20/05/2026
20 Mei 2026 (Rabu)
KURSUS KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT KUMBANG MERAH PALMA RPW (Red Palm Weevil) & KUMBANG TANDUK UNTUK TANAMAN KELAPA
Pejabat Pertanian Daerah Pontian dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor telah menganjurkan kursus kepada golongan sasar dan pemain industri tanaman kelapa bagi Negeri Johor. Kursus ini telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Johor.
Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan kepada golongan sasar berkaitan penyakit & perosak serta amalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk tanaman kelapa.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
14/05/2026
Peluang Menyertai Bengkel Teknikal Antarabangsa Pengurusan Perosak Mangga
Industri mangga negara terus berkembang dan memerlukan pendekatan pengurusan tanaman yang lebih moden, lestari serta berdaya tahan terhadap ancaman perosak dan penyakit.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pegawai teknikal, pengusaha mangga, penyelidik, agensi serta pemain industri pertanian dijemput menyertai Technical Workshop on βMango Pest Biosecurity and Integrated Pest Management Systemsβ yang dianjurkan menerusi kerjasama MalaysiaβAustralia Agricultural Cooperation Working Group (MAACWG).
Program yang berlangsung secara dalam talian pada 18 hingga 22 Mei 2026 ini bakal menghimpunkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar tempatan serta Australia berkaitan aspek biosekuriti tanaman mangga dan sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).
Antara topik menarik yang akan dibincangkan termasuk kawalan lalat buah dan penyakit utama mangga, strategi pengeluaran mangga lestari serta pendekatan pengurusan tanaman yang lebih efisien dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Program ini merupakan peluang terbaik untuk meningkatkan kompetensi serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri mangga negara, khususnya ketika sektor agromakanan berdepan cabaran perubahan iklim dan ancaman biosekuriti global.
π
Tarikh: 18 β 22 Mei 2026
π» Borang pendaftaran : https://t.me/mydoa_hq/2534
π Tempat adalah terhad. Ayuh sertai dan bersama-sama memperkukuh industri mangga Malaysia.
05/05/2026
KURSUS KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN BUAH-BUAHAN SECARA PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (INTEGRATED PEST MANAGEMENT,IPM)
π Tarikh : 5 Mei 2026
π Masa : 8.30 Pagi
π Lokasi : Pejabat Pertanian Daerah Segamat Utara
Pejabat Pertanian Daerah Segamat dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Kawalan Perosak Dan Penyakit Tanaman Buah-Buahan Secara Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management,IPM).
Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada petani dan golongan sasar mengenai kaedah kawalan perosak penyakit tanaman buah-buahan secara Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management, IPM) yang lebih berkesan, selamat serta mesra alam.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
22/04/2026
22 APRIL 2026 (Rabu)
KURSUS DAN HANDS ON PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU TANAMAN KELAPA
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor telah menganjurkan kursus kepada golongan sasar dan pemain industri tanaman kelapa bagi Negeri Johor. Kursus ini telah diadakan di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor.
Tujuan kursus ini adalah memberi bimbingan kepada golongan sasar berkaitan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dan kaedah kawalan perosak tanaman kelapa dalam memenuhi keperluan eksport.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
05/02/2026
5 Februari 2026/Khamis
LATIHAN HANDS-ON PEMASANGAN ALAT PENGESAN PROSAK KUMBANG PALMA MERAH (IOTree) DI LADANG KELAPA INSTITUT PERTANIAN AYER HITAM (IPAH)
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor telah menganjurkan latihan hands-on berkaitan cara pemasangan dan penggunaan Alat Pengesan Perosak Kumbang Merah Palma (RPW) bagi tujuan pemerhatian dan pengenalpastian perumah bagi perosak tersebut. Ini adalah kerana didapati kehadiran perosak tersebut adalah tinggi di kawasan itu.
Latihan hands-on tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai teknikal dari Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
23/01/2026
21/Jan/2026 ( Rabu)
πππππππππππ πππππππππ πππππππ
Lokasi :
1) HOCK WEE NURSERIES SDN BHD
Jalan Tai Hong, Kota Tinggi, Johor
Konsainan : Cut Flower
2) ORKID CEMERLANG (M) SDN BHD
Kampung Ban Foo, Ulu Tiram
Kota Tinggi,Johor
Konsainan : Mokara Hybrid
Negara Pengimport : India
3) L ORCHID GARDEN SDN BHD
Kampung Ban Foo, Ulu Tiram
Kota Tinggi,Johor
Konsainan : Orchid Plants
Negara Pengimport : Singapore
4) CHIN SENG FOOD INDUSTRY
SDN. BHD
Kawasan Perindustrian SILC,
Iskandar Puteri. Johor Bahru
Konsainan : Almond
(Milky Flavored In-Shell Almond)
Negara Pengimport : Shanghai, China
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan konsainan yang hendak di eksport perlu bebas perosak dan penyakit sebagaimana keperluan-keperluan yang ditetapkan negara pengimport.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
20/01/2026
Penyakit Reput Teras Bakteria dan Penyakit Buah Hantu merupakan masalah utama yang menjejaskan pengeluaran dan kualiti buah nanas di Malaysia.
Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria bawaan tanah (soil-borne pathogen) iaitu Dickeya chrysanthemi dan D. zeae.
Bakteria ini mudah tersebar melalui pergerakan bahan tanaman, tanah dan air. Oleh itu, pemantauan berkala perlu dilakukan untuk mengesan simptom atau tanda jangkitan.
Pokok yang telah dijangkiti perlu segera dicabut atau dimusnahkan. Tanpa langkah pengawalan yang berkesan, penyakit ini boleh menjejaskan pengeluaran hasil dan pulangan ekonomi pengusaha nanas.
Sumber daripada : Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
20/01/2026
Penyakit Reput Teras Bakteria (Bacterial Heart Rot) pada Nanas