Datuk Bandar Johor Bahru

Directions Website

Datuk Bandar Johor Bahru Facebook Rasmi Datuk Bandar Johor Bahru,
YB Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad

27 Februari 2026 | JumaatAlhamdulillah pada hari ini, MBJB meneruskan program kebajikan sempena bulan Ramadan yang mulia...
27/02/2026

27 Februari 2026 | Jumaat

Alhamdulillah pada hari ini, MBJB meneruskan program kebajikan sempena bulan Ramadan yang mulia ini dengan penganjuran Program Pek Iftar MBJB 2026 yang diadakan di 30 masjid terpilih dalam Parlimen Johor Bahru, Pulai, Pasir Gudang dan Tebrau.

Pada hari ini, saya berkesempatan hadir di Surau Pangsapuri Desa Jaya bersama- sama Ahli Majlis Tn Hj Abu Talib Bin Alias bagi mengedarkan pek iftar yang telah disediakan pada hari ini.

Alhamdulillah, semoga usaha baik ini dapat membantu warga bandar raya menjalani ibadah puasa dan Insyaallah akan diteruskan pada hari Jumaat yang akan datang di masjid yang lain p**a.



18/02/2026
30 Januari 2026 | Taman Dahlia*Perasmian MyKiosk@Laman Santai, Taman Dahlia.*Memenuhi jemputan Ahli Majlis Zon Tampoi, E...
31/01/2026

30 Januari 2026 | Taman Dahlia

*Perasmian MyKiosk@Laman Santai, Taman Dahlia.*

Memenuhi jemputan Ahli Majlis Zon Tampoi, Encik Ahmad Al Mubarak bin Mohamed Kunyi bagi merasmikan MyKiosk@Laman Santai, Taman Dahlia.

Turut hadir, Dato’ A. Aziz Bin Ahmad Ketua Whip, Dato’ Haji Abdul Rashid bin Kasman, Ahli Majlis Zon Kempas, Tuan Haji Abu Talib bin Alias, Ahli Majlis Zon Bakar Batu, Pengerusi Masjid Ar Rahman Taman Dahlia, Pengerusi Peniaga Mykiosk Taman Dahlia, ketua Jabatan MBJB, KRT Zon Tampoi dan penduduk sekitar.

MyKiosk merupakan inisiatif daripada KPKT bagi membantu peniaga kecil terutama dalam kalangan golongan B40 menjalankan perniagaan dengan kos minima.

MBJB melalui Ahli Majlis Zon Tampoi mengambil inisiatif mewujudkan Laman Santai bagi menempatkan penjaja-penjaja ke satu lokasi perniagaan yg lebih kondusif dan menarik.

Setiap peniaga diberi satu MyKiosk yg dilengkapi dengan panel solar. Laman Santai @ Taman Dahlia ini memudahkan pengurusan dan promosi serta dihiasi dengan landskap dan hiasan lampu yang menarik.

Mudah-mudahan inisiatif ini dapat meningkatkan pendapatan peniaga-pniaga seterusnya mendatangkan manfaat yang berterusan kepada para peniaga dan penduduk setempat.

MBJB akan meneruskan inisiatif ini dilokasi-lokasi yang lain dalam pentadbiran MBJB.



24 Januari 2026 | Surau Al- MukhlisinMajlis Sambutan Israk dan Mikraj 2026Sempena dengan sambutan Israk dan Mikraj, MBJB...
25/01/2026

24 Januari 2026 | Surau Al- Mukhlisin

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 2026

Sempena dengan sambutan Israk dan Mikraj, MBJB dengan kerjasama Surau Al Mukhlisin Taman Setia Tropika telah mengadakan program tausiyah yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Jazlan bin Abdullah, Pengarah Pusat Pendidikan Al- Amin.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan saya juga berkesempatan beramah mesra dengan ahli kariah yang hadir.

Mudah-mudahan program ini memberikan manfaat yang besar kepada jemaah yang hadir dan meningkatkan keimanan kita semua. Amin.



