kehadirannya melalui sistem keteraturan yang berlaku pada alam semesta.

Menurut kaum Muslim subjek ini disebut dengan nama Allah, kaum Nasrani menyebutnya dengan nama El dan kaum Yahudi menyebutnya dengan nama Yahweh.

Ketiga-tiga kaum tersebut membicarakan subjek yang sama, maka pembahasan tentangnya akan menggunakan istilah yang pop**ar iaitu โ€˜Tuhanโ€™, tuan yang mengurus segala sesuatu sekali gus memeliharanya.

Tuhan memiliki tradisi di dalam mencipta dan memelihara setiap makhluknya.

Dalam bahasa Arab, tradisi ini dikenal dengan kata Sunnatullah.
Sunnatullah dikembangkan daripada kata Sunah dan Allah.

Sunah ertinya kebiasaan, suatu tradisi yang terpelihara dan akan terus berulang dalam jangka masa tertentu.

Kerana ia berulang, maka Sunah dapat difahami sebagai sebuah hukum daripada Tuhan.

Secara khusus, sunnatullah ertinya tradisi Tuhan yang menjadi karakter-Nya dalam mencipta dan memelihara setiap makhluk.

Karakter Tuhan berlaku dalam semua perkara. Ia pasti berlaku secara berulang, baik pada alam mahupun pada psikososial manusia.

Tak ada makhluk yang dapat menentang dan mengubah tradisi ini kerana ia merupakan hukum Tuhan yang sudah direncanakan-Nya terlebih dahulu.

Tradisi Tuhan pada alam dapat dilihat dalam pergantian malam ke siang dan siang ke malam, berputarnya planet-planet mengelilingi matahari, tsunami, gempa bumi dan pada setiap benda di bumi yang pastinya jatuh ke bawah akibat adanya tarikan graviti bumi.

Tradisi ini tidak pernah berubah sejak dahulu, masa kini dan masa akan datang.

Manakala dalam komuniti manusia, tradisi Tuhan ini dapat dikenal pasti dengan bergantinya perilaku Batil (salah) menjadi perilaku Haq (benar).

Begitu p**a sesuatu yang haq boleh berganti menjadi batil. Semua itu ada ketentuannya.

Apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya ialah perlawanan antara yang baik dengan yang buruk, antara gelap dengan terang.

Orang-orang yang beriman kepada Tuhan ialah mereka yang mengajak manusia daripada gelap kepada terang.

Sedangkan pengikut iblis ialah mereka yang mengajak manusia ke arah yang sebaliknya iaitu dengan memimpin manusia untuk mengabaikan hukum-hukum dasar kehidupan dan melakukan kerosakan di muka bumi.

Mereka juga mendorong manusia agar lebih cenderung menggunakan kitab-kitab lain yang dikarang oleh manusia dengan mengabaikan hikmah dan kaedah yang terkandung dalam kitab suci.

Dengan itu mereka dapat mencegah kitab suci daripada berfungsi sebagai pembimbing kehidupan manusia.

Bersambung...

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘) Pada akhirnya, sehingga kini perkataan Tuhan telah diseragamkan sebagai perbendahar...
21/09/2026

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘)

Pada akhirnya, sehingga kini perkataan Tuhan telah diseragamkan sebagai perbendaharaan kata yang baharu yang disejajarkan dengan kata Ilah dan Rabb dalam bahasa Arab.

Itulah sebabnya dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta, seorang Katolik tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai perkataan Tuhan, melainkan menyamakannya dengan Allah.

Selanjutnya, lebih penting untuk mentafsirkan inti pati bagi kata Tuan ini dalam hubungannya dengan hamba.

Manusia ialah makhluk atau hamba yang wajib mengabdi kepada Tuannya.

Hubungan Tuan dengan hamba ialah ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐›๐๐ข๐š๐ง.

Manusia harus menjadikan Tuan Semesta Alam sebagai satu-satunya Tuan yang ditaati dan diabdi.

Tidak boleh ada pengabdian lain kecuali kepada pencipta hamba tersebut iaitu Tuan Semesta Alam.

Dalam tradisi kitab suci Taurat, Injil dan Al-Quran, banyak membicarakan tentang hubungan antara hamba/budak kepada Sang Tuan.

Contohnya dalam ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ป๐’†๐’ ๐‘ช๐’๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’๐’…๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’•๐’” atau 10 perjanjian Bani Israel, di mana yang pertamanya ialah ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐๐š ๐ฉ๐š๐๐š๐ฆ๐ฎ ๐š๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐๐ข ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง-๐Š๐ฎ, bermaksud jangan ada Tuhan selain Allah.

