01 June 2026 - Lawatan ke Spa
Seramai 6 ahli perwakilan telah mengadakan lawatan santai ke Hongyi Health Club Shenzhen, yang diketuai oleh Puan Idawati Zakaria. Setiap ahli menikmati rawatan spa yang menenangkan serta peluang untuk berehat daripada kesibukan harian. Lawatan ini berakhir dengan makan tengah hari di Restoran Halal Zhongfayuan.
PERWAKILAN Hong Kong SAR
Ladies Association of the Ministry of Foreign Affairs of Malaysia - Hong Kong chapter
01/06/2026
🌸🇲🇾 Selamat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2026 🇲🇾🌸
Pada 1 Jun 2026, seluruh rakyat Malaysia meraikan hari penuh makna ini. Semoga Allah memberkati Seri Paduka Baginda dengan kesejahteraan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara.
22 - 25 Mei 2026 - ✨ Lawatan ke Beijing✨
Perwakilan Hong Kong telah mengadakan lawatan ke Four-Nine City iaitu Kota Beijing. Sepanjang perjalanan, delegasi berpeluang menikmati keindahan sejarah, budaya dan pengalaman unik di ibu kota China.
Lawatan ke tempat bersejarah seperti Great Wall of China, Forbidden City, Temple of Heaven memberi peluang untuk mengenali budaya dan tradisi masyarakat Beijing dengan lebih dekat dan pulang dengan membawa kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.
26/05/2026
✨ Selamat Hari Raya Haji 2026 ✨🕋
27 Mei 2026 adalah sambutan Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam di seluruh dunia, memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesetiaan Nabi Ismail a.s.
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan, dan kasih sayang sesama insan. Raikan dengan penuh kesyukuran dan semangat persaudaraan.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. 🌙
Pada 24 Mei 2026, umat yang beragama Buddha menyambut Hari Wesak, memperingati kelahiran Siddharta Gautama Buddha.
Semoga perayaan ini membawa kedamaian dalam kehidupan seharian. Mari kita hayati nilai belas kasihan dan keharmonian demi kesejahteraan bersama.
Selamat menyambut Hari Wesak.
16/05/2026
Selamat Hari Lahir, Puan Khairunnisa!
Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan senyuman, kesihatan yang baik, dan keberkatan yang berpanjangan.
Moga tahun mendatang membuka lebih banyak pintu kejayaan, kenangan indah bersama keluarga dan sahabat, serta limpahan rahmat dalam setiap langkah.
10 Mei 2026 - Mother’s Day Outing
Sempena sambutan Hari Ibu, satu acara istimewa telah diadakan dengan menonton filem “The Devil Wears Prada 2” di Causeway Bay, diikuti dengan jamuan petang di kafe Lady M Cake Boutique.
Kehadiran Pengerusi PERWAKILAN Puan Idawati Zakaria bersama para ahli menyerikan lagi suasana, penuh dengan keakraban dan penghargaan sempena Hari Ibu tahun ini.
09/05/2026
💐 Selamat Hari Ibu 2026 💐
Sambutan Hari Ibu Kebangsaan 2026 mengangkat tema “Seteguh KASIH Ibu” yang menzahirkan kekuatan, ketabahan dan pengorbanan seorang ibu dalam mengimbangi kerjaya, keluarga serta emosi. Kasih ibu menjadi asas pembentukan sahsiah anak serta keharmonian keluarga.
Selaras dengan aspirasi Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara, ibu diiktiraf sebagai tonggak emosi, pendidikan awal dan pembentukan nilai ke arah masyarakat harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi, memberikan sokongan tanpa henti, dan mengajar kita erti cinta sejati dan tidak putus asa.
03/05/2026
🎉 Selamat Hari Lahir Puan Norzinani! 🎂✨
Semoga hari ini diraikan dengan suasana yang tenang, bahagia dan beserta doa yang baik daripada keluarga serta sahabat. Moga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik & rezeki yang melimpah.
Semoga terus menjadi inspirasi buat semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
50 Gloucester Road
Wan Chai