23 Januari 2026 | PICC, PutrajayaBerkesempatan menghadiri MiSHA Asia Excellence Award on OSH Princple of Prevention (OSH...
24/01/2026

23 Januari 2026 | PICC, Putrajaya

Berkesempatan menghadiri MiSHA Asia Excellence Award on OSH Princple of Prevention (OSHPoP), 2025 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, menerima anugerah kepimpinan, MiSHA Anugerah Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKP 2025, yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Selamat (IKATAN), Malaysia.

MBJB memberikan sepenuh komitmen dalam mewujudkan budaya kerja selamat bukan sahaja terhadap anggota dan warga kerja tetapi juga kepada pihak-pihak berkepentingan yang berurusan dengan MBJB.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan YDP Majlis Perbandaran Pengerang atas anugerah yang diterima oleh PBT masing-masing.



Kejadian banjir beberapa hari ini telah menjejaskan kehidupan penduduk di beberapa buah kawasan rentan banjir selain itu...
15/12/2025

Kejadian banjir beberapa hari ini telah menjejaskan kehidupan penduduk di beberapa buah kawasan rentan banjir selain itu ia juga menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur kawalan banjir.

MBJB telah menyampaikan bantuan segera kepada penduduk terjejas. Selain itu, MBJB juga telah kenal pasti tindakan yang akan dilaksanakan untuk mengatasi isu banjir di kawasan berkaitan.

11/12/2025, KhamisMenziarahi anggota MBJB iaitu Encik Norakmal bin Nordin, Pembantu Khidmat Am yang bertugas di Skuad Ki...
12/12/2025

11/12/2025, Khamis

Menziarahi anggota MBJB iaitu Encik Norakmal bin Nordin, Pembantu Khidmat Am yang bertugas di Skuad Kilat MBJB yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Saya juga bertemu dengan ahli keluarga dan anggota perubatan bagi mendapatkan perkembangan keadaan pesakit.

Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan stabil dan di dalam pemantauan rapi oleh anggota perubatan.

Sama-sama kita berdoa semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalani hidup seperti biasa. Aamiin 🤲❤️

Sesi Town hall Bersama Peniaga Bazar Karat JBPada 10/12/2025, MBJB telah menganjurkan sesi town hall bersama-sama peniag...
11/12/2025

Sesi Town hall Bersama Peniaga Bazar Karat JB

Pada 10/12/2025, MBJB telah menganjurkan sesi town hall bersama-sama peniaga Bazar Karat JB bagi memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan pemindahan sementara tapak perniagaan di Jalan Duke dan perancangan masa depan Bazar Karat JB di lokasi kekal di Jalan Syed Mohamed Mufti.

Alhamdulillah, sesi penerangan berjalan dengan lancar, dan semua pihak memberikan respon yang cukup baik dan memahami keperluan untuk pemindahan dilaksanakan.

MBJB sedang dalam perancangan dalam melaksanakan penstrukturan, penyegaran dan penjenamaan semula pusat bandar supaya lebih tersusun, bersih, berbudaya dan menarik dengan elemen- elemen tarikan yang pelbagai.

MBJB juga mengulangi komitmen untuk membantu pihak peniaga di tapak sementara dengan menambaik baik pencahayaan, pemasangan lampu limpah, membina dan membaik pulih tangga, mencantas pokok dan lain-lain lagi.

Bazar Karat JB telah menjadi ikon kepada bandar raya Johor Bahru dan MBJB berhasrat untuk terus menjadikan bazar ini sebagai salah satu tarikan pelancong yang bukan sahaja berwajah baru dan tersusun, tetapi juga dengan konsep dan pengurusan yang lebih cekap.

Saya mengucapkan terima kasih kepada peniaga-peniaga yang hadir, pihak persatuan, wartawan yang membuat liputan serta semua pihak yang terlibat.

Semoga sesi penerangan pada hari ini dapat menghilangkan keraguan dan syak wasangka dan menjernihkan keadaan. Amin.

Address

Menara MBJB, No. 1 Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum
Cisaat
80300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Bandar Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share