Dalam bahasa Arab disebut sebagai ๐‘ณ๐’‚ ๐’Š๐’๐’‚๐’‰๐’‚ ๐’Š๐’๐’๐’‚ ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ yang bermaksud โ€˜Tidak ada ilah kecuali Allahโ€™ atau โ€˜Tidak ada Tuan selain Allahโ€™.

Kalimah Allah berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada kata Al-Ilah yang bererti โ€˜Sang Ilahโ€™ dan secara tersirat bermakna Allah ialah Ilah yang makrifat.

Dalam bahasa Melayu sering disebut Tuhan Yang Maha Esa.

Kata ilah atau tuan masih dianggap sebagai umum kerana apa-apa pun boleh menjadi ilah.

Segala sesuatu yang dicintai, ditaati dan diikuti segala kehendak dan perintahnya boleh disebut sebagai tuan atau ilah.

Lain-lain bentuk bagi ilah atau tuan-tuan ialah harta, wanita, takhta, pemimpin, tanah, perniagaan dan lain-lain termasuklah hawa nafsu peribadi manusia yang boleh menjadi tuan atau ilah.

Apabila manusia menilai segalanya dari sudut diri sendiri (egosentrik) dan menjadikan dirinya sebagai ukuran kebenaran, maka hawa nafsunya telah berubah menggantikan kedudukan Tuan Semesta Alam.

Sebagai hamba, setiap manusia tidak boleh menjadi tuan.

Manusia hanya boleh bertuan kepada satu tuan iaitu Tuan Semesta Alam.

Apa yang dikatakan sebagai mempersekutukan Allah ialah apabila manusia menjadikan tuan-tuan lain sebagai tandingan bagi Tuan Semesta Alam.

Prinsip dasar dalam pengabdian ialah tidak boleh ada dua tuan.

Hanya satu tuan iaitu Tuan Semesta Alam yang dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Tuhan Yang Maha Esa atau dalam bahasa lain disebut dengan panggilan :

Allah,
God,
Yahweh,
Elohim,
Elia,
Sang Hyang Widi Wase,
Gusti Allah di Jawa,
Karaeng di Sulawesi,
Tuang Ala di Ambon,
Dewata Agung di Bali,
Tete Manis di Papua dan lain-lain istilah.

(Kitab Ulangan 6:4-5, Matius 6:24, Lukas 16: 13, QS. Muโ€™minuun (23): 23&32).

Manusia wajib taat hanya kepada Tuan Semesta Alam sebagai pengatur, penguasa dan satu-satunya pusat pengabdian bagi seluruh makhluk-Nya.

Semua makhluk yang ada di alam semesta ini sudah tunduk patuh (aslama, muslim) kepada undang-undang atau hukum yang ditetapkan pada dirinya masing-masing secara terpaksa mahupun sukarela sehingga terciptanya keseimbangan, keharmonian serta kehidupan yang damai dan sejahtera.

Kesimp**annya, makna Rabb, Malik atau Ilah ialah sesuatu yang dipatuhi, yang ditaati perintahnya dan segala sesuatu yang dipertuankan oleh manusia, sehingga kata โ€˜Tuhanโ€™ yang hanya difahami sebagai โ€˜sesuatu yang disembahโ€™ dan berada di langit merupakan satu bentuk penyesatan daripada kaum agama Nasrani supaya mereka tidak merasa syirik atau menduakan โ€˜Tuanโ€™.

Kesimp**annya apa yang difahami hari ini ialah bahawa Tuan itu adalah yang dipatuhi di bumi iaitu para penguasa bangsa yang menjajah bangsa-bangsa lain dan Tuhan itu adalah yang disembah di langit.

Demikianlah inti pati dan sejarah asal usul perkataan Tuan dan Tuhan

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ‘) Apa yang disebut โ€˜bahasaโ€™ adalah suatu โ€˜perjanjianโ€™ antara manusia.  Ertinya, perkataan...
18/09/2026

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ‘)

Apa yang disebut โ€˜bahasaโ€™ adalah suatu โ€˜perjanjianโ€™ antara manusia.
Ertinya, perkataan โ€˜tuanโ€™ dapat diubah menjadi โ€˜tukanโ€™, โ€˜tupanโ€™, โ€˜tuganโ€™ dan sebagainya asalkan perubahan itu tidak menyimpang daripada perkataan atau makna asalnya, iaitu โ€˜tuanโ€™ dengan segala batasan maksudnya.

Apa pun alasannya, yang jelas pendeta Melchior Leijdecker telah berjaya mengubah Yesus dari โ€˜tuanโ€™ yang bersifat manusiawi menjadi โ€˜Tuhanโ€™ yang bersifat Ilahi dan perkataan โ€˜Tuhanโ€™ adalah semata-mata ciptaan seorang pendeta Katolik Roma untuk memenuhi kehendak teologinya.

