01/06/2026
Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional!
Daripada seluruh warga Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Johor, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pejuang, pemimpin dan pendukung yang telah mencurahkan tenaga serta pengorbanan dalam memperkukuhkan perjuangan Barisan Nasional selama 52 tahun.
Perjalanan ini dibina atas asas khidmat, kestabilan dan kepercayaan rakyat. Dengan semangat generasi baharu, Pemuda BN Johor akan terus melangkah ke hadapan, membawa idealisme anak muda serta meneruskan legasi perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
52 Tahun Berbakti. 52 Tahun Dipercayai. 52 Tahun Bersama Rakyat.
Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional.
โDulu, Kini dan Selamanya.โ
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H / 2026M
โDi hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan dalam membina ummah serta memperkukuhkan bangsa dan negara.
Aidiladha mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan kesabaran, pengorbanan dan keimanan yang teguh. Semoga semangat ini terus menyatukan seluruh rakyat Johor, khususnya anak-anak muda, untuk terus melangkah bersama demi masa depan yang lebih baik.
Saya mewakili seluruh saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, keamanan dan kesejahteraan buat kita semua.
13/05/2026
โ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐ง๐ฎ๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ถ๐ธ๐ถ๐ปโ
1. Di Pahang ada 2 ADUN lantikan yang mewakili PH. Seorang dari PKR, seorang dari Amanah. Manakala di Sabah, Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu dilantik sebagai ADUN lantikan.
2. Alih-alih, bila Johor nak perkenalkan ADUN lantikan, melalak-lalak pimpinan PH Johor tak setuju.
3. Seolah-olah PH di Johor ni berbeza pendirian dengan PH di Pahang mahupun Sabah.
4. Cubalah kalau MB Johor beri jaminan pada PH Johor akan dapat jawatan ADUN lantikan tu? PKR Johor dapat satu, Amanah dapat satu dan DAP dapat satu.
5. Mesti nada dan pendiriannya berbeza tak?
6. Inilah bukti politik pilih bulu PH.
7. Cakap tak serupa bikin.
Noor Azleen Ambros
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
13 Mei 2026
11/05/2026
โ80 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang perjuangan, kesetiaan dan pengorbanan generasi demi generasi dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Pemuda Johor akan terus berdiri teguh sebagai suara anak muda, membawa semangat pembaharuan tanpa melupakan akar perjuangan yang telah dibina sejak dahulu.
Sempena ulang tahun ke-80 ini, marilah kita melangkah bersama dengan tekad baharu memperkukuh perpaduan, memimpin perubahan dan memastikan masa depan Johor serta negara terus gemilang.
โSegalanya Bermula Di Siniโ dan perjuangan ini akan terus hidup dalam jiwa anak muda Johor.โ
09/05/2026
Pemuda UMNO Johor cabar Kor Ming desak ADUN lantikan PH di Pahang, Sabah letak jawatan
Kenyataan Kor Ming dilihat tidak konsisten dan bersifat selektif, seolah-olah mengguna pakai standard berbeza mengikut negeri dan keadaan politik semasa.
07/05/2026
Kenyataan Media Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penuh rang undang-undang (RUU) pindaan enakmen negeri bagi membolehkan DUN Johor membuat pelantikan lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di segenap lapisan.
Setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan yang dicurahkan dalam memacu pembangunan negeri dan negara.
Anda semua adalah tulang belakang yang menggerakkan ekonomi Johor dan Malaysia.
Jasa anda amat dihargai. Teruskan berbakti demi masa depan Johor yang lebih maju, makmur dan gemilang.
Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Johor