Namun begitu, dalam perkembangannya perubahan perkataan โ€˜tuanโ€™ dengan menyelitkan huruf โ€˜hโ€™ di antara โ€˜tuโ€™ dan โ€˜anโ€™ mempunyai pengaruh yang sangat besar dan menyimpang jauh daripada makna asalnya.

Apa yang dikatakan sebagai penyimpangan itu ialah, perkataan โ€˜Tuhanโ€™ hanya difahami secara teologiโ€“agama iaitu selain sebagai satu kuasa (roh) yang ada di hati, juga sebagai Penguasa di langit,
Raja di syurga dan Raja di akhirat yang harus disembah dengan berbagai-bagai bentuk ritual, contohnya sembahyang.

Sedangkan pengertian โ€˜tuanโ€™ p**a ialah sebagai raja di dunia, penguasa, pemerintah negara, pengatur pemerintahan, tuan atau mereka yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada rakyat yang mana hukum dan perintah mereka ini mesti dipatuhi dan ditaati oleh manusia lain secara praktikal.

Jadi, menurut fahaman agama model ini, Allah itu adalah โ€˜Tuhanโ€™ yang merupakan Tuan di langit dan di akhirat kelak, manakala Kaisar p**a adalah โ€˜tuanโ€™ di bumi.

Kedua-duanya mesti ditaati dan dipatuhi perintah dan kekuasaannya di โ€˜dunianyaโ€™ masing-masing.

Oleh itu, menurut teologi Kristian dan juga pemahaman agama orang Islam, mereka mesti taat kepada dua objek ketaatan, kepatuhan, kekuasaan, raja, kerajaan, pengabdian dan sebagainya, iaitu:

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š, kepada Tuhan yang berada di langit (Kerajaan Syurga), dan

๐Š๐ž๐๐ฎ๐š, ketaatan, kepatuhan kepada kerajaan dunia (negara), hukum manusia dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara di bumi ini (sekular).

Maka, secara tidak sedar manusia terjebak ke dalam ajaran yang mengajarkan bahawa Allah sudah tidak perlu lagi memiliki kerajaan di muka bumi ini seperti Kerajaan Musa, Daud dan Solomo.

Kerajaan Allah (YAHWEH) berada di langit (syurga) dan kemudian di akhir zaman sejarah manusia, Yesus (Isa Al-Masih) sebagai โ€˜Tuhanโ€™ akan turun semula ke bumi untuk menghukum orang-orang yang tidak percaya dengan peristiwa โ€˜pembebasan dosa manusiaโ€™ di tiang salib.

Sejak saat Yesus naik ke syurga, hamba-hamba Tuhan khususnya dan manusia pada umumnya harus menganggap bahawa kerajaan atau kekuasaan dalam apa juga bentuk, semuanya adalah berasal dari Allah.

Oleh itu, melawan pemerintah atau menentang kekuasaan yang ada bererti melawan ketetapan Allah walaupun yang memerintah atau yang berkuasa itu ialah penguasa ateis-komunis dan penguasa yang berbuat sewenang-wenang.

Hamba-hamba Tuhan mesti taat kepada โ€˜Tuanโ€™nya di bumi iaitu Kaisar, sama ikhlasnya dengan ketaatannya kepada Tuhan di gereja.
Ajaran seperti ini menafikan sifat Allah sebagai โ€˜Tuanโ€™ Yang Maha Kuasa kerana Allah tidak menjadi โ€˜Tuanโ€™ bagi manusia dalam kehidupan seharian.

Allah atau YHWH hanya berkuasa di tempat-tempat ibadah, sedangkan di luar tempat ibadah Kaisar lah yang berkuasa.

Fahaman yang seperti ini juga telah mewujudkan satu aliran dalam budaya umat Islam yang menyatakan bahawa:

๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ณ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ (๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐๐ข๐ฅ) ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐š๐ข๐ค ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ค๐ž๐ค๐š๐œ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐š๐ค๐ข๐›๐š๐ญ ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ก๐ง๐ฒ๐š.

Dengan demikian, jelaslah bahawa perbendaharaan kata Tuhan masuk ke dalam bahasa Melayu sebagai pengaruh teologi.

Bersambung...

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐  (๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ) Apa yang dilakukan oleh Leijdecker sehingga perkataan Tuan bertukar menjadi Tuhan merup...
01/09/2026

๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐“๐€ ๐“๐”๐‡๐€๐
(๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ)

Apa yang dilakukan oleh Leijdecker sehingga perkataan Tuan bertukar menjadi Tuhan merupakan masalah khas bahasa Indonesia.

Kehadiran huruf โ€˜hโ€™ dalam beberapa perkataan bahasa Indonesia seperti โ€˜asutโ€™ bertukar menjadi โ€˜hasutโ€™, โ€˜utangโ€™ menjadi โ€˜hutangโ€™, โ€™empasโ€™ menjadi โ€˜hempasโ€™ dan โ€˜silakanโ€™ menjadi โ€˜silahkanโ€™ mungkin selaras dengan kes-kes nominatif dan tunggal dalam tatabahasa Sanskrit ke Kawi dan Jawa.

Contohnya apa yang tertulis sebagai โ€˜hanaโ€™ dibaca dengan sebutan โ€˜onoโ€™ dan โ€˜hapaโ€™ dibaca โ€˜opoโ€™.

Perkara ini juga pernah diterangkan oleh Alif Danya Munsyi dalam majalah Tiara tahun 1984.

Dia menyebutkan bahawa kejadian itu berlaku akibat dari salah satu gejala ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Ž๐‘– iaitu penambahan bunyi โ€œhโ€ yang tidak digunakan pada kata-kata tertentu misalnya hembus, hempas, hasut dan tuhan.

Beliau mengatakan bahawa gejala itu timbul akibat pengaruh pengucapan daerah, rasa ketidakpercayaan pada diri sendiri dan yang paling penting adalah berkaitan dengan penjajahan bangsa Eropah terhadap bangsa Indonesia.

Lingua Franca Melayu yang digunakan oleh bangsa-bangsa Eropah termasuk Portugis dan Belanda sebagai bahasa pentadbiran untuk kegiatan ekonomi dan politik di seluruh Nusantara, turut juga digunakan untuk kepentingan penyebaran agama Kristian yang menjadi agama yang umumnya dianuti oleh bangsa-bangsa Eropah.

Dengan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa secara etimologi bahasa, perubahan kata Tuan menjadi Tuhan bermula daripada terjemahan Melchior Leijdecker.

Sebagai pertimbangan bahasa, ada juga kemungkinan bahawa Pendeta Leijdecker ini mempunyai tujuan dalam mengganti kata Tuan menjadi kata Tuhan agar tidak wujud campur aduk dalam penggunaannya, maka dibezakanlah antara Tuan yang di langit dengan Tuan yang di bumi dengan menambah huruf โ€˜Hโ€™ itu di tengah-tengah.

Tuhan adalah tuan yang ada di langit, manakala tuan untuk yang di bumi.

Dalam kehidupan beragama, manusia menyebut Tuhan.
Sementara dalam kehidupan bermasyarakat, manusia memanggil majikannya sebagai Tuan.

Dengan menukar perkataan Tuan menjadi Tuhan, dia mahu mengelakkan pertembungan dengan aqidahnya sendiri kerana bagi ajaran Paulus yang menjadi Katolik Rumawi, manusia harus taat kepada dua tuan iaitu sebagai orang yang beragama, dia harus taat kepada Tuhan tetapi dalam hal bernegara dia harus taat kepada raja atau penguasa negeri itu.

Padahal menurut Injil sendiri, manusia dilarang untuk mempunyai dua tuan;

โ€œTak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kerana jika demikian, dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengendahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamonโ€ (Matius 6: 24).

Di sinilah bermulanya fahaman sekularisme yang memisahkan antara agama dengan negara.

Tambahan p**a, perubahan kata Tuan menjadi Tuhan ini dilakukan atas dasar pertimbangan teologi Katolik Roma yang menganggap Yesus sebagai โ€˜tuanโ€™ yang bersifat ilahiah bagi membezakannya dengan โ€˜tuanโ€™ yang bersifat manusiawi.

Tetapi pada hakikatnya, makna perkataan โ€˜Tuhanโ€™ tidak dapat dipisahkan daripada makna perkataan โ€˜Tuanโ€™ iaitu yang memerintah, yang menjadi raja, yang mengendalikan, tuan atau majikan, yang menjadi pemilik dan yang dihormati.

Namun disebabkan orang tidak mengetahui sejarah perubahan ini, maka perkataan โ€˜Tuhanโ€™ menjadi sesuatu yang โ€˜melangitโ€™ dan tidak mempunyai makna yang praktikal bagi manusia.

Maksudnya adalah, ketika seseorang menyebut perkataan 'Tuhan', mereka tidak menyedari bahawa makna praktikalnya adalah โ€˜Tuanโ€™, iaitu sesuatu yang mesti memerintah atau berkuasa, raja, pengendali, tuan atau majikan yang harus ditaati dan dipatuhi oleh manusia sebagai โ€˜budakโ€™ atau โ€˜hambaโ€™ bagi Tuan-nya itu.

Bersambung...

Adresse

Paris

Site Web

Notifications

Soyez le premier ร  savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Mau Tau Bah? publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisรฉe ร  d'autres fins, et vous pouvez vous dรฉsabonner ร  tout moment.

Raccourcis

Partager

Catรฉgorie